Selama 22 tahun memerintah mungkin karektor Mahathir Muhamad yang menjawat jawatan Perdana Menteri hari ini tidak dapat dikesan kerana pada waktu itu rangkaian media sosial tidsk lagi wujud di Malaysia.
Namun kini apabila beliau kembali menjadi Perdana Menteri buat kali ke 2, situasi sudah berlainan dimana kritikan bukan dibuat melalui media elektronik atau media cetak tapi ianya dilakukan menerusi akan media sosial masih masih dan boleh dilihat oleh jutaan rakyat melalui perkongsian.
Boleh dikatakan 90% rakyat Malaysia mempunyai akaun media sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya yang mampu untuk menyampaikan berita dalam masa yang amat singkat.
Hari ini Mahathir dilihat sekali lagi mengulangi pembohongan bersiri beliau kepada rakyat dan kali ini rakyat sendiri sudah boleh menilai siapa Mahathir Muhamad seperti mana yang dikatakan oleh Dato M Nasir satu ketika dulu.
Menifesto 100 hari yang disebut oleh Mahathir untuk memenangi pilihanraya yang lepas jelas telah dicabuli dengan pelbagai alasan dan yang terbaru kononnya kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu (BN) membuatkan kerajaan hari ini sukar melaksanakan menifesto mereka.
Ayat yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini seolah olah orang yang tidak berakal dan tidak akan menemui Tuhan dengan cara menipu setiap hari.
Semasa Mahathir meninggalkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke 4, Mahathir juga meninggalkan hutang kepada negara dan pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyelesaikan satu persatu hutang berkenaan tanpa mengeluarkan apa apa kenyataan bodoh sepertimana yang beliau keluarkan sekarang ni.
Kerajaan hari ini melalui Mahathir juga menipu rakyat dengan cara membuka tabung kononnya untuk membantu kerajaan membayar hutang dan kononnya juga jutaan ringgit dikumpul melalui tabung berkenaan atas sumbangan rakyat Malaysia.
Nampak sangat takde standard kerajaan Mahathir apabila terpaksa meminta sedekah kepada rakyat demi untuk mengelak daripada melaksanakan atau melunaskan janji janji mereka.
Sangkakala harap rakyat Malaysia khususnya anak anak muda yang masih lagi berhingus semasa Mahathir memerintah sedar bahawa pemerintahan Mahathir selama 22 tahun hanya indah khabar dari rupa dan kamu semua selaku pengundi muda yang mengundi Pakatan baru baru ini akan lihat lebih banyak kerosakan akan berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan