Jumaat, 1 Jun 2018

KEKAL SENARAI HITAM !! MAHATHIR TIPU PEMINJAM PTPTN @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Sebelum Pilihanraya Umum yang lepas, kerajaan Pakatan telah mengumumkan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN dan mereka yang pernah meminjam pinjaman pelajaran berkenaan tidak lagi perlu membuat bayaran.

Namun apa yang berlaku sekarang ini ialah, segala janji tinggal janji dan yang paling kelakar sekali peminjam hanya boleh keluar negara tetapi masih disenarai hitam oleh pihak institusi kewangan.

Ini bermakna peminjam PTPTN tidak boleh membuat apa apa pinjaman sama ada untuk membeli rumah, kenderaan atau apa sahaja yang melibatkan pinjaman.


Bukan itu sahaja, Menteri Pelajaran juga fah umukan bahawa semua peminjam perlu bayar balik pinjaman PTPTN mereka tanpa penangguhan bayaran seperti yang disebut sebut dulu.


Sangkakala nak tanya pada semua peminjam PTPTN, korang memang UNEDUCATED kan? Itu sebab tak boleh nak jadikan PTPTN tu biasiswa lepas tu mak salahkan kerajaan Barisan Nasional. Kalau korang semua belajar rajin rajin sampai CGPA boleh dapat 3.8 atas, maka korang tak perlu bayar pun PTPTN tu.

Sebab nak sangat mansuh PTPTN, korang bagi undi pada Pakatan, sekarang ni dengan mak ayah korang tak dapat BR1M macam dulu, semua salah siapa?

Sekarang korang sendiri rasa lah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan