Sabtu, 2 Jun 2018

KERAJAAN MULA KELAM KABUT AKIBAT HARGA BARANG TIDAK TERKAWAL @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Sejak semalam kadar cukai GST telah diturunkan kadar daripada 6% kepada 0%. Penurunan kadar ini kononnya akan membuatkan harga barang menjadi lebih murah berbanding semasa cukai GST dilaksanakan.

Namun nampaknya situasi tidak berlaku seperti yang diharapkan apabila ramai dikalangan netizen merungut bahawa barang mengalami kenaikan dan ini sudah pastinya memeningkan kepala pihak kerajaan PH.


Kalau dulu semasa pemerintahan Barisan Nasional, kenaikan harga barang ini kerap kali dikaitkan dengan kerajaan dan kini nampaknya kerajaan Pakatan cuba untuk mengalih isu apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baharu mengeluarkan kenyataan berupa ayat selamat.


Ayat yang dikeluarkan oleh Salahudin Ayub ini keluarkan kerap kali diberitahu dizaman kerajaan Barisan Nasional memerintah dulu dan ianya dinafikan oleh Pakatan Harapan dengan mengatakan bahawa kenaikan harga barang ini berpunca daripada kerajaan.

Ramai pengguna media sosial telah memuat naik harga barangan yang dilihat agak tinggi berbanding sebelum GST diturunkan kadar.




Ini sebenarnya melambangkan kegagalan Pakatan Harapan dalam menangani isu kenaikan harga barang sepertimana yang mereka sebut sebut selama ini.

Rakyat Malaysia pula rata rata mempercayai Pakatan Harapan mampu untuk menangani krisis kenaikan harga tambahan pula dimasa musim perayaan yang bakal berlangsung lebih kurang 2 minggu lagi.

Berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu, harga barang keperluan akan dipantau dan diikat oleh kerajaan bagi mengelak kenaikan melampau ekoran peniaga yang akan mengambil kesempatan.

Nampak dah beza bagaimana kerajaan Barisan Nasional memerintah berbanding dengan Pakatan Harapan memerintah, banyak perkara mampu diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional walaupun semasa menerima kecaman hebat namun kebajikan rakyat tidak pernah terabai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan