Sabtu, 25 Jun 2016

BESAR SANGAT KE ISU MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ KENA PECAT ?? @NajibRazak #scs93 #scs #smss

Bermula daripada malam tadi hinggalah ke hari ini pelbagai cerita dikeluarkan atas pemecatan Muhyiddin Yasin serta Mukhriz Mahathir.


Dalam laman facebook rasanya antara yang paling havock sekali menceritakan tentang berita pemecatan.

Ada yang kata Najib Razak berani, ada yang kata Najib Razak takut dan pelbagai cerita lagi.

Cuba kita kaji semula, kenapa nak dibesarkan hal pemecatan dua orang bekas pemimpin UMNO ni?

Setahu Sangkakala, apabila seorang ahli parti melanggar perlembagaan parti, maka mereka harus dipecat daripada parti.

Dalam kes Muhyiddin dan Mukhriz, mereka juga adalah ahli parti dan jelas mereka melanggar perlembagaan apabila duduk diatas pentas pembangkang semasa pilihanraya kecil baru baru ni.

Kalau nak disalahkan Presiden atau Ahli Majlis Tertinggi kerana pemecatan ini, Sangkakala pun nak tanya juga, apa keistimewaan kedua dua orang ini sehingga mereka tak perlu di pecat?

Berapa ramai yang bertanding dan menyokong parti lawan dalam pilihanraya digugurkan keahlian mereka kerana mengkhianati parti?

Jadi disini Sangkakala rasa ianya bukanlah isu besar dan Mukhriz serta Muhyiddin sudah pun bersedia dari awal dan yang pastinya mereka berdua sudah semestinya tahu risiko yang bakal mereka hadapi jika melanggar perlembagaan parti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan