Jumaat, 24 Jun 2016

AHLI DAP GOYANG DENGAN STATEMENT MUFTI PAHANG @NajibRazak @Zahid_Hamidi #scs93 #scs #smss

Apabila Mufti negeri Pahang mengeluarkan kenyataan dalam akhbar yang mengatakan haram jika berkerjasama dengan KAFIR HARBI DAP kerana mereka menolak Islam, maka ada pula ahli DAP dari golongan orang Melayu mengatakan kenyataan Mufti berkenaan membahayakan keselamatan negara.


Seorang ahli DAP mengatakan bahawa kenyataan KAFIR HARBI itu menunjukkan bahawa darah ahli DAP adalah halal untuk orang Islam dan bagaimana pula dengan mereka yang beragama Islam dalam DAP?

Sangkakala tak sangka pula rupanya ada bijak pandai agama dalam DAP apabila Mufti Pahang menyebut perkara ini, tapi kemana pula bijak pandai agama ni pergi bila DAP menghina Islam secara terang terangan?

Apakah mereka ini (Islam dalam DAP) hanya risau keselamatan diri sedangkan keselamatan Islam itu sendiri tidak diambil kira langsung?

Apabila seorang mufti berani mengeluarkan kenyataan sebegitu, ini bermakna beliau sudah melihat dari segala sudut kerana mufti Pahang ni bukan macam Mufti Perlis yang agak berfikiran kritikal.

Sepatutnya ahli DAP yang beragama Islam bangkit menentang parti tersebut apabila DAP menghina bukan sahaja orang Melayu tetapi juga agama Islam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan