Baru baru ni viral di laman sosial facebook yang menunjukkan beberapa orang ramaja pergi menyerbu premis judi di Kuala Selangor.
Tindakan tersebut mungkin diambil setelah remaja remaja ini tidak berpuas hati dengan kewujudan premis judi haram di kawasan mereka.
Tapi agak pelik pula kejadian ini mendapat respon yang agak janggal dari Ketua Polis Daerah Kuala Selangor yang menyifatkan kejadian tersebut atas dasar mahu memeras ugut.
Sangkakala terfikir satu perkara, kalau remaja ini mahu memeras ugut, sudah pasti tiada video yang disebarkan oleh remaja ini.
Tapi nak juga bertanya kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor ni, apa tindakan PDRM terhadap premis tersebut? Atau hanya diam seribu bahasa?
Apa yang dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah ini bagi Sangkakala adalah sesuatu yang pelik dan juga jelik kerana untuk menutup permasaalahan premis judi haram maka kes peras ugut pula sebagai sandaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan