Khamis, 12 Mei 2016

KERAJAAN MUSNAHKAN SLOGAN ANWAR IBRAHIM #scs @NohOmar

Masih ingat lagi ungkapan yang selalu disebut sebut oleh Anwar Ibrahim sebelum pilihanraya umum ke 12 dulu?

Kalau tak ingat, Sangkakala imbaukan kembali ungkapan berkenaan 'ANAK MELAYU ANAK MELAYU ANAK SAYA, ANAK CINA ANAK SAYA, ANAK INDIA ANAK SAYA' boleh dikatakan pada masa itu ramai dikalangan orang bukan Melayu termakan dengan kata kata tersebut.

Tapi beberapa hari lepas berlaku di Selangor satu kejadian yang menyayat hati apabila sebuah kampung yang dihuni oleh kira kira 30 keluarga kaum India dirobohkan tanpa perikemanusiaan oleh kerajaan Pakatan dibawah pimpinan Azmin Ali.




Apakah kata kata Anwar macam yang Sangkakala masukkan tadi tidak lagi diguna pakai oleh juak juak pakatan? Atau adakah apabila Anwar duduk dalam penjara maka apa yang diungkapkan oleh beliau tidak lagi menjadi pegangan?

Ini jelas menunjukkan bahawa apa yang diungkapkan oleh pemimpin pembangkang hanyalah retorik semata mata dan hanya untuk menjadi halwa telinga demi meraih undi penyedap hati rakyat Malaysia.

Bayangkan di Selangor, sebuah negeri yang ditadbir oleh pakatan boleh melakukan perkara sebegini dan jangan lupa, ianya juga berlaku di Pulau Pinang di mana perkampungan kaum India di Kg Buah Pala juga menerima nasib sama.

Tapi seperti biasa, apa yang nak di kesalkan, ianya adalah kehendak rakyat Selangor sendiri yang mahukan perubahan parti pemerintah hingga membuatkan mereka sendiri menerima sengsara.

Kalau ini tidak menjadi batu pengukur kepada rakyat, maka ianya akan menjadi titik tolak bahawa akan berlaku lagi perkara seumpama itu dimasa akan datang dan yang menerima musibah adalah cucu mereka nanti.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan