Khamis, 12 Mei 2016

LAGI RAKYAT TAK PUAS HATI DENGAN KERAJAAN #scs @NohOmar @NajibRazak

Sehari demi sehari nampaknya makin ramai yang dah mula rasa kurang selesa dengan perlakuan kerajaan negeri Selangor yang dilihat tidak langsung mempedulikan rakyat negeri Selangor yang saban hari ditimpa musibah.


Banjir di Kajang baru baru ini nampaknya tidak mendapat perhatian daripada ADUN kawasan yang juga merupakan presiden PKR.

Banjir di Kajang bukan perkara baru dan ianya bukan perkara biasa, tapi sebagai kerajaan yang memerintah negeri Selangor, usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut tidak kelihatan dan ianya berlanjutan sehingga ke hari ini.

Banjir ini dilihat berpunca daripada masalah perparitan yang tidak diselenggara dengan baik walaupun beratus juta peruntukan disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

Nampaknya selagi kerajaan Selangor di terajui oleh PKR, DAP dan PAN serta dulunya bersama juga dengan PAS.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan