Jumaat, 13 Mei 2016

PITCHING CENTRE - PROJEK GAGAL KETUA PENGARAH FINAS @NajibRazak #scs

Suatu ketika sebelum dilantik menjadi KP Finas Kamil Othman melobi Menteri ketika itu Shabery Cheek untuk menubuhkan Pitching Centre atau Content Malaysia selepas Perdana Menteri mengumumkan insentif RM100 juta utk industri Kreatif.

Insentif 100 juta ini bertujuan untuk merangsang pembangunan industri kreatif khususnya bagi meningkatkan pendapat pengkarya dan pejrja di dalam industri ini. Dana 100 juta ini bertujuan juga untuk agensi kerajaan di bawah KKMM melaksanakan program dan pengagihan dan industri kreatif kepada pemain industri

Kamil diumumkan sebagai KP Finas pada Nov 2014 dan terus melobi semua dana tersebut diletakkan di bawah Pitching Centre. Maka tiada lagi dana dana lain di bawah agensi agensi seperti Mdec, Skmm dan lain lain agensi khusus dalam membantu industri kreatif. Jika sebelumnya pemain industri boleh mendapatkan pelbagai bantuan dari agensi agensi bagi pembangunan kandungan maka sekarang semuanya diparkir di Pitching Centre.

Malangnya akibat ketidakcekapan Kamil Othman mengurus Pitching Centre dan juga dana 100 juta dari YAB Perdana Menteri dalam budget 2015 Pitching Centre layu tidak bermaya.

Diberitakan Dato Seri Azalina Othman Said Pengerusi Finas ketika itu pernah menghalau Kamil Othman dari Pitching Centre dan menyuruh beliau memberikan fokus kepada Finas.

Data dan maklumat dari Pitching Centre jelas menunjukkann insentif 100 juta kerajaan dalm Budget 2015 tidak digunakan utmntuk membantu industri kreatif.

Akibat kelembapan Kamil sepanjang 2015  dan kini 2016 tiada satu pun penerbitan Filem atau kandungan televisyen atau media lain diterbitkan dengan bantuan Pitching Centre. (lihat data Pitching Centre)
Tiada satu pun filem kenegaraan diterbitkan atau dalam proses penerbitan sepanjang 2 tahun Kamil menjadi Ketua Pengarah.


Tiada satu pun program televisyen seperti dokumentari atau telemovie atau dana diterbitkan dgn bantuan Pitching Centre. Adakah tuan puan pernah ternampak ending credit hasildari Pitching Centre di kaca tv?

Dalam keadaan tekanan ekonomi dan industri kreatif yg malap, kerajaan cuba menyuntik insentif agar Industri kreatif bergerak maju di samping menyediakan pekerjaan untuk pemain dan pekerja industri ini.

Kelembapan Kamil mengatur program melalui insentif kerajaan menjadikan industri kreatif sepanjang 2015 dan 2016 terus malap.

Tahun 2016 industri kreatif ternanti nanti apakah insentif terbaru kerajaan untuk insustri ini. Budget 2016 tiada satu pun insentif kerajaan untik industri ini kerajaan pada budget 2015 telah menyediakan RM100 juta insentif kepada industri ini.

Kerajaan mungkin berpandangan budget 2015 pun belum digunakan lagi untuk kemajuan industri ini kenapa perlu diberikan lagi kepada industri kreatif? Keadaan ini terus menekan industri ini.

2017 adakah ada lagi insentif kepada industri ini? Sudah tentu jawpannya tidak selagi peruntukan 2015 pun masih tidak bergerak. Peruntukan 100 juta ini mungkin akan pergi ke aktiviti aktiviti lain seperti program merdeka dan sebagainya.

Maka terkulat kulatlah pemain industri kreatif melihat insentif dan dana kerajaan ini terbang begitu sahaja.

Ini semua salah siapa? Sudah tentu ini semua di bahu Kamil Othman yag hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu untuk melaksana.

Justeru cujuplah 2 tahun Kamil meneraju Finas  dan Pitching Centre. Kelembapan dan tidakupayaan Kamil Othman menerajui Finas tidak mampu membawa perubahan pada industri ini.

Diharap YAB Perdana Menteri dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia tidak menyambung kontrak Kamil Othman apabila tamat nanti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan