Selasa, 30 Jun 2015

RINGGIT JATUH !!! BERAPA RAMAI ORANG MELAYU NIAGA MATAWANG ASING ???

Bila Ringgit Malaysia jatuh baru baru ni, bergegar seluruh negara menyatakan kerisauan khususnya bagi orang Melayu yang seolah olah mengalami kerugian jutaan ringgit akibat kejatuhan tersebut.

Ini tak kira lagi yang maki pihak kerajaan termasuk Perdana Menteri yang kononnya tidak boleh dan tidak mampu mentadbir negara dan sebagainya.

Hari ni nampaknya Ringgit Malaysia kembali kukuh dan ianya disahkan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.


Persoalannya disini, berapa ramai dikalangan mereka mereka yang melompat seolah olah kerugian jutaan ringgit terlibat dalam dagangan matawang? Atau sekadar nak jadi pakar bermusim??

Sangkakala saksikan sendiri di sebuah pusat tukaran wang, beratur panjang hampir 50 orang untuk melakukan tukaran wang dollar Amerika kepada ringgit dan mereka ini adalah dari kalangan kaum cina yang dalam diam diam menyimpan matawang asing untuk ditukarkan apabila mereka rasa boleh perolehi keuntungan.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang melalak melolong macam orang kena histeria tersampuk dengan 'HANTU RAYA' bila sahaja dengar nilai ringgit rendah berbanding matawang lain? Ada buat simpanan matawang asing? Atau hanya simpan wang Rupiah dan Baht semata mata itu pun nilai kurang dari RM 100.

Jadi Sangkakala nasihatkan kepada mereka yang tak terlibat dalam perniagaan tukaran mata wang asing supaya berhentilah menjadi pakar matawang bermusim sebab macam Sangkakala sendiri tak rasa pun kesan dari jatuhnya matawang dan Sangkakala yakin kerajaan akan cuba untuk memberikan kestabilan semula kepada nilai matawang berkenaan.


Ahad, 28 Jun 2015

#NohOmar ISU AIR DI SELANGOR !! KHALID IBRAHIM BERI KATA DUA KEPADA AZMIN ALI #DSNO #DNO

Nampaknya isu air di negeri Selangor yang dah bertahun tahun tak selesai telah menarik perhatian Bekas Menteri Besar Selangor, YB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Melalui akaun facebook beliau, Khalid telah memberikan kata dua kepada Azmin Ali selaku Menteri Besar yang ada sekarang sama ada selesaikan isu air berkenaan atau lepaskan jawatan.


Memang masalah air kerap kali melanda di sekitar negeri Selangor terutamanya di kawasan Semenyih dan Kuala Langat hinggakan pernah satu ketika bekalan air terputus hingga hampir sebulan.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa negeri negeri lain juga mempunyai masalah kekurangan bekalan air mentah tetapi ianya tidaklah sehebat seperti yang berlaku di negeri Selangor.

Musim panas dan kering akan melanda Malaysia tak lama lagi dan nampaknya usaha usaha untuk menaikkan kadar simpanan air oleh kerajaan Selangor masih kabur lagi.

Adakah apabila sampai masanya nanti, maka rakyat Selangor akan menerima masalah sekali lagi seperti tahun lepas? 

Semua permasaalahan ini berlaku apabila Azmin selaku Menteri Besar tidak mahu menyambung perjanjian pembinaan Langat 2 yang dilihat mampu untuk membendung permasaalahan kekurangan bekalan air di Selangor.

Hanya dengan berbekalkan alasan alasan bodoh, Azmin sebenarnya lebih mengambil peluang berpolitik daripada peluang untuk menyelesaikan masalah.

Jadi disini, rakyat Selangor hanya akan menanti bila sampai masanya untuk mengangkut air selama berminggu minggu.


KERAJAAN SELANGOR DAH PUPUS @NohOmar #DSNO #DNO

Selepas PRU13 yang lalu, kerajaan Selangor kelam kabut nak memilih siapa untuk menggatikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Akhirnya berlakulah satu PRK dimana ADUN Kajang yang sihat wal'afiat meletakkan jawatan secara tiba tiba untuk memberi laluan kepada Wan Azizah bertanding dan seterusnya menjawat jawatan Menteri Besar.

Kita tinggalkan sekejap cerita cerita tu.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kita dapat melihat bahawa kerajaan Selangor hanya berpolitik 24 jam, khidmat untuk masyarakat tak nampak dimana.

Tapi bagi ADUN BN pula, khidmat untuk masyarakat adalah diutamakan walau pun sebagai pembangkang di Selangor.




Gambar diatas menunjukkan ADUN Batang Kali, YB Nazri sedang melakukan rutin seperti biasa melawat dan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Tapi bagaimana pula dengan ADUN PR?? Nampaknya yang bukan Melayu sibuk ke masjid dan surau untuk menagih undi dari orang Melayu.



KERANA CINTA ANAK TERSIKSA

Memang dasar kurang ajar punya perempuan, sanggup dera budak umur lima tahun yang juga anak kepada suaminya di Rantau Panjang Kelantan.

Apa le budak 5 tahun tu tau sampai di dera hingga patah tulang? 







Yang si bapa pulak agaknya dah dapat yang lawa, anak sendiri dibiarkan sampai patah patah tulang.

Elok pasangan laki bini ni di rejam sampai mampos biar dia ada akal kat situ.


Jumaat, 26 Jun 2015

BUKTI BEKAS PRESIDEN MIC TAK LAYAK MENERAJUI PARTI

Datuk Seri G Palanivel telah di sahkan lucut keahliannya daripada MIC oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia atas pelanggaran perlembagaan parti MIC baru baru ini.


Sejak sekian lama Sangkakala dengar memang dikalangan ahli MIC sendiri agak kurang senang dengan Palanivel berbanding dengan timbalan Presiden yang juga memangku jawatan presiden sekarang Datuk S. Subramaniam yang di katakan lebih mesra dan telus.

Tapi hari ini Sangkakala dapat melihat bahawa, memang jelas Palanivel tidak layak untuk menjadi pemimpin nombor 1 parti berteraskan kaum India tersebut.


Kenyataan diatas rasanya tak sepatutnya keluar dari seorang pemimpin jika beliau benar benar berjuang untuk parti dan ahli serta membela masyarakat India khasnya.

Kepada Datuk Seri Palanivel, selamat berangkat ke parti DAP dan kita semua yakin bahawa Datuk Seri S. Subramaniam mampu untuk mentadbir MIC dengan lebih berkesan.




Khamis, 25 Jun 2015

SIDANG MEDIA YBM DALAM MAJLIS PELANCARAN MAJALAH NAAM

YB Dato' Sri Ismail Sabri, Menteri Pertanian hari ini melancarkan majalah Yayasan NAAM hari ni.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri telah menekankan beberapa perkara dan menyatakan kebanggan beliau apabila Yayasan NAAM telah menyahut seruan Kementerian dalam usaha membangunkan industri Pertanian bagi golongan muda kaum India di tanah air.

Berikut adalah kenyataan dalam sidang akhbar YB Menteri selepas perasmian majalah berkenaan.

1. Majalah NAAM dikeluarkan oleh Yayasan NAAM yang mengandungi maklumat mengenai pertanian. Pihak MOA menyambut baik penerbitan majalah ini.


2. Majalah ini mempunyai dwibahasa, Tamil & Melayu

3. 184 usahawan India berjaya dilahirkan melalui agropreuneur muda.

4. Isu Tekun - Tekun diberi peranan memberi pinjaman, tetapi saluran kewangan melalui SEED - jabatan perdana menteri. TEKUN hanya manage pinjaman.


5. Saya setuju dgn saranan Dato Saravanan Pengasas Yayasan NAAM agar peruntukan melalui terus ke TEKUN supaya permohonan tidak lambat.




Selasa, 23 Jun 2015

AZMIN ALI BERI HADIAH LUMAYAN KEPADA RAKYAT SELANGOR

Nampaknya hari raya tahun ini diserikan dengan hadiah yang tidak dijangka oleh Menteri Besar Selangor kepada rakyat kawasan Tg Sepat khususnya dan di Selangor amnya.

Projek yang dibangkang dan di bantah oleh penduduk di kawasan berkenaan nampaknya diteruskan juga oleh Azmin selaku Menteri Besar walaupun majoriti penduduk di kawasan berkenaan adalah dari kalangan orang Melayu.


Projek ladang BABI yang kononnya moden akan diteruskan walaupun ianya mendapat bantahan dan tentangan keras dari kalangan rakyat.

Umum mengetahui bahawa BABI sebenarnya adalah haiwan yang kerap kali disabitkan dengan pelbagai penyakit dan yang paling ditakuti ialah selsema BABI atau JE yang mampu meragut nyawa bagi sesiapa yang di jangkitinya dalam jangka waktu yang singkat.

Bagaimana kerajaan Selangor yang mengatakan slogan 'RAKYAT DIPEDULI' sanggup menggadaikan kesihatan rakyat demi untuk memuaskan nafsu politik mereka?

Apakah ini adalah balasan kepada rakyat Selangor yang memilih Pakatan sebagai kerajaan memerintah negeri? Dan adakah rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam redha dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan terhadap mereka?

Jawapan kepada semua soalan Sangkakala tadi ada pada rakyat negeri Selangor sendiri sama ada mahu terus tidak dipeduli atau bangun memberikan pengajaran kepada Azmin dan rakan sekutunya.



ADUN DENGKIL SANGKAL DAKWAAN PEMIMPIN UMNO TAK PRIHATIN

Ramai dikalangan rakyat mengatakan bahawa pemimpin UMNO tidak prihatin dengan masalah yang dialami oleh rakyat dan kesusahan mereka terutamanya di bulan puasa.

Sejauh mana kebenaran yang diperkatakan dan disebut oleh mereka? Adakah mereka yang mengatakan demikian mengetahui bahawa pemimpin UMNO di semua peringkat sebenarnya lebih banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat berbanding dengan pemimpin PR yang hanya berpolitik 24 jam sehari.

ADUN Dengkil, YB Shahrom Mohd Sharif membuktikan bahawa apa yang selalu diperkatakan adalah tidak benar dan dusta semata mata dan mereka yang menuduh sedemikian sebenarnya mempunyai niat jahat dan tidak kurang juga dengan niat untuk mempengaruhi politik.






Ini sebenarnya adalah rutin bukan sahaja di bulan puasa, malah di bulan bulan lain juga bantuan kepada rakyat sentiasa dihulurkan.

Sangkakala berani mengatakan bahawa ada dikalangan mereka yang menerima bantuan juga tidak kurang mengatakan bahawa mereka tidak menerima apa apa sumbangan dan ini semua dengan niat untuk menjatuhkan pemimpin berkenaan.

Bukan sahaja YB Shahrom, boleh dikatakan semua ADUN dan pemimpin UMNO dalam Selangor melakukan perkara sama namun ianya dinafikan oleh pemimpin PR yang hanya mengatakan bahawa mereka sahaja yang memberi atau menghulurkan bantuan kepada rakyat.

Sangkakala harap rakyat Selangor sedar bahawa sejak dari zaman merdeka lagi, kerajaan Barisan Nasional terutamanya pemimpin UMNO turun padang memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



ISTANA SELANGOR KURANG SENANG DENGAN KONFLIK DALAMAN PR

Masalah dalaman diantara Pakatan Pembangkang nampaknya mengundang rasa kurang senang di hati DYMM Sultan Selangor.


Mengikut satu sumber, Sultan Selangor meminta supaya kemelut dalam diantara DAP, PAS dan PKR diselesaikan dengan kadar segera dan nampaknya DYMM Sultan memberikan kata dua kepada kerajaan Pakatan di Selangor sama ada selesai segera atau bubar DUN.

Ini bukan kali pertama masalah dalaman melanda kerajaan negeri Selangor dan pernah satu masa dulu kemelut perebutan jawatan Menteri Besar menjadi permasalahan hingga pentadbiran negeri Selangor bermasalah dan yang menanggung akibatnya sudah pastilah rakyat.

DYMM Sultan Selangor nampaknya amat risau melihat kemelut yang berlaku dan selaku seorang Raja yang memerintah, sudah pastilah Baginda mahu melihat negeri Selangor terus memacu pembangunan dan ianya tidak terhenti hanya semata mata kerana perbalahan dikalangan mereka sendiri.

Kerajaan Pakatan di Selangor kini bermasaalah apabila DAP juga memberikan kata dua kepada Menteri Besar untuk menggugurkan jawatan 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum hari raya atau DAP akan bertindak keluar parti.

Ini nampaknya akan memberikan impak dimana PAS yang kini mempunyai 15 kerusi dalam Sidang Dewan diperkotak katikkan oleh DAP.

Ini sebenarnya amat memalukan dimana DAP merasakan bahawa dengabln ketiadaan mereka maka PAS dan PKR akan berkubur dan mereka mampu untuk meneruskan kerajaan.

Tapi macam biasa, PAS akan terus merayu agar mereka tidak di keluarkan dan rasanya akan ada pemimpin PAS yang akan melompat parti demi untuk jawatan dan kelebihan mereka dalam kerajaan.


-sumber-



JAWAPAN RINGKAS 1MDB KEPADA WALL STREET JOURNAL (Bahasa Inggeris)

1MDB notes a recent Wall Street Journal article suggesting that 1MDB had overpaid for the acquisition of its energy assets. As we have previously stated, we only acquire assets when we are convinced that they represent long-term value, and to suggest that any of our acquisitions were driven by political considerations is simply false. 

The fact of the matter is that these claims are a repetition of old allegations that have been driven by political opponents of the Government, including the former Prime Minister Dr Tun Mahathir. They have never been substantiated nor supported by evidence, just as Tun Mahathir has never produced any evidence for his claim that RM42 billion was missing from 1MD, because the reality is that this RM42 billion is debt backed by RM51 billion of assets.

1MDB takes a long-term view of value when entering into transactions; not just for the company, but for the country, as befits our 100% ultimate ownership by the government of Malaysia. The acquisition price we paid was based on this long-term view, as well as advice received from independent valuation advisers, and the prevailing market conditions at the time. On this basis, we believe that the value paid upon asset acquisition – which may have involved a premium in certain instances, as is common when acquiring another business – is commensurate with the existing and future potential of the assets. 

It is important to note that since acquiring the first energy asset in 2012, 1MDB has built a leading international independent power producer in Southeast Asia. The portfolio currently comprises 13 power plants in 5 countries, along with the rights to construct further gas and solar powered plants. Today, Edra Energy is the second largest independent power producer in Malaysia, and the largest in Egypt and Bangladesh, with additional operations in Pakistan and the United Arab Emirates. In total, it has gross installed capacity under management of 6,619MW with an effective capacity of approximately 5,594 MW



AKHIRNYA G PALANIVEL TERSUNGKUR DARI MIC

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel akhirnya terpaksa akur dengan perlembagaan parti dan digugurkan dari menjadi ahli MIC apabila 2,758 ketua cawangan yang bersidang meluluskan dua resolusi dan satu daripada menyatakan bahawa G Palanivel bukan lagi ahli parti.


Perwakilan telah menggunakan ketetapan dalam Perlembagaan bahawa Palanivel dilucutkan keahlian apabila bertindak membawa perkara dalam parti ke mahkamah dan ianya jelas melanggar peraturan dan perlembagaan parti tersebut.

Untuk berita lanjut si baca DISINI


LIM GUAN ENG MAIN GILA SEKALI LAGI

Nampaknya Lim Guan Eng sengaja nak menimbulkan rasa marah rakyat terutamanya orang UMNO dengan memberi arahan supaya struktur logo perkataan UMNO di Bangunan UMNO Pulau Pinang di robohkan beberapa hari lalu.


Tindakan biadap kerajaan negeri Pulau Pinang tersebut telah membuatkan ahli UMNO naik angin sehingga ada yang keluar membuat bantahan secara aman seperti di Melaka baru baru ini.

Semua orang tahu bahawa DAP, PKR dan PAS kini tidak lagi bersatu dan Guan Eng sendiri mengisytiharkan bahawa PR di Malaysia tidak lagi wujud.

Untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kemelut yang melanda PR, maka Guan Eng dikatakan mengambil langkah untuk mengalihkan isu dimana dengan merobohkan struktur berkenaan, maka semua mata dan media akan tertumpu ke arah perkara tersebut.

Bagi Sangkakala, perbuatan Guan Eng tidak perlu di balas sebab rakyat kini sudah dapat melihat apa yang berlaku seperti contoh di Pulau Pinang dimana banyak perkara perkara yang merugikan orang Melayu dan bumiputera telah berlaku.

Dan yang terbaru sekali ialah menghapuskan kuota diskaun bumiputra dalam pembelian rumah di Pulau Pinang yang mana ianya sekaligus menidakkan hak bumiputera itu sendiri.

Jika perkara ini tidak juga menjadi pandangan masyarakat, Sangkakala tidak mustahil akan berlaku satu perkara yang lebih dahsyat di Pulau Pinang tidak lama lagi.



Jumaat, 19 Jun 2015

DAP KIAN TUNJUK TARING !! PAS PULA MAKIN MENIKUS ??

DAP kini dilihat sedang menjalankan program balas dendam terhadap PAS yang memutuskan hubungan mereka bersama DAP dalam satu usul yang diterima semasa muktamar mereka baru baru ni.


Di Pulau Pinang, DAP yang menjadi kuasa majoriti memerintah telah mengeluarkan arahan agar azan subuh tidak lagi berkumandang dan dari apa yang Sangkakala lihat, ini adalah salah satu cara penghapusan keagamaan yang dilakukan oleh DAP.

Bayangkan azan yang menandakan masuknya waktu solat diharamkan dan itu Sangkakala yakin adalah langkah awal dan tidak mustahil nanti azan waktu waktu lain juga diharamkan dan kemudia solat jumaat diharamkan dan akhirnya solat berjemaah tidak dibenarkan.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor, DAP dah bagi kata dua kepada MB Selangor, jika 3 EXCO PAS tidak dikeluarkan dari kerajaan negeri, maka DAP akan memgambil tindakan untuk keluar.

Persoalannya disini, adakah Menteri Besar Selangor mampu untuk membuat keputusan besar dengan mengeluarkan 3 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri sedangkan beliau tahu bahawa PKR cuma memiliki 13 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri dan jika PAS dikeluarkan, adakah kerajaan PR di Selangor mampu dipertahankan lagi.

Sangkakala yakin bahawa tindakan DAP ini semata mata untuk menakutkan PAS yang mana perjuangan mereka hari ini dilihat sebagai perjuangan yang bersandar dengan kuasa dan ehsan dari DAP.

Mungkin juga dengan tindakan kejutan dari DAP ini akan melemahkan kedudukan PAS hingga nanti kita bakal menyaksikan ada dikalangan pemimpin PAS itu sendiri akan meninggalkan PAS lalu menyertai DAP atau PKR demi kuasa yang dimiliki kini.



Selasa, 16 Jun 2015

AHLI PARLIMEN HALANG TABUNG HAJI JUAL TANAH

Isu tanah 1MDB yang dibeli oleh Tabung Haji Property yabg hangat diperkatakan baru baru ini mendapat tentangan untuk dijual apabila ianya dibawa ke Parlimen hari ni.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang membahaskan usul rancangan Malaysia ke 11.

Beberapa orang Ahli Parlimen termasuk dari pembangkang menegaskan bahawa ianya (tanah trx) tidak perlu dijual kerana ianya akan mendatangkan keuntungan di masa akan datang.


Isu berkenaan pembelian tanah tersebut hanyalah polimik politik dan kenapa ianya perlu dijual, itu antara kata kata dari ahli parlimen yang membantah tanah tersebut dijual.

Turut sama membantah penjualan tersebut ialah Ahli Parlimen Tg Karang yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Isu tanah yang dibeli oleh Tabung Haji dihangatkan apabila ada pihak yang mengatakan bahawa ianya adalah bailout untuk menyelamatkan 1MDB sedangkan perkara tersebut tidak berlaku dan Tabung Haji telah bertindak untuk menjual semula tanah berkenaan kerana takut ianya menjadi fitnah kerana pelaburan Tabung Haji perlulah bersih dari sebarang masalah kerana hasilnya digunakan untuk para jemaah menunaikan haji ke Mekah.

Beberapa orang bekas pemimpin telah membuat spekulasi dan persepsi dengan mengatakan bahawa Tabung Haji menyelamatkan 1MDB yang juga dikatakan bermasaalah.

Cuba kita bayangkan, sedangkan Ahli Parlimen bukan Melayu dan Islam pun menyokong agar Tabung Haji tidak menjual tanah yang bernilai tinggi tersebut tapi dikalangan pemimpin dan bekas pemimpin Melayu pula bersikap sebaliknya hanya semata mata untuk menunjukkan ketidak puasan hati mereka hingga sanggup memberikan persepsi negatif terhadap pelaburan tersebut.

Baca selanjutnya DISINI..





PARAS AIR DI SELANGOR MAKIN KRITIKAL !! APA KATA MENTERI BESAR ??

Sebagai sebuah negeri termaju dalam Malaysia, kejadian terputus bekalan air secara kerap adalah sesuatu yang membingungkan.


Rakyat Selangor hari ini bakal berdepan dengan masalah sama setiap tahun dan seperti tahun tahun sebelum ini, bekalan air akan dicatu semula.



Kawasan yang kerap mengalami gangguan bekalan air di Selangor ialah Semenyih, Kajang dan kawasan sekitarnya.

Ini berikutan paras air di Sungai Langat yang menurun membuatkan kadar amonia meningkat dan tidak selamat digunakan.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri pula amat mengecewakan dengan menyalahkan rumah pam yang dikatakan bocor, air bersih yang dicuri dan paip air yang dikatakan pecah.




Akibat dari terputusnya bekalan air dikawasan kawasan tersebut, pelbagai aktiviti harian rakyat terganggu sehinggakan untuk solat di surau dan masjid juga terjejas sama.

Perkara ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya kerajaan Selangor dari awal lagi bersetuju dengan pembinaan loji simpanan air Langat 2.

Oleh kerana sikap kerajaan Selangor yang hanya memikirkan politik tanpa memikirkan permasaalahan rakyat maka perjanjian pembinaan Langat 2 terpaksa ditangguhkan dan ini adalah punca sebenar mengapa air di Selangor kerap kali menjadi masalah.

Namun yang mengecewakan sekali apabila Menteri Besar Selangor dengan slogan 'RAKYAT DUPEDULI' nampaknya hanyalah sekadar slogan retorik dan ayat politik semata mata.



JIKA RAFIZI GAGAL KEMUKAKAN BUKTI !! SAMAN DARI @NajibRazak BAKAL MENYUSUL

Rafizi Ramli nampaknya sekali lagi nak mencetuskan cerita fitnah apabila mendakwa bahawa YAB Datuk Seri Najib Razak membawa wang ke luar negara melalui 1MDB.


Bagi Sangkakala, ini adalah satu tuduhan yang berat dimana Rafizi membuat kenyataan bukan dalam kuantiti wang yang sedikit, tapi dengan nilai RM 7 Billion.

Rafizi ada mengatakan bahawa beliau mempunyai dokumen tentang perkara ini dan bagi Sangkakala, jika benar Rafizi mempunyai dokumen seperti mana yang dimaksudkan, kenapa perlu buat kenyataab terbuka terlebih dahulu? Bukankah lebih baik jika dokumen berkenaan dikeluarkan sama semasa sidang media dilakukan?

Wahai Sotong anak Ramli, kalau nak jadi bacul jangan tunjuk sangat pada orang, Sangkakala bagi masa sampai esok tengah hari, jika tiada dokumen dikeluarkan, maka beberapa laporan polis oleh sahabat sahabat Sangkakala akan dilakukan.

Dan satu lagi, Sangkakala mohon agar Perdana Menteri memgambil tindakan undang undang pada si SOTONG ni atas kenyataan fitnah.




Isnin, 15 Jun 2015

PEMIMPIN PAS SUDAH MENGINTAI UNTUK SERTAI PKR DAN DAP #DSNO

Ekoran dari keputusan PAS dalam muktamar yang diadakan baru baru ini bahawa parti (PAS) memutuskan hubungan diantara mereka dengan DAP, Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR juga mengambil pendekatan untuk bersama dengan DAP.


Walaupun Azmin baru baru ini mengatakan bahawa beliau tidak mahu diheret sama dalam pertelingkahan diantara PAS dan DAP, namun jelas bahawa kuasa yang ada pada DAP mendahului PAS di Selangor.

Seperti yang kita lihat sebelum ini, ada diantara Ahli Dewan Undangan PAS Selangor memilih untuk tidak bersama PAS dalam kemelut memilih siapa penyandang jawatan Menteri Besar.

Jadi disini juga dapat kita lihat bahawa PAS akan kehilangan pemimpin atau ADUN dalam negeri Selangor jika mereka diminta untuk membuat keputusan sama ada untuk terua bersama Pakatan atau sebaliknya.

Ada juga Sangkakala dengar ura ura bahawa beberapa ADUN kini sudah mula mengintai peluang untuk bersama dengan PKR dan meninggalkan PAS.

Ini semua bukan kerana perjuangan, tapi lebih kepada mengejar jawatan dan imbuhan yang diperolehi hasil dari kebersamaan mereka dengan Pakatan di Selangor yang didominisasi oleh DAP walaupun kedudukan kerusi diantara PAS dan DAP adalah sama.


Ahad, 14 Jun 2015

KLANG DILANDA BANJIR !! MANA MP KLANG DAH LAMA HILANGKAN DIRI

Klang dilanda banjir dan ada penduduk Klang kini tertanya tanya dimana ahli parlimen Klang yang tidak kelihatan agak lama.



Hujan lebat yang melanda Klang petang tadi telah membuatkan air melimpah ke jalan.

Ini semua disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak PBT dan Kerajaan Negeri yang kemungkinan mengambil sikap sambil lewa diatas pemantauan serta penyelenggaraan sistem laluan air yang membuatkan air melimpah akibat dari parit serta longkang yang tersumbat.





Banjir sebegini bukan hanya berlaku di Klang, malah turut berlaku juga di beberapa buah kawasan terutamanya di Kajang.

Penduduk yang terlibat di kawasan Klang menanyakan kemana pergi Ahli Parlimen mereka yang menang bertanding pada PRU lepas yang tidak kelihatan dalam membantu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Untuk makluman, memang sikap ahli parlimen dan ADUN dari PR tidak akan memgambil peduli tentang hal hal yang membabitkan masyarakat lepas mereka menang seperti mana janji yang disebut sebelum PRU berlangsung.

Jadi untuk rakyat Klang khususnya dan Selangor amnya, tunggu PRU akan datang dan tukar semula kepada Barisan Nasional, Insyaallah semua akan diperbetulkan semula.



Sabtu, 13 Jun 2015

#supportFGV MAZLAN ALIMAN BUKTIKAN KEBODOHAN DALAM SAHAM

Agak agaknya lah, berapa ramai dikalangan peneroka Felda yang kena kencing dengan mamat yang buka pertubuhan yang dinamakan sebagai ANAK kononnya nak mempertahankan warga Felda?

Bagi yang tau tentang bursa saham atau ada anak generasi ke dua atau ke tiga yang faham tentang bursa saham, mungkin takkan termakan hasutan dari Mazlan Aliman yang didakwa pernah melarikan duit peneroka dari Felda Kemahang, Terengganu.

Sangkakala ternampak dalam akaun facebook milik Mazlan Aliman yang mengeluarkan persepsi tentang penggantungan saham Felda di bursa saham Jumaat lepas.


Disini Sangkakala nak tanya pada Mazlan Aliman, sejauh mana dia tahu tentang pasaran saham di Malaysia ni? Atau ada agenda politik disebalik serangan mengkhinzir buta yang dibuat?

Untuk makluman semua, FGV mohon supaya dagangan sahamnya digantung sementara adalah disebabkan ada pengumuman yang akan dilakukan dan pengumuman tersebut telah dilakukan pada hari yang sama iaitu hari Jumaat dimana FGV telah membeli saham syarikat PT Eagle High Plantation sebanyak 37% yang dipegang oleh Rajawali Group bernilai RM 2.55 billion secara tunai dan saham.

Hari Isnin nanti, dagangan saham FGV akan diniagakan seperti biasa sebab penggantungan saham dibuat hanya sehari untuk pengumuman tersebut dan ini adalah prosedur biasa yang dilakukan oleh mana mana syarikat dalam bursa saham.

Bagi mana mana syarikat yang diniagakan di bursa saham, tidak kira di papan mana sekalipun, perubahan harga dari semasa ke semasa memang biasa berlaku dan bukan sahaja FGV malah beberapa syarikat lain juga mengalami perkara yang sama.

Sangkakala ambil contoh graf saham bagi 4 buah syarikat perladangan yang berlainan dan kita tengok bagaimana saham mereka bergerak.




Cuba kita lihat graf 3 buah syarikat diatas, pada mulanya saham mereka agak tinggi tetapi ada kalanya saham mereka jatuh menjunam.


Kita lihat pula graf saham diatas, pada awalnya saham mereka menjunam tetapi bangkit semula dalam dagangan.

Ini adalah permainan saham di bursa saham, bukan macam beli ikan di pasar dan rasanya ikan dipasar juga mengalami turun dan naik harga jualan serta belian, jadi ianya adalah perkara biasa.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa ke empat empat syarikat diatas tidak melibatkan peneroka, tapi adakah perkara tersebut dapat di pastikan? 

Kita juga tahu bahawa ada dikalangan anak anak peneroka atau peneroka itu sendiri yang kini sudah mula berjinak jinak dalam pembelian saham melalui beberapa buah syarikat public mutual dan ada yang sanggup membuat pembelian menggunakan wang sinpanan KWSP masing masing.

Adakah mereka yang membeli saham saham ini tahu apa jenis saham yang diurusniagakan melalui belian saham mereka? Jawapannya sudah pastilah TIDAK.

Begitu juga dengan FGV, tetapi oleh kerana ianya bersangkutan dengan politik, maka Mazlan Aliman mengambil kesempatan untuk memburuk burukkan keadaan dimana beberapa cerita negatif dikeluarkan untuk memberikan tanggapan buruk terhadap FGV.

Berbalik kepada saham yang dibeli oleh FGV melalui Rajawali Group tadi, pembelian saham berjumlah 37% ini telah membuatkan FGV adalah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia dan sudah pasti pelabur asing akan lebih berminat untuk membeli saham FGV dan ini akan membuatkan saham tersebut melambung dalam satu tempoh yang akan datang.

Sangkakala nasihatkan kepada Mazlan Aliman, kalau rasa diri terpelajar, jangan le cuba nak menipu mereka yang kurang pengetahuan di dalam rancangan Felda, dan jangan pula nak tunjuk diri tu hebat sebab dah terbukti fitnah yang dibuat oleh Mazlan Aliman terhadap Felda membuatkan Mazlan Aliman telah disaman sebanyak RM 500 ribu.


Ini jelas membuktikan bahawa Mazlan Aliman memang kaki fitnah dan modus operandi tidak lain dan tidak bukan hanyalah disebabkan politik semata mata.