Tindakan biadap kerajaan negeri Pulau Pinang tersebut telah membuatkan ahli UMNO naik angin sehingga ada yang keluar membuat bantahan secara aman seperti di Melaka baru baru ini.
Semua orang tahu bahawa DAP, PKR dan PAS kini tidak lagi bersatu dan Guan Eng sendiri mengisytiharkan bahawa PR di Malaysia tidak lagi wujud.
Untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kemelut yang melanda PR, maka Guan Eng dikatakan mengambil langkah untuk mengalihkan isu dimana dengan merobohkan struktur berkenaan, maka semua mata dan media akan tertumpu ke arah perkara tersebut.
Bagi Sangkakala, perbuatan Guan Eng tidak perlu di balas sebab rakyat kini sudah dapat melihat apa yang berlaku seperti contoh di Pulau Pinang dimana banyak perkara perkara yang merugikan orang Melayu dan bumiputera telah berlaku.
Dan yang terbaru sekali ialah menghapuskan kuota diskaun bumiputra dalam pembelian rumah di Pulau Pinang yang mana ianya sekaligus menidakkan hak bumiputera itu sendiri.
Jika perkara ini tidak juga menjadi pandangan masyarakat, Sangkakala tidak mustahil akan berlaku satu perkara yang lebih dahsyat di Pulau Pinang tidak lama lagi.
Tak pa la aku tgk x dak org komen jadi aku komen la.. Tu pn tah cam terjerempak dgn blog hg ni. Aku org Penang. Anwar Ibrahim akan jd PM ke7. Dia harapan rakyat. Politik perkauman boleh blah dah..
BalasPadam