Selasa, 16 Jun 2015

AHLI PARLIMEN HALANG TABUNG HAJI JUAL TANAH

Isu tanah 1MDB yang dibeli oleh Tabung Haji Property yabg hangat diperkatakan baru baru ini mendapat tentangan untuk dijual apabila ianya dibawa ke Parlimen hari ni.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang membahaskan usul rancangan Malaysia ke 11.

Beberapa orang Ahli Parlimen termasuk dari pembangkang menegaskan bahawa ianya (tanah trx) tidak perlu dijual kerana ianya akan mendatangkan keuntungan di masa akan datang.


Isu berkenaan pembelian tanah tersebut hanyalah polimik politik dan kenapa ianya perlu dijual, itu antara kata kata dari ahli parlimen yang membantah tanah tersebut dijual.

Turut sama membantah penjualan tersebut ialah Ahli Parlimen Tg Karang yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Isu tanah yang dibeli oleh Tabung Haji dihangatkan apabila ada pihak yang mengatakan bahawa ianya adalah bailout untuk menyelamatkan 1MDB sedangkan perkara tersebut tidak berlaku dan Tabung Haji telah bertindak untuk menjual semula tanah berkenaan kerana takut ianya menjadi fitnah kerana pelaburan Tabung Haji perlulah bersih dari sebarang masalah kerana hasilnya digunakan untuk para jemaah menunaikan haji ke Mekah.

Beberapa orang bekas pemimpin telah membuat spekulasi dan persepsi dengan mengatakan bahawa Tabung Haji menyelamatkan 1MDB yang juga dikatakan bermasaalah.

Cuba kita bayangkan, sedangkan Ahli Parlimen bukan Melayu dan Islam pun menyokong agar Tabung Haji tidak menjual tanah yang bernilai tinggi tersebut tapi dikalangan pemimpin dan bekas pemimpin Melayu pula bersikap sebaliknya hanya semata mata untuk menunjukkan ketidak puasan hati mereka hingga sanggup memberikan persepsi negatif terhadap pelaburan tersebut.

Baca selanjutnya DISINI..





1 ulasan:

  1. inilah penipuan kali kedua kerajaan mengenai isu tanah ini

    BalasPadam