Rakyat Selangor hari ini bakal berdepan dengan masalah sama setiap tahun dan seperti tahun tahun sebelum ini, bekalan air akan dicatu semula.
Kawasan yang kerap mengalami gangguan bekalan air di Selangor ialah Semenyih, Kajang dan kawasan sekitarnya.
Ini berikutan paras air di Sungai Langat yang menurun membuatkan kadar amonia meningkat dan tidak selamat digunakan.
Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri pula amat mengecewakan dengan menyalahkan rumah pam yang dikatakan bocor, air bersih yang dicuri dan paip air yang dikatakan pecah.
Akibat dari terputusnya bekalan air dikawasan kawasan tersebut, pelbagai aktiviti harian rakyat terganggu sehinggakan untuk solat di surau dan masjid juga terjejas sama.
Perkara ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya kerajaan Selangor dari awal lagi bersetuju dengan pembinaan loji simpanan air Langat 2.
Oleh kerana sikap kerajaan Selangor yang hanya memikirkan politik tanpa memikirkan permasaalahan rakyat maka perjanjian pembinaan Langat 2 terpaksa ditangguhkan dan ini adalah punca sebenar mengapa air di Selangor kerap kali menjadi masalah.
Namun yang mengecewakan sekali apabila Menteri Besar Selangor dengan slogan 'RAKYAT DUPEDULI' nampaknya hanyalah sekadar slogan retorik dan ayat politik semata mata.
Nampak macam kat Sri Lanka saja. Kasihan orang selangor Kerajaan Negeri asyik berpolitik, kau orang sengsara. Tak macam Kerajaan Penang yang mahu berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membesarkan empangan Mengkuang Dam bernilai lebih RM600 juta. Azmin mengapalah engkau ni bodoh sangat. Air adalah keperluan asas bukan untuk dipolitikkan. Please put a stop to all of these nonsense!
BalasPadam