Selasa, 31 Disember 2013

KEPALA BERTUTUP MULUT MACAM SIAL


Sangkakala pun tak tau dah nak cakap apa kat perempuan sorang ni, nak panggil perempuan ke betina pun tak tau.

Sebab apa?

Sebab kalau diikutkan rupa memang le lawa, tapi mulut macam sial, orang sekarang kata mulut bau longkang.

Suka suka pegi tuduh sambutan tahun baru DBKL belanjakan RM 15 juta tapi pada hakikatnya RM 15 juta tu untuk keseluruhan program selama setahun sempena tahun melawat Malaysia.

Takkan muka lawa kira pun tak reti, kalau dah susah sangat atau rasa malu nak belajar cuba mulakan dengan mengira bulu kat badan laki sendiri lama lama pandai la.

Ni kalau jadi janda pun jangan harus dibuat bini, alamat cepat lakinya mampos, asyik selalu salah kira.

Becerita kononnya pasal islam bagai nak rak, rapi kalau dah menfitnah tu macam mana kira pulak? Boleh ke?

Ini yang orang kata diatas tutup dibawah tenganga ni, bertudung kononnya jaga aurat tapi mulut kalah jalang lagi..


@mbnizar MEROYAN GILA PASAL APA NI ???

Agaknya dah buang tebiat nak mampos bekas Menteri Besar Perak ni sampai nak samakan himpunan di Arafah dan Mekah sama macam himpunan yang Pakatan haram cuba nak buat di Kuala Lumpur petang ni.


Cuba baca tweet dari Nizar Jamaluddin ni, takkan taksub sangat sampai begitu sekali. 

Mujur le 11 bulan je jadi Menteri Besar, kalau lama lagi rasanya punah ranah negeri Perak tu dibuatnya.

Bawa bertaubat la Nizar, takut nanti mampis tak sempat nak taubat, silap silap terbeliak biji mata tu atau bumi pun tak mau nak terima nanti.

Cuma apa yang Sangkakala nampak ialah, Nizar ni dah menghalalkan apa juga cara untuk menjadi pemerintah dan mendapatkan kuasa serta jawatan sampai sanggup menyamakan himpunan Haji dengan himpunan puak puak kera pajatan di Dataran Merdeka malam nanti.

Ini ke rupa orang yang diagungkan pengikut PAS selama ni? Fikir fikirkanlah kalau mencari khalifah, kalau macam si barua ni, baik le jangan.


RAMAI AKAN BERGULING DENGAN KENYATAAN @NajibRazak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:
Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:
Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 30, 2013 19:17 (MYT)


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/najib-umum-11-langkah-penjimatan-belanja-kerajaan-27616?cp


Sent from Samsung Mobile

Isnin, 30 Disember 2013

CHEGU BARD MENEMPAH BALA KE SARAWAK !!!

Dengar kata Chegu Bard ke sarawak untuk membuat himpunan mendesak Ketua Menteri, Pehin Seri Taib Mahmud supaya meletakkan jawatan.

Kalau benar itu berlaku, rasanya Chegu Bard sengaja menempah masalah di Negeri Kenyalang tersebut, sebab penduduk Sarawak terkenal dengan sikap setia kepada pemimpin.

Belum Chegu Bard sampai ke perkarangan kediaman Pehin Seri, dah lebih 100 orang berkumpul untuk berhadapan dengan Chegu Bard.


Slogan 'Langkah Mayat Kami Dulu' telah dilaungkan dan mungkin Chegu Bard kena fikir semula apa yang dia ni nak buat di Sarawak, jangan sampai nanti ada yang menerima musibah pula.

Tapi Sangkakala nak juga tengok Chegu Bard ni kena KITAI dengan orang Sarawak, biar dia ada akal sikit jangan suka suka nak buat kacau di tempat orang.


PEMUDA PAS AMBIL KESEMPATAN MALAM AMBANG TAHUN BARU

Nampak gayanya Pemuda PAS dan mereka yang menganjurkan himpunan bantah kenaikan harga barang kononnya hanya mengambil kesempatan diatas kehadiran orang ramai pada malam tahun baru nanti.


Penganjur serta mereka mereka yang mahu terlibat dalam himpunan tersebut Sangkakala lihat hanya mahukan kehadiran mereka dilihat lebih ramai ekoran daripada kehadiran orang ramai yang mahu menyambut sambutan tahun baru pada malam tersebut.

Mungkin juga pemuda PAS takut jika mereka menganjurkan perhimpunan tanpa apa apa sambutan keraian maka kehadiran yang diharapkan langsung tidak memberangsangkan dan kerana itu jugalah mereka memilih malam tahun baru untuk mengadakan himpunan tersebut.

Seperti yang berlaku dalam himpunan blackout yang diadakan di padang merbok yang lalu, Sangkakala dapat lihat bahawa tidak ada kehadiran yang memberangsangkan dan ini kemungkinan besar adalah kerana rakyat Malaysia sudah mula muak dengan kerenah pakatan pembangkang.

Himpunan kali ini yang pada asalnya dinamakan 'GULING' terus ditukar nama kepada 'TURUN BANTAH'.

Agaknya sebab dah nampak pihak berkuasa sudah mula bertindak agresif jadi kenalah cepat cepat tukar nama himounan, kalau tidak nanti alamatnya akan ada yang makan nasi lokap.

Bagi Sangkakala hanya orang orang yang kurang akal sahaja yang akan berada dalam himpunan tersebut kerana, negara ini adalah negara demokrasi dan kita mengadakan pilihanraya paling lewat 5 tahun bagi setiap penggal.

Kenapa tidak dinyatakan dalam pilihanraya protes tersebut? Kenapa perlu berhimpun dan adakah mereka ini (PR) mampu untuk mengawal kesemua peserta mereka daripada tidak melakukan apa apa kegiatan yang melanggar undang undang dan menggangu ketenteraman awam?

Sudah pasti mereka tidak berani  untuk memberikan jaminan kerana setiap orang yang hadir sudah pasti lain pemikiran serta sikapnya.


Ahad, 29 Disember 2013

SURENDRAN DILANTIK SEBAGAI KETUA POLIS NEGARA

Sangkakala gelak juga bila Sinar Harian melaporkan bahawa N. Surendran yang mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan dalam tempoh 48 jam berkenaan dengan email berkaitan dengan bom yang didakwa diterima oleh Rafizi Ramli.


Sejak bila pulak lawyer mata stim ni jadi ketua polis negara sampai boleh arah arahkan pasukan polis sambil memberikan masa untuk mengadakan siasatan.

Main suka suka je peguam pakatan ni nak arah itu dan ini, dia ingat pasukan polis tu macam pengawal keselamatan bapa dia punya ke.

PDRM telah memanggil Rafizi untuk menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut dan Sangkakala yakin bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan dengan lebih terperinci.

Tapi jangan le nak mengarah arah pasukan polis pula, biar le mereka jalankan kerja mereka dulu.

Bangang betul la peguam pakatan ni.


HEBATNYA PEMIMPIN PEMBANGKANG !!! KENAPA TAK DEDAH SEMUA NI ???

Hebat betul pemimpin pembangkang ni, dalam negara rumah pun boleh tahan besarnya, diluar negara pun tak kurang hebatnya rumah mereka.

Ini ada gambar rumah Setiausaha Agung PKR yang mewah di Malaysia dan di Australia.


Agak agak ada tak mana mana ahli pakatan yang nak pertikai darimana dia ni dapat duit untuk membeli atau membina rumah sebesar ini di luar negara yang dah pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Selama ni pakatan hanya mengisahkan tentang pemimpin Barisan Nasional yang dikatakan boros dan menggunakan wang rakyat.

Tapi macam mana pula dengan pemimpin pembangkang yang mampu untuk membeli dan membina rumah sebesar ini? Duit darimana mereka ni perolehi?

Harap agar pengikut pakatan boleh menyiasat sama tentang kekayaan pemimpin mereka.

Kredit gambar untuk:

http://manzaidiamn.blogspot.com/2011/11/rumah-saifuddin-nasution-di-machang-dan.html


RAFIZI SAHKAN 5 BIJI BOM DI KL

Nampaknya Rafizi terperangkap dengan isu bom yang dikatakan berada di sekitar Kuala Lumpur.

Klik gambar dibawah untuk melihat pengakuan Rafizi tentang isu bom tersebut.


Pihak polis nampaknya boleh mengambil yindakan untuk menyiasat pengakuan Rafizi di hadapan khalayak ramai tentang bom tersebut.


MAUT JATUH GUNUNG

KOTA BHARU 29 Dis. - Seorang pelajar Universiti Nasional Singapura maut selepas tergelincir dan jatuh ke dalam gaung ketika berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai dekat sini pada petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, Lee Jun Jie, 23, dikatakan tergelincir disebabkan keadaan laluan yang licin ketika melihat pemandangan daripada gunung itu.

Jun Jie bersama 22 rakannya termasuk lapan wanita dari universiti tersebut mula mendaki gunung itu pada petang semalam dan berkhemah di sana.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Soleh Nasir, mayat mangsa dijumpai pada pukul 9.50 pagi ini.

Difahamkan pasukan bomba terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa. - UTUSAN 


Sent from Samsung Mobile

Sabtu, 28 Disember 2013

MAUT DI TIMES SQUARE


KUALA LUMPUR  - Pengunjung pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Jalan Imbi gempar dikejutkan insiden seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 9 pusat membeli belah itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainudddin Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam menyebabkan mangsa parah.

"Remaja berusia 24 tahun dari Seri Kembangan itu dikatakan terjun dari tingkat sembilan sebelum jatuh di tingkat bawah pusat beli-belah. Mangsa mati di tempat kejadian,"katanya.

Menurutnya, tiada rakaman.CCTV di situ, siasatan awal juga mendapati tiada rekod dan unsur jenayah pada mangsa.

Punca kejadian masih disiasat dan beliau  mengesahkan kejadian sebagai kematian mengejut.




Sent from Samsung Mobile

Jumaat, 27 Disember 2013

NIK AZIZ IBARAT SANG KELEMBAI DALAM PAS

Sangkakala agak terperanjat apabila seorang rakan baru baru ini mengajukan soalan sama ada Sangkakala kenal atau tidak dengan Sang Kelembai di dalam PAS. 

Sangkakala memanglah pernah mendengar kisah dongeng Sang Kelembai yang dikatakan mampu menyumpah apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang dimahukan.

Tapi sebelum ini tak pernah pula Sangkakala dengar dalam PAS ada Sang Kelembai dan itu lah yang membuatkan Sangkakala agak terperanjat.

Rupa rupanya apa bila Sangkakala katakan tak tau maka kawan tersebut telah mengatakan bahawa Nik Aziz adalah Sang Kelembai didalam PAS dan kerana itu lah beliau agak digeruni oleh orang orang dan Pemimpin PAS sendiri.


Apa bila Sangkakala meminta alasan mengapa beliau mengatakan bahawa Nik Aziz adalah Sang Kelembai, ini jawapan beliau.

Presiden PAS, Haji Hadi pernah mengatakan bahawa akan ada muzakarah diantara UMNO dan PAS dan pada masa itu jugalah Nik Aziz menentang dengan keras bahawa tidak boleh diadakan sebarang muzakarah diantara PAS dan UMNO. 

Dan kerana itu jugalah PAS tidak jadi untuk mengadakan muzakarah walaupun ianya dilihat amat baik demi untuk agama Islam dan kepentingan orang orang Melayu di tanah air.

Jadi disitu rakan Sangkakala telah mengatakan bahawa Nik Aziz adalah Sang Kelembai yang mana apa sahaja kata katanya akan dituruti oleh para pengikut atau pemimpin PAS itu sendiri.

Walaupun agak kelakar, namun Sangkakala terfikir ada juga kebenarannya apabila kawan Sangkakala memberikan alasan sebegitu.

Macam hal yang baru baru ni, Menteri Besar Kelantan pada mulanya mengatakan bahawa beliau tidak akan menghantar peserta dari Kelantan kerana himpunan tersebut menggunakan slogan gulingkan kerajaan dan hari ini sudah terbalik pula. 

Adakah ini semua kerana kata kata Nik Aziz yang mahukan peserta dari Kelantan turut sama dalam demonstrasi kali ini seperti mana yang terdahulu.

Apa yang pasti, PAS Kelantan akan mengeluarkan wang untuk membolehkan pengikutnya pergi ke Kuala Lumpur untuk turut serta dalam himpunan haram tersebut.


PENCACAI PAKATAN SENYAP TENTANG ISU KENAIKAN SELANGOR

Bila kerajaan pusat naikkan harga beberapa barangan serta perkhidmatan, maka mulalah menyalak para pengikut pakatan pembangkang hingga ada yang kata nak buat demo segala bagai.

Tapi macam mana pula dengan beberapa kenaikan di Selangor yang jelas ketara hingga ada yang melebihi seratus peratus??

Bila pula agaknya pencacai nak buat demo kat depan pejabat MB si Khalid Gagap tu agaknya.

Cuba tengok kenaikan di bawah, nampak macam tinggi je, tapi takde pulak pencacai nak buat demo ye.


Kalau ye pun jangan le berat sebelah, buat ke sama rata, kalau nak buat demo untuk menentang kenaikan buat sama untuk kerajaan pakatan di Selangor yang juga menyusahkan rakyat.

Sangkakala nampak puak puak pakatan ni macam tak kisah je dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pakatan di Selangor. 

Dengan kenaikan gaji MB, exco dan ADUN ditambah pula dengan kenaikan lesen perniagaan takkan nak diamkan je.


Khamis, 26 Disember 2013

JANGAN BERI PELUANG !!!

Tahniah Sangkakala ucakpkan kepada Menteri Besar Kelantan yang menyakan bahawa beliau tidak menyokong himpunan guling kerajaan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.

Tapi walaupun beliau tidak menyokong, adakah pengikut pengikut PAS akan mahu mengikut sama?

Sangkakala tak nampak yang perkara tersebut akan terjadi sebab sudah terbukti yang pengikut PAS kini lebih gemar melakukan perkara perkara yang ada aksi seperti himpunan haram.

Walaupun ditegah oleh pemimpin, namun mereka ini tetap akan mengingkari arahan tersebut.

Sangkakala amat yakin bahawa, mereka tetap akan turun ke Dataran Merdeka untuk melakukan demonstrasi tersebut kerana walaupun mereka ini mengatakan bahawa mereka adalah pengikut PAS tapi mereka sudah dirasuk oleh cara cara PKR yang satu masa dulu menjadi parti pertama melakukan himpunan haram sebelum penubuhannya.

Pihak keselamatan perlu lebih tegas dalam menangani perkara ini kerana mereka ini sudah pasti akan menyusahkan orang ramai pada malam tersebut.

Dan kepada mereka mereka yang cuba menghasut supaya orang ramai turun pada hari tersebut juga perlu diambil tindakan tegas.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 25 Disember 2013

PENGERUSI BMB HANYA HISAP CIGAR ?? APA PERANCANGAN ???

Sangkakala rasa sudah sampai masanya penggerak media pro BN untuk bergerak sendiri tanpa perlu memikirkan pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia.

Kalau asyik nak fikir pasal orang yang tak tau nak buat kerja ni rasanya merudum le Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. 

Sangkakala tak nampak lagi apa perancangan yang dibuat oleh Ibdil selaku Pengerusi BMB Pemuda UMNO Malaysia ni melainkan gambar sedang hisap cigar yang diterima.


Hehehe..rupanya hisap cigar dengan anak si Nazri Aziz, apa urusan dengan anak Nazri si Nedim ni agaknya kan..pelik juga, tapi ye lah, kan si Ibedil ni suka beristagram dan ber LIFESTYLE.

Sedang si Ibedil sibuk melayan anak anak orang kaya yang terserlah ke elitannya, masih ada yang telah bertungkus lumus dan terus memberikan khidmat.

Dan macam yang Sangkakala nyatakan dalam artikel Sangkakala tak berapa lama dahulu, ada beberapa exco pemuda yang telah melakukan tanggungjawab mereka dalam membantu masyarakat serta kerajaan.



Pelik la Sangkakala dengan pengerusi B2B ni, ehh..silap, BMB.

Pembangkang telah mencanangkan bahawa mereka akan mengadakan huru hara di Kuala Lumpur pada malam diambang tahun baru.

Tapi sampai sekarang Sangkakala tak dengar lagi perbincangan atau perancangan untuk meletakkan blogger atau facebooker bagi menjalankan tugas sepertimana yang dilakukan dahulu.

Tugas tugas ni Sangkakala rahsiakan dulu sebab nanti kalau dihebahkan akan membahayakan rakan rakan yang secara sukarela membantu kerajaan..ingat tu..MEMBANTU KERAJAAN!!! Bukan bantu si Ibedil mencari nama.

Dan sekarang apa yang pastinya si Ibedil ni sedang bersenang senang tanpa perlu memikirkan apa apa masalah tentang pertempuran di alam maya kerana LIFESTYLE yang beliau sebut sebutkan selama ini perlu direalisasikan.


Selasa, 24 Disember 2013

@mbpahang @mohdsharkar PERBADANAN BUKIT FRASER ATUR KEMBARA MEDIA KE NEGERI PAHANG

(Gambar 1) Aziz Desa sedang memberikan taklimat perjalanan.

(Gambar 2) para penggiat media di dalam bas


Perbadanan Bukit Fraser hari ini menganjurkan Kembara Media Ke Negeri Pahang dan seramai hampir 40 orang penggiat media telah dibawa dengan bas pelancong bagi membawa mereka untuk bergerak ke negeri tersebut.

Mengikut daripada apa yang disampaikan oleh saudara Aziz Desa yang merupakan seorang penyampai rangkaian television yang juga merupakan ketua kepada kembara media ini, kerajaan negeri Pahang menjemput para penggiat media untuk menikmati pemandangan serta melawat ke kawasan kawasan pelancongan di Negeri Pahang.

Pelbagai acara disediakan oleh Perbadanan Fraser Hill untuk para penggiat media.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 23 Disember 2013

PENCACAI PAKATAN TOLONG JAWAB SIKIT !!! FITNAH KE NI ???

Terbaca dan terlihat satu gambar yang dimuat naik oleh seorang pengikut tegar pakatan pembangkang yang mengatakan bahawa UMNO sengaja membuat fitnah tentang perilaku sumbang pemimpin mereka.


Tapi betul ke fitnah tu dilakukan ole UMNO dan benarkah ianya satu fitnah? Sangkakala tak le pulak mengatakan benda ni benar, tapi dengan mengatakan bahawa ianya adalah fitnah dari UMNO rasanya tak adil la kan?

Kalau gambar diatas dikatakan tidak berwarna dan disamakan pula dengan fil3m zaman P.Ramli, yang berwarna ternag terangan macam mana pulak? Cer jawab sikit? 

Macam gambar di bawah ni, adakah ianya fitnah? Dan adakah ianya dilakukan oleh orang UMNO?  


Ni kang mesti ada pencacai yang kata UMNO dan porno berpisah tiada juga nikang.

Sangkakala cuma bertanya, kalau gambar diatas tentang Anwar tu hitam putih dan tidak boleh dijadikan bukti, apakah gambar Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang berwarna ni juga palsu?

Kita nantikan jawapan dari pencacai pakatan pembangkang tentang perilaku pemimpin mereka ni.

Tapi ingat ye, yang masukkan gambar Anwar diatas tu adalah pencacai Pakatan sendiri, bukan Sangkakala.

Sangkakala cuma nakkan pencerahan je tentang isu ni.


Ahad, 22 Disember 2013

ADUN DAP PUKUL LELAKI INDIA SEBAB PONGGAL

Haha..amikkau, nak sangat berbaik dengan Cina DAP, sudahnya kepala jadi sasaran kena lepuk.


Nampak tak betapa kurang ajarnya ADUN DAP? Orang India nak buat upacara keagamaan boleh pulak maik lepuk kat kepala.

Cuba kata kalau orang cina nak buat upacara sembahyang dengan pertunjukkan separuh bogel, dah tentu lulus sebelum mohon lagi.

Tapi yelah..padan juga dengan muka, ntah ntah dia salah seorang yang pangkah pembangkang untuk menang di Pulau Pinang, nah amik ubat kau.


CYBERTROOPER BN BERTAUBAT !!! BN BAKAL KALAH PRU 14

Dalam PRU ke 14 nanti nampaknua Barisan Nasional sudah menunjukkan jalan jalan kekalahan apabila ada cybertrooper Barisan Nasional yang sudah berpaling arah ke Pakatan Pembangkang. 


Gambar diatas jelas menunjukkan bahawa pemilik akaun Facebook Land Koperal Tangkap Lalat telah pun bertaubat dan dalam posting diatas beliau mengatakan yang beliau bertaubat sebab hampir di langgar lori.

Hahaha..kenapa la kamu tak betul betul duduk bawah lori tu sambil kepala kamu ada di bawah tayar bersepai macam tembikai masak terhempas kan lebih baik.

Sangkakala bukan marah sebab dia bertaubat, tapi marah sebab di menipu orang, dia mengeluarkan posting taubat tu pada bulan Mei 2013 dan akaunnya baru dibuka pada bulan Arpril 2013 kalau tak percaya, boleh la buka akaun penyangak ni.


Kantoi le pulak cyber warrior pakatan hancing ni nak tuning kepala orang, macam orang bodoh sangat agaknya.

Sebab dah tau pilihanraya nak dekat, jadi masa tu pencacai bangang ni buat le akaun dan tak sampai sebulan selepas tu kelam kabut kononnya hampir nak di langgar lori sampai bertaubat nak masuk PAS. 

Agak agak le bro kalau nak menipu tu, jangan le ketara sangat sampai orang boleh kesan.

Yang si bahalol pencacai Pakatan pulak masukkanlah posting bertaubat si pencacai ni dalam fb dan bertanya kepada cybertrooper yang lain bila nak bertaubat.

Kahkahkah..Sangkakala punya le ketawa sampai hairan orang dalam rumah kenapa ketawa kuat sangat. 

Mana tidaknya, baru 21 hari buka akaun dah di panggilnya cyberyrooper lepas tu yang buat Sangkakala ketawa, semua posting dia adalah komen komen dia dalam Harakahdaily.

Kalau setakat komen dalam harakah lima ke enam kali tu dah layak dipanggil cybertrooper ke? Atau pencacai bila ada satu posting je dah dipanggil atau digelar cybertrooper oleh pakatan haram korang tu? 


Sabtu, 21 Disember 2013

MCA JANGAN GAH DALAM PARTI !!! PRU HAMPEH

Pemilihan MCA hari ni dah pun menunjukkan peralihan kuasa dalam kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Apa yang kita semua ketahui, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memenangi jawatan Presiden dan Datuk Wee Ka Siong telah menjawat jawatan Timbalan Presiden.

Tapi seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, MCA perlukan Viagra Politik untuk parti tersebut bangun semula.

Maksudnya disini, janganlah hanya menang dalam pemilihan parti tapi bila pilihanraya tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Sebab menang dalam pemilihan parti rasanya tak penting untuk tampuk pemerintahan negara, tapi menang PRU yang menentukan hala tuju Barisan Nasional.

Lagi satu, kepada Wee Ka Siong jangan le celupar sangat, jangan wujudkan persengketaan diantara UMNO dan MCA pulak.

Sejak akhir akhir ni nampaknya Wee Ka Siong agak lantang sangat pulak bersuara, patutnya bersuara untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Kalau setakat bersuara dengan parti komponen sendiri, tak kemana pun.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MANA JABATAN ALAM SEKITAR ?? TINDAKAN PERLU DIAMBIL !!!

Pagi tadi ada insiden yang tak sepatutnya berlaku telah dilakukan oleh kontraktor pembuangan sampah yang melonggokkan sampah yang dikutip oleh mereka di lebuhraya MRR2 dekat Kepong.

Kalau ye pun mesin pemampat sampah rosak, takkan le buang kat jalan raya sampai menggangu lalulintas.


Ini adalah satu tindakan melampau yang dilajukan oleh kontaktor berkenaan, sampai lebih 2000 tan sampah di longgokkan di tepi jalan tersebut.

Ini juga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sepatutnya Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan yang memberikan tender kerja kerja tersebut mengambil tindakan tegas diatas sikap kurang ajar kontraktor kontaktor ini.

Jabatan Alam Sekitar boleh mengambil tindakan kerana pencemaran di kawasan tersebut dengan sisa sisa sampah yang dilonggokkan dan pihak berkuasa tempatan boleh menarik semula kontrak yang telah diberikan kepada mereka supaya mereka ni ada rasa serik sikit.

Main suka suka nak buang sampah sana sini, macam dah takde tempat lain nak letak.

Kalau perkara ini dibiarkan, Sangkakala yakin perkara sebegini akan berulang lagi sebab kontaktor ni naik kepala.

Jadi, ambil tindakan supaya mereka serik daripada menyusahkan orang ramai.


PEMBANGKANG DAH KETANDUSAN ISU !! JUAL TANAH PUN NAK PERTIKAI

Pelik pulak Sangkakala tengok bila pencacai pakatan pembangkang yang seakan akan ketandusan isu sampai Sultan Johor jual tanah pun nak pertikai.


Apa masalah kalau baginda nak jual atau nak beli tanah sekali pun? Bukan tanah mak ayah korang yang baginda jual, tanah baginda sendiri, apa masalahnya?

Cuba baca DISINI dan lihat bagaimana bangangnya bila pembangkang cuba menyerang Sultan Johor yang menjual tanah baginda yang bernilai RM 4.5 billion.

Tak cukup dengan itu, si penulis artikel tu pulak pertikai lagi apabila Baginda Sultan membeli saham dalam kumpulan BERJAYA.

Apa punya mentaliti le diaorang ni, dah serang pemimpin kerajaan, tak cukuo dengan itu, Sultan pun puak puak ni nak pertikai. 

Kalau rasa nak jual tanah sendiri jual je lah, siapa nak larang? Takkan tanah Baginda nak dibagi pada penulis atau pembangkang pulak sedangkan kerajaan yang memerintah pun baginda tak bagi.

Bangang punya kenyataan yang dikeluarkan oleh penulis laman blog terbabit sampai menampakkan bahawa mereka ni memang akan menolak sistem berRaja di negara ini kalau mereka memerintah. 

Belum apa apa dah pertikai itu dan ii, kalau dah memerintah tak tau le jadi apa, agaknya dendan pembangkang kepada sultan Johor yang membenarkan perkarangan Istana Johor dijadikan tempat bermulanya penapakan UMNO di negara ini adalah punca segala kecaman terhadap Baginda.

Tapi nak marah buat apa pun sebab dah memang azalinya begitu, UMNO dilahirkan di perkarangan Istana dan bukan seperti PKR yang dilahirkan di tepi jalan. 

Sangkakala nak katakan disini bahawa parti Dust Kicker ni takkan pegi kemana sebab semua ahlinya adalah pemberontak yang akan sentiasa membuat kacau bilau.


PEREMPUAN SIAL NAK HURU HARAKAN NEGARA !! PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK


Dengar kata ada ura ura yang nak menjadikan negara menjadi huru hara pada malam tahun baru nanti dan seperti yang telah sudah, ianya didalangi oleh perempuan yang Sangkakala katakan sebagai perempuan syaitan bernama Ambiga.

Tapi apa yang dilakukan oleh pihka berkuasa dalam menangani isu isu atau kes sebegini? Takkan masih nak berdiam diri dan menunggu berlakunya pertumpahan darah dan kehilangan nyawa baru terhegeh hegeh pihak berkenaan nak ambil tindakan.

Sepatutnya Ambiga ni dah lama di sumbat dalam penjara dan jangan bagi keluar lagi sebab dia ni walau pun peguam tapi bingai kalah orang tak sekolah lagi, kalau orang tak sekolah pun masih mampu untuk berfikir sama ada apa yang dia buat tu baik atau pun tidak.

Mengguling kerajaan adalah agenda utama Ambiga bersama sama pakatan pembangkang dan perkara ini pernah menjadi sejarah hitam apabila banyak kerosakan serta kecederaan yang berlaku dalam himpunan BERSIH 3 yang lalu.

Takkan itu tidak dapat dijadikan titik tolak kepada penahanan manusia haram jadah ni?

Kalau nak dikatakan pihak berkuasa tidak memperolehi bukti yang boleh mensabitkan Ambiga dan kuncu kuncunya, Sangkakala rasa itu adalah alasan yang paling buruk sebab kita semua maklum bahawa pasukan risikan polis dan tentera Malaysia adalah yang terbaik dan banyak kes kes yang agak rumit dapat diselesaikan dalam masa singkat.

Ambiga dikatakan juga akan melancarkan Gerakan Guling Kerajaan pada malam 31 Disember nanti dengan tema "TUNGGU PILIHANRAYA ATAU TURUN JALANRAYA", takkan dengan bukti tersebut masih belum cukup untuk menahan SI LAHANAT ni dari terus membuat kacau di negara ni.


SEBAB BERITA PANAS !!! ARTIS SAMAN TV3


Inilah akibat jika terlalu inginkan beriya panas, akibatnya memang jadi panas miang seluruh badan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan 'Melodi' dua tahun lepas.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua.

Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.

Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu.

Pada 5 Sept 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu.

Mereka juga mendakwa perkataan serta gambar visual yang disiarkan dalam rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta keluarga.

Pasangan itu yang diwakili peguam David Dev Peter menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam keputusannya Nor Bee juga berkata perkahwinan Nurul dan suaminya adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat yang mengesahkan pernikahan pasangan itu.

Nor Bee membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan.

Sumber: Sinar Harian


Sent from Samsung Mobile

Jumaat, 20 Disember 2013

AMIKAU !!! KAN DAH JADI JANDA SEKARANG

Kan dah tak pasal pasal jadi janda anak satu, ntah ye ntahkan tidak si Adi Putra tu hantar gambar 'barang' nya pada pempuan ni.

Kalau ye sekalipun dia hantar, rasanya pempuan ni le yang mulakan dulu.

Tengok muka pun tau miang semacam je dia ni.

PUTRAJAYA - Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah mencerai isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.

Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.

"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.

"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.

Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.

Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil  siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.

"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.

"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.

"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Bagaimanapun, Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa, dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan menambah, "kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami."

Sementara itu, sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin berkata, dia bersama Noraida telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: SINAR HARIAN



Sent from Samsung Mobile

Khamis, 19 Disember 2013

LAGI SEKALI PADAN MUKA RAKYAT SELANGOR !!! PUAS HATI DAH ???

Sangkakala ingat semua rakyat Selangor setuju bila kerajaan negeri buat sesuka hati depa je kat negeri ni, maklumlah kehendak rakyat Selangor sendiri yang pilih pada pilihanraya lepas.

Sekarang ni rasakan le kenaikan sewa premis perniagaan sampai 400% sewa petak parking dari RM 30 kepada RM 70, takde apa yang mampu Sangkakala nak katakan melainkan padan muka rakyat Selangor kononnya nakkan perubahan, nah rasakan perubahan gaya hidup anda semua.



Baca selanjutnya DISINI.

Kalau kerajaan Barisan Nasional naikkan harga barang untuk kepentingan semua, mula maki berselerak tapi bila kerajaan Selangor naikkan segala bagai kenaikan termasuklah gaji MB dan EXCO serta ADUN, semua diam, sekarang baru kata nak kumpul nak buat DEMO? 

Sangkakala rasa dah terlewat semua tu, Khalid tetap akan buat kenaikan, kalau orang yang letak dia sebagai MB pun dia boleh buat tak reti, ini kan pula para perniaga yang tak dipandang oleh Khalid Gagap.

Apa apa pun Sangkakala nak katakan padan muka kepada rakyat Selangor, penggal yang akan datang korang pilih le lagi pakatan penipu ni jadi kerajaan. 


Rabu, 18 Disember 2013

EDISI BONGKAR BERSAMA YUKTES VIJAY !! ANWAR MEMANG HARAM JADAH


Anwar sekarang sedang berlakon lagi bagi menegakkan bahawa tol yang ada di Selangor kononnya dihalang dari kenaikan.

Pada hal yang sebenarnya apabila umu telah mengetahui bahawa kerajaan negeri Selangor menerusi anak syarikatnya mempunyai kepentingan diantara 20 ke 30% maka kelam kabutlah si haram jadah ni nak pesongkan cerita.

Hal ini telah didedahkan oleh Yuktes Vijay dalam blog beliau dan untuk bacaan lanjut sila klik DISINI.


GAMBAR FACEBOOKER RAJIMEN ANARKI DIKESAN !!! MOHON SEBARAN


Ini adalah rupa orang yang begitu hebat dalam facebook sampai berani mengeluatkan kata kata menghina Sultan dan sebagainya.

Mamat yang pakai nama facebook Rejimen Anarki ini juga mengatakan bahawa 31 Disember nanti kalau ada sesiapa yang menghalang para pengikut pakatan mengadakan himpunan maka dia nak langgar semua.

Wahh..dah macam gangster la bro, pastikan malam tu nanti kamu duduk dibarisan hadapan senang kami nak ketuk kepala kamu dengan beluti 2x2 sebab kepaka tu selama ni keras sangat kan.

Tapi berani ke mamat ni turun lepas gambar di tersebar macam ni atau dia akan menyorok di celah kangkang bini atau mak dia pada malam tu nanti?

Sama sama kita nantikan pada malam 31 Disember.


KENAIKAN TOL !!! KERAJAAN SELANGOR LUPAKAN MANIFESTO SEKALI LAGI


Dengan kenaikan tol yang begitu hebat diperkatakan di media media sosial seperti facebook mahupun twitter atau apa juga platform media kita dapat lihay bahawa kerajaan Selangor menyepikan diri.

Pelbagai respon daripada rakyat tidak kira daripada penyokong kerajaan atau pun pembangkang telah diterima dan apa yang mengejutkan ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan lebuhraya PLUS yang menguruskan 5 lebuhraya di Malaysia bahawa tiada kenaikan bagi tahun ini untuk lebuhraya mereka.

Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pilak lain bunyinya, perlu ada kenaikan bagi lebuhraya untuk tahun 2014.

Rupanya dalam diam tak diam, lebuhraya di Selangor akan dinaikkan diantara RM 0.50 hingga RM 2 bagi setiap konsesi.

Tapi kenapa kerajaan Selangor senyap? Takde pulak nak menyalak berbunyi macam macam? Ada share juga ke?

Seperti yang dicanangkan oleh kerajaan Selangor melalui manifesto mereka bahawa kerajaan Pakatan Pembangkang akan memansuhkan semua bayaran lebuh raya nampaknya takkan kesampaian.

Hanya bercerita sahaja untuk meraih undi dari rakyat dan bila dah menang, rakyat dibiarkan sahaja dengan angan angan manifesto tersebut.

@HishammuddinH20 PERANG MEDIA SOSIAL !!! MAMPUKAH BARISAN NASIONAL BERTAHAN ???


Dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang, mungkin 3 tahun atau 4 tahun lagi, adakah Barisan Nasional mampu untuk menepis segala persepsi masyarakat terhadap kerajaan hari ini?

Persoalan ini perlu di fikirkan dari sekarang kerana setiap hari ada sahaja isu tidak kira sama ada berfakta atau berbentuk fitnah akan dikeluarkan.

Dari apa yang Sangkakala lihat, sehingga hari ini masih belum lagi ada gerakan untuk menuju ke arah itu iaitu melawan persepsi jahat yang diwujudkan oleh pembangkang. 

Kalau pada tahun 2012, kisah RedBean army hangat diperkatakan hingga diperdebatkan dalam parlimen selepas ini tak tau lagi apa pula yang akan keluar. 

Barisan Nasional seolah olah masih selesa dengan keadaan ini walaupun pernah digegarkan dengan kisah 3000 orang jentera cyber yang diwujudkan oleh DAP yang setiap hari mengeluarkan cerita tentang keburukan kerajaan.

Persediaan langsung tidak dilakukan sedangkan Pakatan Pembangkang sudah dilihat bergerak aktif dan lebih agresif di alam cyber.

Barisan Nasional khususnya UMNO perlu memiliki atau mencari formula bagai mana cara untuk melawan persepsi ini dan perlu mencari atau memanggil semula mereka mereka yang boleh dikatakan arif dalam perang cyber.

Bukan hanya meletakkan pejuang pejuang marhaen untuk berkerja secara fisabilillah tanpa ilmu pengetahuan atau tanpa hala tuju yang sebenar. 

Mungkin selama ini terlalu ramai pemimpin yang agak kurang nampak walaupun kesan daripada kehadiran penggiat maya pembangkang telah berjaya menjadikan pemikiran rakyat terpesong jauh.

Kini seperti yang Sangkakala katakan tadi, perlu ada satu jalan untuk mempersiapkan jentera maya yang ampuh untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.



Selasa, 17 Disember 2013

PROGRAM BACK TO SCHOOL SUBANG KECOH

Memang kecoh apabila anak anak kecil yang akan menjejakkan kaki ke sekolah pada sessi persekolahan yang akan datang hadir bersama sama ibu bapa masing masing untuk menrima sumbangan berupa Beg serta pakaian sekolah di perkarangan pejabat UMNO Bahagian Subang pada hari ahad lepas.

Sejumlah 100 beg sekolah beserta kelengkapan pakaian diberikan kepada kanak kanak tersebut.

Program tersebut turut dihadiri oleh kepimpinan peringkat Bahagian, seperti Ketua< timbalan dan Naib Ketua Bahagian serta ketua ketua sayap.

Program tersebut telah dianjurkan oleh pergerakan Puteri UMNO Bahagian.







PEGUAM NEGARA CABAR RAFIZI RAMLI


Nampaknya kali ni si Rafizi Ramli kantoi pulak dengan peguam negara apa bila beliau sanggup untuk menyerahkan surat kuasa kepada Rafizi untuk memerikasa semua akaun beliau di mana mana negara yang Rafizi mahukan.

Ini sebenarnya untuk membuktikan bahawa tidak ada apa apa sogokan yang diterima tentang kes kekalahan dalam isu Pulau Batu Putih yang mana Rafizi mendakwa bahawa ada unsur unsur korupsi berhubung kes tersebut.

Apa lagi Rafizi, terima le cabaran tu kalau betul Tan Sri Gani Patail ada terima sogokan sebab selama ni pun Rafizi secara berselindung menyelongkar akaun bank pemimpin yang tidak dikenal pasti kesahihannya.

Bila dah Abdul Gani Patail bagi kebenaran macam tu rasanya lebih mudah untuk Rafizi menyelongkar akaun bagi mengeluarkan bukti bukti yang dirasakan perlu.

Setiap kali menyelongkar akaun nibpasti muka Rafizi yang keluar,  sejauh mana hebatnya Rafizi dalam mencari kebenaran?

Atau adakah ianya hanya omongan kosong yang hanya untuk memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan di mata masyarakat dan rakyat di Malaysia? 

Dengan hanya mendengar dakwaan dari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,  Datuk Mat Zain Ibrahim, Rafizi kononnya akan meminta kerjasama daripada polis Hong Kong untuk menyiasat ekoran dakwaan adanya transaksi yang dilakukan keatas akaun Abdul Gani disana.

Tapi sepertimana yang dikatakan oleh Gani bahawa beliau tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang terhadap mereka yang menuduh beliau sejak sebulan lalu juga perku dipertimbangkan kerana kalau bukti tidak menunjukkan bahawa ada unsur unsur rasuah disitu maka Rafizi sudah tentu akan menerima musibah dari apa yang beliau lakukan. 

Jari sekarang kita sama sama nantikan apa akan jadi dengan Rafizi, sama ada dakwaan itu benar atau mainan politik semata mata.


Isnin, 16 Disember 2013

HAJI HADI DISAMAN KERANA PIL KUDA !!!


Ingat lagi tak kisah apabila Hahji Hadi yang merupakan Presiden PAS mengatakan bahawa ada diantara calon Pilihanraya yang mewakili PKR menjual Pil Kuda, dan kali ini dikatakan pula calon tersebut seperti dalam gambar mengambil tindakan menyaman Haji Hadi kerana kenyataan tersebut yang dikeluarkan dalam sebuah ceramah.

Sudah tentulah dalam kes macam ni yang paling gembira ialah DAP yang berjaya memecah belahkan orang Melayu di negara ni, sesama mereka (PAS dan PKR) dan kedua duanya adalah Melayu kini dah mula bertelagah sesama mereka.

Mungkin sikit hari lagi kita akan lihat pula, pertelagahan diantara Presiden PAS dan PKR yang mana DAP akan menjadi orang tengah tetapi bukannya untuk membawa kedamaian, malah membuat hasutan supaya tidak akan wujud perdamaian dan jika keadaan ini berlaku maka dengan mudah DAP akan mengikat kedua dua parti tersebut untuk tunduk kepada mereka.

BELAJAR DARI KESILAPAN !!! UMNO/BN MAKIN LALAI !!!

Kalau nak dikirakan cerita daripada seorang rakan blogger Sangkakala ni ada juga benarnya apabila kerajaan mengumumkan melalui Menteri Jabatan Perniagaan Malaysia (JPM-yang lain Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Ahmad Wahid yang dulu jaga HARIMAU (maybank) akan kenaikan tol yang dikatakan perlu di Malaysia.

Dengan memberikan contoh seperti kawasan yang tidak ada Tol tapi kerajaan Barisan Nasional tetap juga kalah, juga adalah betul dan tepat.

Satu pertanyaan Sangkakala nak ajukan di sini, kalau dah tempat takde tol tu pun kalah, tempat yang naik harga tol ni boleh menang ke?

Lagi satu bila dikatakan bahawa subsidi yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat berjumlah RM 400 juta untuk pembiayaan tol perlu diuruskan sebaik mungkin dan diberikan semula kepada rakyat, nak juga bertanya disini, kemana pula duit sebanyak RM 400 juta tu akan diagihkan?

Dengan penarikan subsidi minyak, penarikan subsidi gula, kenaikan tarif elektrik, kini kenaikan bayaran tol sudah pastinya akan membuatkan akan ada beberapa kenaikan lagi seperti contoh.

Tambang pengangkutan berteraskan elektrik akan naik, barangan keperluan juga akan naik kerana kenaikan harga tol, minyak dan elektrik kerana pengangkutan yang mengangkut barangan tersebut sudah pastilah menggunakan minyak petrol atau diesel dan ada juga yang melalui lebuh raya (walaupun tak semua) dan dengan alasan alasan ini maka, kenaikan akan dilakukan oleh peniaga, jadi siapa nak jawab semua ni?

Nak juga Sangkakala bertanya, siapa dikalangan Menteri yang amik tiket tol dan bayar topl secara tunai di kaunter bayaran? Ada?

Jadi Sangkakala rasa tak mungkin sama sekali Sangkakala bersetuju dengan apa yang rakan blogger Sangkakala ni katakan, walau apa juga alasan, kenaikan ini adalah menjadi beban kepada rakyat, dan Sangkakala pasti dan amat yakin, rakyat akan menghukum kerajaan ini dalam PRU akan datang, kerana bagi Sangkakala Barisan Nasional tidak pernah belajar dari kesilapan, dan akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan.

Baca artikel yang Sangkakala maksudkan dalam pautan dibawah..

http://bit.ly/1dgwgUd


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 15 Disember 2013

ARTIKEL KHAS UNTUK BLOGGER OMAKKAU


Hari tu Sangkakala terbaca dan terlihat dalam blog omakkau ada diletakkan gambar exco exco pemuda yang berlakon mencuci kesan banjir di Kemaman.

Ini termasuklah gambar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang turut sama dikatakan berlakon.

Sangkakala setuju la dengan apa yang blogger ni katakan yang dikatakan pasal lakonan tu.

Tapi hari ni Sangkakala nak tanya le pulak, gambar dibawah ni rasanya lebih teruk dari gambar yang dilakonkan oleh exco exco pemuda tu sebab, exco exco pemuda takde le pulak cuci tokong cina.


Rasanya blogger omakkau mesti boleh jawab gambar ni kan? Ye lah..kalau UMNO boleh spin, takkan puak PAS takleh kot.