Penganjur serta mereka mereka yang mahu terlibat dalam himpunan tersebut Sangkakala lihat hanya mahukan kehadiran mereka dilihat lebih ramai ekoran daripada kehadiran orang ramai yang mahu menyambut sambutan tahun baru pada malam tersebut.
Mungkin juga pemuda PAS takut jika mereka menganjurkan perhimpunan tanpa apa apa sambutan keraian maka kehadiran yang diharapkan langsung tidak memberangsangkan dan kerana itu jugalah mereka memilih malam tahun baru untuk mengadakan himpunan tersebut.
Seperti yang berlaku dalam himpunan blackout yang diadakan di padang merbok yang lalu, Sangkakala dapat lihat bahawa tidak ada kehadiran yang memberangsangkan dan ini kemungkinan besar adalah kerana rakyat Malaysia sudah mula muak dengan kerenah pakatan pembangkang.
Himpunan kali ini yang pada asalnya dinamakan 'GULING' terus ditukar nama kepada 'TURUN BANTAH'.
Agaknya sebab dah nampak pihak berkuasa sudah mula bertindak agresif jadi kenalah cepat cepat tukar nama himounan, kalau tidak nanti alamatnya akan ada yang makan nasi lokap.
Bagi Sangkakala hanya orang orang yang kurang akal sahaja yang akan berada dalam himpunan tersebut kerana, negara ini adalah negara demokrasi dan kita mengadakan pilihanraya paling lewat 5 tahun bagi setiap penggal.
Kenapa tidak dinyatakan dalam pilihanraya protes tersebut? Kenapa perlu berhimpun dan adakah mereka ini (PR) mampu untuk mengawal kesemua peserta mereka daripada tidak melakukan apa apa kegiatan yang melanggar undang undang dan menggangu ketenteraman awam?
Sudah pasti mereka tidak berani untuk memberikan jaminan kerana setiap orang yang hadir sudah pasti lain pemikiran serta sikapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan