Rabu, 18 Disember 2013

@HishammuddinH20 PERANG MEDIA SOSIAL !!! MAMPUKAH BARISAN NASIONAL BERTAHAN ???


Dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang, mungkin 3 tahun atau 4 tahun lagi, adakah Barisan Nasional mampu untuk menepis segala persepsi masyarakat terhadap kerajaan hari ini?

Persoalan ini perlu di fikirkan dari sekarang kerana setiap hari ada sahaja isu tidak kira sama ada berfakta atau berbentuk fitnah akan dikeluarkan.

Dari apa yang Sangkakala lihat, sehingga hari ini masih belum lagi ada gerakan untuk menuju ke arah itu iaitu melawan persepsi jahat yang diwujudkan oleh pembangkang. 

Kalau pada tahun 2012, kisah RedBean army hangat diperkatakan hingga diperdebatkan dalam parlimen selepas ini tak tau lagi apa pula yang akan keluar. 

Barisan Nasional seolah olah masih selesa dengan keadaan ini walaupun pernah digegarkan dengan kisah 3000 orang jentera cyber yang diwujudkan oleh DAP yang setiap hari mengeluarkan cerita tentang keburukan kerajaan.

Persediaan langsung tidak dilakukan sedangkan Pakatan Pembangkang sudah dilihat bergerak aktif dan lebih agresif di alam cyber.

Barisan Nasional khususnya UMNO perlu memiliki atau mencari formula bagai mana cara untuk melawan persepsi ini dan perlu mencari atau memanggil semula mereka mereka yang boleh dikatakan arif dalam perang cyber.

Bukan hanya meletakkan pejuang pejuang marhaen untuk berkerja secara fisabilillah tanpa ilmu pengetahuan atau tanpa hala tuju yang sebenar. 

Mungkin selama ini terlalu ramai pemimpin yang agak kurang nampak walaupun kesan daripada kehadiran penggiat maya pembangkang telah berjaya menjadikan pemikiran rakyat terpesong jauh.

Kini seperti yang Sangkakala katakan tadi, perlu ada satu jalan untuk mempersiapkan jentera maya yang ampuh untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.