Khamis, 31 Oktober 2013

#BeraniHijrah #prksglimau JAMAWI SERU PENGUNDI MUDA SOKONG CALON BARISAN NASIONAL

klik gambar untuj video

Ketua Pemuda UMNO bahagian Tenom menyeru agar pengundi muda menyokong calon Barisan Nasional. 

Ikuti temuramah bersama beliau dalam video diatas.

#BeraniHijrah #prksglimau KECEWA HAJI HADI DIPERMAINKAN

Episod penanaman padi yang dibuat oleh presiden PAS nampaknya mendapat reaksi pelbagai pihak.

Bukan sahaja ianya dipertikai oleh penyokong kerajaan, penyokong pembangkang sendiri berasa amat malu apabila presiden mereka menabur benih didalam bendang yang digenangi oleh air.



Menurut penduduk yang Sangkakala temui, dikawasan Sungai Limau jika padi ditanam dalam sawah yang dipenuhi air, benih padi yang tumbuh akan dimakan oleh siput Gondang Emas dan ianya akan menjadi tempat pembiakan siput perosak tersebut.

Jadi nampaknya kawasan yang ditabur dengan benih yany dinamakan Azam itu akan menjadi tempat pembiakan siput Gondang yang selama ini menjadi pemusnah tanaman padi nombor satu di kawasan ini.

Lagi satu, selama ini PAS mengatakan bahawa Haji Hadi adalah seorang nelayan dan sudah pasti tidak mengetahui selok belok tentang penanaman padi dan mungkin kerana itu juga beliau mudah dipermainkan oleh orang orang PAS sendiri di kawasan Sungai Limau. 

Kalau dah presiden sendiri pun kena main, rasanya pengundi di kawasan Sungai Limau akan dipermainkan dengan lebih hebat lagi.

Jadi jangan biarkan mereka terus menjadikan pengundi di Sungai Limau sebagai bahan untuk mereka perbodohkan.


KERAJAAN SELANGOR MULAKAN KEKEJAMAN


Sedih pulak Sangkakala tengok dalam buletin utama tv3 malam tadi tentang perobohan gerai gerai peniaga di kawasan Kajang.

Kerajaan Selangor nampaknya memang tidak berhati perut dengan merobohkan gerai gerai tersebut tanoa sebarang notis. 

Ini kah yang dikatakan sebagai kerajaan berkebajikan yang membantu rakyat golongan pertengahan dan bawahan?

Kalau ye nak runtuhkan kedai kedai tersebut bagi lah notis supaya mereka dapat membuat persediaan terlebih dahulu. 

Dilaporkan juga bahawa kekecohan telah berlaku dimana para peniaga telah membantah dengan apa yang mereka lakukan dan kalau Sangkakala sendiri pun sudah tentu akan mengamuk sakan.

Tapi yang pelik nya, hanya gerai gerai Melayu yang terlibat sedangkan peniaga cina tidak pua terjejas walaupun mereka berniaga di tepi tepi jalan pada waktu malam.

Kenapa perlu ada double standard macam tu? Apa b3za Melayu dan cina? Apa kelebihan cina berniaga daripada Melayu?

Jawapannya ialah, Selangor diperintah ol3h pakatan pembangkang yang sentiasa akan menindas orang orang Melayu dan kalau boleh mereka ingin melihat supaya Melayu Melayu ini hidup merempat.

Jadi kepada Melayu Selangor,  PRU 14 nanti boleh pangkah pakatan pembangkang lagi dan terimalah musibah demi musibah yang dilakukan oleh kerajaan Selangor. 


#BeraniHijrah AKHIRNYA NIK AZIZ AKUR DENGAN BARISAN NASIONAL


Alhamdulillah akhirnya Nik Aziz akur dengan kehendak akar umbi bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan terbaik.

Gambar diatas sudah menunjukkan bahawa Nik Aziz sendiri menyokong Barisan Nasional dalam PRK Sungai Limau.

Moga kemenangan kepada Barisan Nasional di Sungai Limau akan dicapai dan majoriti undi akan melebihi dari apa yang diperolehi oleh PAS sebelum ini.


#BeraniHijrah #prksglimau BARISAN NASIONAL TUNJUK KEMATANGAN DALAM KEMPEN @NajibRazak@razaliibrahim @tunfaisal

klik gambar untuk video
Kecoh apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin tersilap mengeluarkan kata kata yang mengaitkan arwah Ustaz Azizan dengan gula tempoh hari dan perkara itu disebut sebut oleh pemimpinserta pengikut PAS secara bertali arus hingga ada bertindak menghalang beliau serta meminta beliau memohin maaf.

Tapi oleh kerana matangnya sikap oemimpin UMNO,  maka Tan Sri Muhyiddin tidak teragak agak untuk memohon maaf dan perkara ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin UMNO begitu profesional dengan mengaku kesilapan mereka.

Tapi macam mana pula dengan pemimpin pembangkang yang lain? Adakah mereka juga mampu melakukan perkara sama? Ikuti apa kata Dato' Razali Ibrahim tentang perkara ini dalam video diatas.


Rabu, 30 Oktober 2013

#BeraniHijrah PAS WUJUDKAN KUMPULAN PANCA SITARA DI SUNGAI LIMAU


Pernah tengok kumpulan panca sitara tak? Kalau belum pernah, tu gambar kat atas ada mirip mirip kumpulan panca sitara yang dianggotai oleh Hadi Awang, Din Pudu dan beberapa orang lagi. 

Hadi Awang telah menamakan benih padi dengan nama Azam kononnya dan ianya ditabur di dalam bendang yang digenangi oleh air separas lutut seperti gambar diatas.

Kalau ye pun nak menunjukkan maksum kononnya sampai sanggup turun ke bendang, bukanlah dalam bendang penuh air macam tu, agak agak le sikit.

Buat orang gelak je lah puak puak ni, Sangkakala pun hairan juga macam mana PAS boleh dapat idea tanam padi dalam air separas lutut.

Sampai ada petani kat Sungai Limau ni kata benih yang ditabur oleh mereka dalam gambar diatas takkan tumbuh sebab air penuh sangat dan benih yang dinamakan Azam akan tenggelam sepertimana tenggelamnya PAS di Sungai Limau.


#BeraniHijrah USTAZ KAZIM BIKIN PANAS DI SUNGAI LIMAU

http://m.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=tH7e_aSogUU&desktop_uri=%2Fwatch%3Ffeature%3Dplayer_detailpage%26v%3DtH7e_aSogUU

Klik gambar diatas dan dengar apa kata ustaz Kazim..

VIDEO : TPM DISERANG PEMUDA PAS #BeraniHijrah


Nampaknya PAS kini dah puas hati dengan apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang kenaikan gula yang dikatakan berkait dengan arwah Tan Sri Azizan.

Pemuda PAS sampai menghalang Tan Sri untuk mendapatkan permohonan maaf dan dengan penuh rasa rendah diri, Tan sri Muhyiddin memohon maaf.

Klik gambar diatas untuk video permohonan maaf dari Tan Sri Muhyiddin kepada mereka.




MENIKAH TIGA JAM DAPAT TALAK TIGA


Georgetown: "Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah.

Saya merayu dan meminta penjelasan mengapa dia menceraikan saya, tetapi hingga hari ini (semalam), dia masih terus mendiamkan diri," kata Sasha, 21, yang hanya sempat bergelar isteri kira-kira tiga jam sebelum diceraikan suaminya, Ahad lalu.

Menurutnya, dia dan suami yang berusia 19 tahun selamat bernikah jam 2 petang Ahad lalu, di sebuah masjid di Teluk Kumbar selepas mereka mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu.

Katanya, sebelum diijabkabulkan, hubungan mereka sudah mulai dingin, tetapi tetap meneruskan perkahwinan itu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju.

"Hubungan kami mula dingin sejak dua bulan lalu, malah dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk membatalkan perkahwinan ketika kami berbincang mengenai hal itu, tetapi saya hairan mengapa dia tiba-tiba bertindak begitu," katanya.

Sasha bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah bagaimanapun berkata, hasrat untuk berkahwin tetap diteruskan terutama selepas abang iparnya memainkan peranan menguruskan majlis berkenaan –sumber Hmetro Online



Sent from Samsung Mobile

Selasa, 29 Oktober 2013

#BeraniHijrah PENGHINAAN TERHADAP USTAZ AZIZAN @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


Mungkin para pengikut PAS di Kawasan Sungai Limau telah lupa dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS negeri Kedah sendiri terhadap ustaz Azizan.

Gambar diatas Sangkakala masukkan untuk mengingatkan mereka tentang dosa dosa yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS terhadap ustaz Azizan sepanjang beliau menjadi Menteri Besar. 

Bagi Sangkakala, dosa dosa ini tidak dapat diampunkan kerana kebiadaban mereka terhadap Arwah memang cukup melampau.

Kita lihat sahaja semasa arwah berada di hospital dalam mendapatkan rawatan, mana pemimpin PAS yang pergi dan kalau ada pun ianya cumalah beberapa orang sahaja.

Berbeza pula dengan Barisan Nasional
 dimana, Menteri Besar Kedah sekarang, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir boleh dikatakan kerap kali melawat arwah di hospital. 

Ini menunjukkan bahawa hubungan arwah dengan Mukhriz amat rapat dan ianya bukan boleh dibuat buat memandangkan kedua dua mereka daripada parti
Politik yang berbeza atau lebih tepat mereka berlainan idealogi tapi masih lagi
mampu untuk duduk bersama dalam menyelesaikan masalah.

Tidak seperti Pahrol Razi yang merupakan pemimpin yang menentang arwah Tan Sri Azizan walaupun bersama di dalam parti.

Dan kini semua orang di Sungai Limau tahu bahawa calon yang dibawa oleh PAS bagi menggantikan tempat arwah Tan Sri adalah saudara kepada Pahrol Razi sendiri.

Apakah memang sudah ada agenda untuk Pahrol Razi meletakkan proksi bagi kerusi tersebut demi untuk menjaga kepentingan politik beliau sendiri? 

Orang Sungai Limau kalau tak ingat lagi apa yang dibuat oleh pemimpin PAS seperti Pahrolrazi Sangkakala pun tak tau nak cakap apa la.

Ini sepatutnya masa untuk pengikut arwah Ustaz Azizan membalas dendam dengan apa yang dilakukan oleh mereka.


#BeraniHijrah SUHAKAM CUBA BUAT HAL DI SUNGAI LIMAU ???


Apa hubungan PAS dengan SUHAKAM sampai merekq adakan mesyuarat di atas puncak gunung Jerai?

Macam serius je masa mesyuarat tu? Adakah mungkin SUHAKAM akan menurunkan sedikit sebanyak bajet untuk kegunaan pilihanraya kecil bagi memastikan kemenangan mereka di Sungai Limau kali ni?

Peranan SUHAKAM sudah melebihi daripada apa yang sepatutnya sebab Suruhanjaya Hak Asasi tersebut sudah menjurus kearah politik.

Untuk cerita lanjut baca DISINI..

#BeraniHijrah JENTERA PAKATAN KE RUMAH URUT ??? BUAT APA TU ???

Kahkahkah..kantoi sudah..gambar dah dapat ditangkap apabila seorang jentera pakatan pembangkang telah pergi ke rumah urut di Danok Thailand.


Dalam kata ikut suruhan agama segala bagai, masuk juga ke tempat tempat macam ni ye?

Tapi Sangkakala tak salahkan juga pengikut ni pegi sebab Mat Sabu sendiri mengaku dia pun suka pegi Danok sebab buah di sana gebu gebu katanya.

Apa yang gebu Sangkakala pun tak tau le kan sebab yang tau tu Mat Sabu je.


#BeraniHijrah AMIRUDDIN SALAHKAN SYARIKAT SENDIRI UNTUK LEPASKAN DIRI @NajibRazak @MukhtizMahathir @tunfaisal


Pengarah operasi pilihanraya PAS bagi prk Sungai limau nampaknya menyalahkan syarikat beliau sendiri dalam kes edit gambar yang menunjukkan calon berjumpa dengan arwah ustaz Azizan.

Syarikat yang mencetak risalah tersebut sebenarnya adalah milik beliau sebelum beliau menjadi ADUN kawasan Anak Bukit.

Syarikat yang mencetak risalah tersebut menjadi syarikat beliau dan apabila beliau menjadi calon syarikat tersebut telah diserahkan kepada seorang proksi bagi menjalankan operasi syarikat tersebut.

Kalau dah syarikat tersebut menjadi milik beliau sebelim ini, mana mungkin beliau tidak mengetahui tentang cetakan risalah yang dibuat hingga beliau menyalahkan grafik designer yang telah meng-edit gambar perjumpaan tersebut.

Agak mustahil juga kalau macam tu sebab selaku pengarah operasi pilihanraya,  adalah tidak munasabah jika beliau langsung tidak mengetahui perkara itu. 

Apa yang Sangkakala lihat, apabila tembelang mereka telah pecah, maka Amiruddin cuba untuk menyalahkan orag lain dalam usaha beliau untuk menyelamatkan diri.

Ini memang sudah biasa di lakukan oleh pemimpin PAS, apabila sudah terdesak makan mereka akan menyalahkan orang lain, tapi selagi ianya belum bocor maka perkara tersebut akan didiamkan sehingga ke sudah.

Pembohongan ini sudah menjadi lumrah dalam PAS dan mereka akan terus melakukan penbohongan demi untuk mencapai kemenangan.


Isnin, 28 Oktober 2013

KENAPA NAMA ARWAH USTAZ AZIZAN MASIH DIKAITKAN OLEH PAS

Pelik sungguh la PAS ni, sampai guna nama arwah Ustaz Azizan meninggalkan wasiat tiga minggu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.


Kalau ye pun nak bertanding lepas tu nak kekalkan kuasa di Sungai Limau, jangan la gunakan nama orang yang dah meninggal dan satu lagi Sangkakala nak tanya, kenqpa amanat ni dikeluarkan masa kempen? 

Kalau betuk arwah dah keluarkan wasiat yang macam tu, kenapa tak dikeluarkan dalam akhbar pembohong mereka iaitu harakah?

Takde salahnya kalau war warkan bahawa arwah ustaz Azizan mengeluarkan wasiat kepada penduduk Sungai Limau dan sebagainya.

Atau adakah ini semua kerana mereka mengikut apa yang dilakukan oleh Haji Hadi dalam kes amanat Haji Hadi dahulu dan ianya kini terjadi lagi?

PAS nampaknya terlalu nazak untuk memperolehi kemenangan di kawasan N.20 Sungai Limau hingga sanggup melakukan pelbagai cara seperti edit gambar dan kini wasiat pula.



#BeraniHijrah PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH PENGIKUT PAS @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


Gambar diatas Sangkakala masukkan untuk tatapan pembaca khususnya para pengikut PAS supaya mereka janganlah terlalu taksub dengan perjuangan yang melakonkan watak islam demi untuk meraih kuasa.

Kalau ini pun tak bol3h nak fikir tak tau la apa nak jadi.


#BeraniHijrah GAMBAR EDIT BUKTI PAS MAKIN TERTEKAN @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


Makin terdesak giler nampaknya PAS dalam pilihanraya Sungai Limau kali ni, sampai gunakan gambar yang di edit demi untuk meraih undi.

Agaknya sampai bila nak tipu pengundi di Sungai Limau dengan cara macam ni?

Yang menjadi kelakarnya pulak, bila pengarah pilihanraya PAS mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut dan ianya dilakukan oleh unit kreatif.

Pelik pulak, kalau dah nama pengarah, takkan tanpa arahan unit kreatif mereka boleh tak bagi tau apa yang mereka nak buat agaknya kepada pengarah pilihanraya.

Atau bila dah kantoi dengan penipuan macam ni, pemimpin PAS akan menunding jari menyalahkan jentera supaya mereka nampak bersih, walhal yang sebenarnya mereka sendiri yang menurunkan arahan untuk melakukan perkara sedemikian.

Yang menjadi mangsa ialah jentera dan ini menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya PAS terutamanya pemimpin mereka dalam menangani satu satu isu.

Dengan mudah mereka mengambil jalan selamat iaitu tidak mengaku dan menyalahkan pihak lain dalam perlakuan mereka.

Jangan ingat semua orang bodoh, sampai nak edit gambar segala bagai, PAS perlu sedar, dengan meng-edit gambar seperti itu tidak memungkinkan orang ramai khususnya para pengundi terus mempercayai mereka.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#BeraniHijrah WARGA PENDIDIK BERI SOKONGAN PADU PADA KERAJAAN @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


Nampaknya sangkaan PAS bahawa warga pendidikan di kawasan Sungai Limau akan menyokong mereka dalam pilihanraya kecil kawasan ini meleset sama sekali.


Majlis perjumpaan YAB Menteri Besar Kedah bersama warga pendidik di Sungai Limau jelas menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi para kakitangan pendidikan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Lebih 300 warga pendidik hadir sama dalam majlis yang diadakan pada petang ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang.


Majlis dimulai dengan nyanyian lagu negaraku dan seterusnya bacaan doa oleh penerima anugerah guru cemerlang peringkat negeri Kedah, En. Roslan Ahmad.


Turut hadir bersama dalam majlis tersebut, En. Mansor bin Lat yang merupakan pengarah pelajaran negeri Kedah, timbalan pengarah, pegawai pendidikan daerah, pengetua pengetua sekolah serta beberapa dif kehormat yang lain.


Dalam ucapan Pengarah pendidikan Negeri, beliau telah membentangkan satu usaha dalam meningkatkan tahap pendidikan negeri dan ianya selari dengan kehendak kementerian pendidikan Malaysia.

Salah satu pelan pendidikan negara iaitu penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak dan beliau meminta serta berharap agar PIBG sekolah dapat memastikan agar pelan ini berjaya.


Dalam ucapan Menteri Besar, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkumpul pada petang ini dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga pendidikan dan beliau kagum dengan usaha dan ucapan dalam meningkatkan atau melakukan transformasi dalam pendidikan.

Aspirasi Kedah top 5 adalah hala tuju yang cukup mulia yang perlu disokong oleh semua pihak dan atas kesedaran melalui pendidikan modal insan berkualiti dapat direalisasikan.

Guru adalah tonggak utama dan para pendidik memainkan perananan sangat penting dalam melahirkan modal insan yang berpendidikan ujar beliau lagi.

Dalam ucapan beliau juga, Menteri Besar memohon maaf sekiranya masih ada yang berasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana bagi beliau, jika guru guru senang hati, maka anak murid juga akan senang hati untuk belajar dan ibu bapa juga senang hati dengan pembelajaran anak anak mereka di sekolah.

Menteri Besar juga berjanji akan bersungguh sungguh dalam usaha transformasi pendidikan di negeri Kedah.

Akhir sekali, beliau memohon agar guru guru ini memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid murid, kerana guru guru inilah pemangkin kepada kecemerlangan murid murid di kawasan Sungai Limau.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone











BILIK GERAKAN PKR DIBUKA !! MANA PEMANTAUAN SPR ??? @NajibRazak @MukhtizMahathir @tunfaisal


Ni Sangkakala nak tanya sikit pada Suruhanjaya Pilihanraya sikit, kalau nak diikutkan dalam undang undang SPR dalam akta berkempen, kalau tak silap Sangkakala parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan berkempen.

Tapi apa yang kita dapat lihat dalam gambar diatas jelas menunjukkan bahawa PKR dengan selambernya buka bilik gerakan.

Persoalannya, PKR turut bertanding sama di Sungai Limau ke? Kenapa penguat kuasaan tidak dijalankan di prk Sungai Limau atau ada sesuatu yang disembunyikan.

Gambar ini Sangkakala ambil di kawasan Dulang Besar yang mana PKR telah membuka bilik gerakan di tepi jalan.

Takkan SPR langsung tak membuat rondaan sampai tak nampak bilik gerakan sebesar alam yang duduk di situ.

Ada juga maklumat yang mengatakan bahawa SPR di kawasan ini lebih pro kepada pakatan pembangkang dan mungkin kerana itu juga bilik gerakan PKR ini dibiarkan tegak.

Kalau diikutkan dalam akta kempen pilihanraya, bendera parti yang tidak bertanding juga tidak dibenarkan dipasang apatah lagi kalau sampai memhuka bilik gerakan rasanya. 

Apa apa pun kita tunggu respon SPR dan jawapan dari pengarah pilihanraya bagi DUN N.20 Sungai Limau sama ada mer3ka masih mahu berdiam diri atau mengambil sesuatu tindakan. 



#BeraniHijrah PAKAT PAKAT KALIH !!! PAS TAK MAMPU BERI KEMAJUAN !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir @TunFaisal

Gambar diatas telah membuktikan bahawa PAS menghalalkan segala cara demi untuk memperolehi kemenangan dan mendapatkan kuasa.

Tapi pernahkan para pengikut PAS terfikir akan semua ini dimana PAS hanya dipermain mainkan oleh DAP dan PKR juga untuk mendapatkan kuasa?

Adalah tidak mustahil sekiranya PAS satu masa nanti akan ditendang keluar dari pakatan pembangkang setelah DAP dan PKR memperolehi apa yang mereka hajati dan buat masa ini PAS akan diberi muka untuk melakukan apa sahaja.

Pengikut PAS dan para pengundi tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang besar dan kerana itu jugalah DAP dan PKR beriya iya untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS.

DAP dan PKR tahu jika mereka tidak bekerjasama dengan PAS sudah pasti mereka akan melalui laluan sukar untuk berjaya mendapat kerusi yang lebih banyak.

Salah satu sebab mengapa mereka mengadakan kerjasama dengan PAS adalah untuk sokongan ahli PAS yang lebih ramai berbanding DAP dan PKR.

Kelicikan Anwar dalam memberikan keyakinan bahawa PAS akan diberi tempat sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya telah memberikan sedikit kejayaan kepada mereka sedangkan dalam masa sama, PAS telah dikhianati oleh DAP dan PKR.

Seperti apa yang berlaku di Selangor contohnya, PAS memiliki kerusi yang melebihi kerusi DAP dan PKR, namun Tan Sri Khalid dari PKR telah dipilih sebagai Menteri Besar kerana, DAP tahu jika PAS menjadi Menteri Besar, sudah pasti kedudukan mereka juga akan terjejas nanti.

Jadi kelicikan ini juga telah berjaya dilakonkan oleh pemimpin DAP serta PKR dalam usaha mengaburi mata para pengikut PAS.

Pemimpin PAS pula menggunakan segala yang ada semata mata untuk mendapatkan jawatan tanpa memikirkan musibah dimasa akan datang.

Seperti yang berlaku dalam kes Kalimah Allah, Pemimpin PAS terpaksa akur dan bersetuju untuk bukan islam menggunakan kalimah tersebut.

Jika mereka (pemimpin PAS) menolak, mungkin mereka akan digugurkan dari senarai yang akan menerima jawatan tertentu dalam kerajaan jika mereka berjaya.

Ini adalh punca kenapa terjadi perkara ini dan kerana itu jugalah, orang bukan Islam telah membawa perkara tersebut hingga ke mahkamah.

Disini dapat kita lihat kelemahan PAS dalam mempertahankan kesucian agama islam dan bagi Sangkakala, jika satu kalimah tidak mampu dijaga dan diberi perhatian oleh PAS, mampukah mereka memberikan perhatian untuk perkara perkara lain?

Ini perlu diambil kira oleh pengundi di kawasan Sungai Limau yang telah dimenangi oleh PAS sejak tahun 1995 dan sehingga 2013 keadaan masih lagi sama seperti dulu.

Takkan para pengundi serta penduduk di Sungai Limau masih lagi mahu hidup dalam keadaan daif tanpa pembelaan.

Sangkakala menyeru kepada para pengundi di Sungai Limau, pakat pakat kalih la, bagi balik kawasan ni kepada Barisan Nasional untuk kemajuan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NEDIM NAZRI KENA SEDAR DIRI !!! JANGAN HINA ORANG !!!


Sangkakala nak pesan sikit pada anak kesayangan Nazri Aziz ni supaya jangan la nak menghina orang terlebih sangat dan usah la berbangga dengan kekayaan yang dicipta entah dari mana hasilnya.

Kalau nak tau, Nora Danish tu pun kalau kamu takde duit, usah mimpi dia nak duduk sebelah atau sebilik dengan kamu Nedim. 


Cuba pembaca baca balik apa yang ditulis oleh anak Nazri tu, terlalu berbangga dengan kekayaan beliau kononnya orang lain perlu bekerja keras kalau nak bahagia dan memiliki si cantik jelita.

Tapi agaknya kerana duit juga la anak si Nazri Aziz ni rasa dah cukup hebat agaknya sampai terlebih liarnya hingga dah tak peduli halal atau haram.


Aduuhhh..pelik la kamu ni Nedim, kalau Sangkakala ni sekaya kamu la, rasanya Sangkakala takkan ambik bekas orang, tapi yelah, demi kepuasan nafsu, apa pun boleh, duit menjadi raja kepada anak Nazri ni dan nafsu menjadi sultan agaknya dalam hati dia ni.


Ahad, 27 Oktober 2013

ABBY ABADI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN !!! APA SUDAH JADI ???

Aduhh..Sangkakala ingat malam ni nak pegi le tengok ustazah segera mengeluarkan fatwa fatwa dan kenyataan panas tentang UMNO dan BN.

Tapi bila Sangkakala pegi ke UPU Sungai Daun ternyata takde orang disitu dan menurut kata mereka yang berada di UPU tersebut Abby tak jadi buat ceramah malam ni ekoran risau tiada sambutan diterima.


Kenapa pulak PAS kawasan Sungai Limau nak risau takde orang? Mungkinkah orang di kawasan Sungai Limau memag tak mau terima Abby berceramah dengan kenyataan mengarut beliau.

Selama ni pun kita memang selalu dengar Abby mengeluarkan perkataan perkataan atau kenyataan yang agak meragukan dan tidak munasabah.

Kalau betul pengikut PAS tak mau datang dan dengar ceramah Abby, Sangkakala rasa ini adalah pengakhir riwayat ceramah Abby dan ini Sangkakala rasa adalah disebabkan perkahwinan beliau dengan.

Mana tidaknya, kalau dulu Abby ni si ggle mother,  jadi ramai juga pak lebai PAS yang terliur melihat bentuk badan tapi sekarang suami Abby akan mengekor kemana sahaja Abby pegi.

Maklumlah, pemimpin PAS ni pun bukan boleh percaya, semua kira boleh tak peduli isteri atau anak orang.

Nampaknya suami Abby mengambil langkah berjaga jaga untuk menghadapi segala kemungkinan dan apa yang Sangkakala fikir ada kemungkinan juga suami dia tak bagi ceramah di Sungai Limau sebab takut dengan mata mata liar pengikut serta pemimpin PAS.

Maklumlah, suami mana tak sayang bini woiii...



MADA BUKIT BESAR DISERBU !!!


Ramai yang hadir dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh Nasional FM di MADA Bukit Besar malam ni.

Majlis ilmu yang dinamakan forum perdana raudhah ini di sertai oleh 2 orang ahli panel serta seorang moderator dari Nasional FM sendiri.

Lebih 200 orang hadir ke majlis ilmu ini untuk mendengar apa yang disampaikan oleh panel yang membincangkan tentang berkongsi satu shahadah tapi tidak bersatu yang menjadi tajuk utama forum.


Isu yang agak menarik untuk didengari oleh para hadhirin dan mengikut kata moderator, forum agama raudhah ini boleh didengari di gelombang 100.5 Nasional FM setiap hari.

Disamping itu program ini mempersembahkan juga nyanyian dari kumpulan Nasyid sebagai acara sampingan program. 




ABBY ABADI CIPTA MAZHAB BARU DI SUNGAI LIMAU @NajibRazak @MukhrizMahathir @TunFaisal

Pelik sungguh dengan kenyataan kenyataan si Ustazah segera ni, macam macam kenyataan dia buat, kononnya kerajaan Barisan Nasional punca gejala yang tidak bermoral dan macam macam lagi.

Tapi dalam masa sama dia kata dulu dia tak undi Barisan Nasional jadi segala apa yang dibuat dulu takde la kena mengena dengan kerajaan.

Kalau dulu semua orang tau yang Abby Abadi ni pun bukan baik sangat, dalam memaki hamun Norman Hakim macam macam, rupanya berpoya poya dengan Zul bekas kekasihnya dan sekarang entah dia kutip laki dia atau laki dia kutip dia Sangkakala pun tak tau.

Suka suka dia nak keluarkan kenyataan, agaknya si Abby ni nak cipta satu mazhab baru agaknya dan sekarang ni Sangkakala tengok kemana mana pun duk husung pucuk muda dia, agaknya runtunan nafsu tak membolehkan Abby berenggang dengan laki dia kot.

Haha,,apa apa pun ingatlah Abby, kalau dulu kamu tu pun liar, bila baru nak belajar baik, tak payah le hentam sana sini, takut nanti sendiri malu walaupun kami tau yang kamu memang tak punyai sifat malu tersebut.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 26 Oktober 2013

PANAS !! BENDERA BN DI BAKAR PENGIKUT PAS DI SUNGAI LIMAU @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal

Ini gambar yang Sangkakala dapat baru sebentar tadi di tepi jalan di kawasan Sungai Limau berhampiran dengan Simpang Tiga.

Lihat betapa kurang ajarnya mereka yang terlalu taksub dengan PAS sehingga sanggup membakar bendera Barisan Nasional.

Ini bukanlah satu sifat yang baik apatah lagi dalam tempoh kempen pilihanraya.

Sangkakala nak nasihatkan kepada pengikut PAS, jika sudah terdesak sekali pun janganlah buat perkara yang tidak bermoral macam ni.

Bertandinglah dengan cara yang sihat, bukan dengan cara merosakkan harta parti lawan hanya semata mata untuk memperolehi kemenangan.

Kerana jika kemenangan diperolehi dengan cara kotor seperti itu hanya akan merugikan kerana ianya tidak mempunyai roh kemenangan yang sebenar.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AWAL AWAL DAH MENIPU PENGUNDI !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal

Belum apa apa calon PAS dah menipu pengundi di kawasan DUN Sungai Limau dengan mengatakan bahawa beliau adalah saudara kepada Arwah Tan Sri Azizan.

Tapi apabila YAB Datuk Paduka Mukhriz selaku Menteri Besar membawa calon Barisan Nasional pergi menemui balu Arwah, ternyata ianya adalah palsu.

Calon PAS rupanya bersaudara dengan Phahtol Razi yang selama ini menentang arwah Tan Sri Azizan selaku Menteri Besar pada ketika itu.

Pelbagai perkara dilakukan oleh PAS semata mata untuk mengikat semula kawasan Sungai Limau walaupun secara umumnya penduduk atau pengundi tahu bahawa calon yang mewakili PAS kali ini tidak setanding dengan Arwah walaupun dikatakan setanding oleh PAS.

Ini ke pemimpin yang perlu dijadikan pengganti kepada Arwah Tan Sri Azizan kalau dah pada awalan mukadimah sudah menipu pengundi?

Itu belum jadi wakil rakyat, kalau jadi wakil rakyat entah apa lagi penipuan yang akan dilakukan oleh calon PAS.

Kali kedua pula, pengundi telah dibohongi oleh PAS dengan mengatakan bahawa mereka telah mendapat restu daripada ayahanda Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan ahli parlimen Jerai merangkap Meteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bayangkan betapa terdesaknya PAS untuk menang, mereka sanggup menggunakan apa sahaja asalkan mereka dapat apa yang diinginkan.

Jadi disini Sangkakala nak berikan contoh bahawa PAS akan menggunakan apa sahaja dan ianya dianggap menghalalkan cara demi mencapai matlamat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 25 Oktober 2013

@NajibRazak #bajet2014 JANGAN BISING PASAL BR1M !!!

Petang tadi Perdana Menteri telah membentangkan bajet bagi tahun 2014, dan seperti biasa, ramai yang merungut tentang pemansuhan subsidi gula sebanyak RM 0.34 sekilo.

Begitu juga dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang dijangkakan akan meningkat secara maksimum.

Perdana Menteri membentangkan bahawa BR1M akan dinaikkan dari pada RM 500 kepada RM 650 bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM 3000.

Memang benar kerajaan telah berjanji untuk menaikkan Bantuan ini tetapi bukanlah sekali jalan.

Ianya akan dibuat secara berperingkat peringkat sehingga mencapai tahap maksimum iaitu RM 1200 setahun.

Jadi kepada rakyat Malaysia, janganlah semuanya tidak puas hati, bersyukurlah dengan apa yang ada kini,  kerajaan telah berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Kalau nak diikutkan tidak mencukupi rasanya bagi 15 ribu setahun pun masih tak cukup, tetapi kita perlu sedar bahawa kerajaan hanya menampung perbelanjaan dengan memberikan bantuan, bukannya menanggung.

Jadi bila dah dapat kenaikan tu harap harap bersyukur banyak banyak bukannya mengatakan itu tak cukup dan ini pun tidak cukup.



#PRKsungailimau PAS KEDAH GUSAR !!! CALON MULUT CELUPAR

Bahang Pilihanraya Kecil Sungai Limau Kedah makin terasa dan Barisan Nasional meletakkan calon yang amat sesuai di kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut.

Tidak seperti PAS yang mempertaruhkan ayam tambatan mereka yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan terbabit yang dikatakan menjadi batu api melaga lagakan pemimpin PAS dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Sangkakala dapat tau bahawa Ustaz Azizan dulu memang disukai oleh rakyat kerana sikapnya yang amat terbuka, tetapi calon yang diletakkan oleh PAS sekarang cuba memporak perandakan hubungan diantara Arwah dengan kepimpinan.

Mungkin beliau (calon PAS) berharap pada waktu itu beliau akan menjadi calon bagi menggantikan Azizan.

Macam ni punya orang pun ada, tak mengenang jasa langsung pada orang yang lebih berusia.

Ini ke calon yang nak diletakkan oleh PAS bagi membela nasib rakyat?

Sangkakala rasa sudah sampai masanya pengundi di DUN Sungai Limau memberikan mandat kepada calon Barisan Nasional yang sepertimana dalam gambar diatas adalah seorang calon dari kalangan anak tempatan dan pernah mengajar pondok satu ketika dulu.

Ciri ciri seorang pemimpin yang dibawa oleh calon Barisan Nasional ini telah membuatkan PAS Kedah yang dikepalai oleh Mahfuz menjadi kelam kabut dan gundah.

Manakan tidak, rata rata orang tempatan mengenali calon Barisan Nasional ini dan sudah memahami hati budi beliau.

Jadi apa lagi pengundi Sungai Limau? Jangan disia siakan peluang untuk memajukan kawasan DUN Sungai Limau dengan cara memberikan undi kepada calon Barisan Nasional.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 24 Oktober 2013

Rabu, 23 Oktober 2013

GAMBAR PENJENAYAH TEMBAK PEGAWAI BANK DI SEBAR


Ini adalah gambar penjenayah yang menembak mati pegawai bank di Subang Jaya petang tadi. 

Dimaklumkan sehingga kini pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan penjenayah terbabit.

Kepada mereka yang mengenali penjenayah ini mohon laporkan segera ke balai polis berhampiran supaya penjenayah tersebut dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. 


GAMBAR PEGAWAI BANK DI TEMBAK OLEH PENGAWAL


Kekejaman pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank dalam kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. 

Mangsa yang ditembak bertugas sebagai operation officer Ambank nama Noazita bt abu talib berumur 37 tahun.

Mangsa dikatakan sudah berkhidmat  selama 16 tahun bersama Ambank. 

Kejadian berlaku lebih kurang jam 6 petang yang mana suspek nama Ardi bin Hamza umur lebih kurang 37 tahun yang beralamat Jalan Apas Batu 2 no 70 Tawau Sabah.

Suspek menggunakan senjata jenis pumpgun dan sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketija sedang membuka peti kebal dan suspek melarikan wang dalam jumlah yang tidak diketahui.

 Kenderaan suspek yang digunakan sedang di kesan disyaki motosikal.


SARAVANAN DICARI !!! TAKKAN BERANI NAK TUNJUK DIRI


Kisah seorang lelaki yang membuat panggilan telefon serta memaki hamun seorang guru besar tentang penyembelihan lembu di kawasan sekolah mendapat kecaman dari orang ramai.

Sangkakala juga ada mendengar perbualan tersebut yang dimuat naik dalam laman youtube yang mana lelaki tersebut yang dikenali sebagai Saravanan telah mengatakan bahawa beliau membuat panggilan dari luar negara.

Apa punya bodoh si Saravanan ni, nampak sangat penakutnya bila tanpa ditanya membuat panggilan darimana terus memberitahu bahawa beliau membuat panggilan dari luar negara kononnya.

Sekarang ni pihak polis telah membuka kertas siasatan ekoran laporan dari guru besar sekolah terbabit.

Apa yang menjadi kesalan ialah, Saravanan mengeluarkan perkataan sembelih babi fan ini Sangkakala lihat seolah olah menghina ibadah korban bagi umat Islam. 

Saravanan sebenarnya tidak patut mengeluarkan ayat sebegitu rupa kerana perlu diingat negara ini mempunyai penduduk berbilang bangsa dan mereka bebas menjalankan aktiviti keagamaan masing masing tanpa bantahan atau gangguan.

Jika nak diikutkan juga, ada penganut agama hindu yang makan daging lembu fan ini Sangkakala sendiri saksikan kerana ada dikalangan rakan rakan Sangkakala beragama hindu tidak bermasalah untuk menjamah daging lembu.

Jadi apa masalah dengan Saravanan sampai nak maki hamun guru besar sekolah tersebut kerana menjalankan ibadah korban dalam kawasan sekolah.

Sangkakala juga amat yakin bahawa dalam sekolah tersebut ada guru guru india beragama Hindu dan sepatutnya mereka ini yang membuat bantahan atau larangan supaya ibadah tersebut jangan diadakan di dalam kawasan sekolah.

Sekarang kita tengok sejauh mana Saravanan ni berani nak ke depan atau hanya berkokok dalam telefon semata mata.



Selasa, 22 Oktober 2013

ANAK DARA KURANG AJAR !!! MAK BAPA TAK AJAR KOT !!!


Kurang ajar punya budak perempuan, agaknya dah nak mampos sangat kot budak ni.

Takkan mak bapa tak ajar langsung bab agama atau mungkin dia ni memang takde mak bapa dan keluarga yang ada sekarang ni kutip tepi tong sampah agaknya.

Bukan le apa, rasa terkilan bila ada juga anak melayu yang sanggup keluar perkataan macam ni dalam tweeter.


@syedhamidalbar LAGI PEMANDU TEKSI KURANG AJAR !!! APA JAWAPAN PENGERUSI SPAD ???






Gambar gambar teksi diatas telah Sangkakala ambil dihadapan pusat membeli belah Ampang point yang mana teksi teksi ini tidak mahu mengambil penumpang. 

Sangkakala sebenarnya mahu pergi ke Kota Damansara dan apabila bertanya kepada pemandu pemandu ini pelbagai alasan yang diberikan seperti malam tak jalan jauh, syif dah tamat dan pelbagai alasan lagi.

Yangblebih dikesalkan apabila ada pemandu yang menjawap pertanyaan dengan cara yang amat kasar sekali.

Ni nak tanya sikit pada Tan Sri Pengerusi SPAD, kenapa situasi ini masih berlaku? Apa SPAD buat selama ni? Tiada pemantauan ke?

Pernah dulu Sangkakala tulis didalam blog ini juga tentang pemandu teksi tapi beberapa blogger upahan SPAD cuba menutup kelemahan agensi berkenaan dan maaf cakap la, Sangkakala tak peduli semua tu sebab ini adalah untuk kebaikan bersama khususnya rakyat Malaysia.

Pada Sangkakala,  jika mereka ini tidak lagi berminat untuk menjadikan teksi sebagai mata pencarian, eloklah diberikan kepada mereka mereka yang lebih berkehendak untuj mencari nafkah dengan membawa teksi.

Tapi yang sebenarnya juga, jika penguatkuasaan dilakukan dan pemantauan dibuat secara berterusan, perkara sebegini tidak akan berlaku dan dari apa yang Sangkakala lihat,  SPAD sememangnya gagal untuk menjalankan rutin tersebut.

Itu satu hal, hal yang lain pula ialah apabila laporan yang dilakukan oleh pengguna tidak diambil berat.

Seperti malam ini, seorang pegawai yang menjawab telefon aduan nombor 1800887723 yang bernama Faizal, hanya mengambil beberapa maklumat tetapi tidak pasti lagi aduan tersebut akan sampai ke mana.

Adakah ianya akan sampai ke pengetahuan unit penguatkuasaan atau ianya t3nggelam begitu sahaja dan tau tau nanti dah ada email yang mengatakan bahawa perkara tersebut telah selesai tetapi cara penyelesaiannya tidak diketahui.

Mungkin juga cara penyelesaian tersebut dengan memanggil pemandu pemandu ini dan duduk dikedai kedai kopi sambil hisap rokok.

Tan Sri Hamid perlu bertanggungjawab tentang permasaalahan ini dan bagi Sangkakala tidak menjadi kesalahan jika Tan Sri Hamid melepaskan jawatan pengerusi SPAD jika beliau merasakan tidak lagi mampu untuj melaksanakan tanggungjawab tersebut mungkin kerana faktor usia yang sudah agak lebih. 

Maaf lah kalau ayat Sangkakala ni mengguris hati, tapi Sangkakala rasa Sangkakala lebih terguris apabila ada lagi pemandu yang sebegini.


KHALID GAGAP MASIH NAK JILAT ANWAR DAN AZMIN ??? TAK MALU KE ???

Khalid Ibrahim mungkin dah mula rasa bosan apabila teru terusan menerima kritikan daripada pemimpin pemimpin tertinggi PKR seperti Anwar dan Azmin.

Mana tidaknya, Anwar kata Khalid gagal untuk mengurus tadbir kewangan negeri sepertimana yang dilakukan oleh Guan Eng di Pulau Pinang.

Azmin pula mengatakan bahawa Khalid jangan bermegah megah dengan rizab kerajaan Selangor yang mencecah berbillion ringgit tapi gagal memberikan kebajikan kepada rakyat negeri Selangor.

Cuba kita perhati, mungkinkah ini adalah permainan yang diatur oleh Azmin yang diketahui umum gagal untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 yang lepas.

Mungkin sebab itu juga apabila Anwar mengatakan bahawa Khalid gagal mengurus tadbir kewangan, Azmin dengan pantas menyahut hentaman tersebut dengan mencurahkan lagi minyak kepada bara yang sudah menyala.

Nampaknya Azmin amat licik bermain dalam permainan kali ni, dan yang menjadi mangsa adalah Khalid.

Tapi Sangkakala rasa pelik juga, dah kena kata macam tu pun, Khalid masih lagi meletakkan Anwar sebagai penasihat ekonomi kononnya dan hari ini dikatakan Anwar akan membentangkan kerangka bajet Negeri Selangor.

Agaknya Khalid ni tak tau malu ke apa? Dah kena hentam masih terhegeh hegeh lagi menjilat si Anwar, kalau dah rasa tak mampu nak uruskan semua tu sampai nak pakai penasihat segala bagai, baik letak jawatan la.

Duduk situ buat semak je kalau dah tak mampu merancang ekonomi negeri sendiri pun tak guna, semua nak kena sub kan pada orang lain, ingat ini kerja binaan ke nak main Sub Sub ni.

Rakyat Selangor ni pun satu hal, dah nampak bodohnya si Khalid Ibrahim, tapi masih lagi mengekalkan pakatan haram mereka sebagai kerajaan, agaknya nak tunggu kosong baru semua kelam kabut kot.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 21 Oktober 2013

SIAPA ANWAR NAK BENTANG KERANGKA BAJET NEGERI ???

Nampaknya Khalid Ibrahim memang tak boleh nak mentadbir negeri Selangor.

Bukan sebab apa, cuba bayangkan kalau esok sahaja kerangka belanjawan kerajaan negeri Selangor pun memerlukan Anwar dimana kekuatan Khalid?

Persoalannya siapa Anwar yang diagung agungkan oleh Khalid sampai mampu untuk membentangkan rangka bajet kerajaan negeri?

Semua kita tahu bahawa Anwar adalah penasihat ekonomi kerajaan Selangor tetapi nampaknya penasihat ini yang membuat kerangka dan kemungkinan besar juga beliau yang membuat keputusan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak untuk dibelanjakan.

Kita juga tahu bahawa Anwar bukanlah seorang yang bijak dalam bidang ekonomi dan jurusan pembelajaran yang di ambil oleh Anwar juga bukanlah berkaitan dengan ekonomi tetapi beliau mengambil jurusan sastera, jadi apa kena mengena sastera dengan ekonomi?

Sejauh mana pula kebijaksanaan Anwar dalam menguruskan ekonomi negeri Selangor sedangkan telah terbukti Anwar gagal semasa menjadi Menteri Kewangan semasa dalam Barisan Nasional.

Kita juga didendangkan dengan elaun sebayak RM 1 yang diberikan oleh Selangor kepada Anwar kita tidak pula diberitahu sama ada ianya sebulan, sehari, setahun, sejam, seminit atau sesaat, kita cuma diberitahu RM 1.

Selangor kini mempunyai rizab kewangan sebanyak RM 2.7 bilion dan sepertikata Azmin Ali, tidak guna kalau rizab kewangan bernilai berbilion ringgit tapi masih ramai penduduk di Selangor mengalami masalah pendapatan rendah.

Jadi dimana fungsi Anwar dalam memberikan nasihat kepada ekonomi rakyat Selangor atau menasihatkan ekonomi kroni beliau di Selangor dengan projek projek yang diwujudkan.


Jadi rakyat Selangor perlu memandang perkara ini dengan lebih serius supaya apa yang ada di Selangor tidak akan terlepas ke tangan orang lain, seperti contoh tanah tanah milik PKNS banyak yang diberikan kepada pemaju pemaju swasta dan lama kelamaan semua harta milik PKNS akan habis dan musnah.

fikir fikirlah wahai rakyat Selangor, esok kita sama sama tengok apa yang nak dibentangkan oleh pelajar sastera ni dalam bajet kerajaan Selangor.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BUKTI KEKEJAMAN KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR

Klik gambar untuk video
Kesian pula Sangkakala tengok bila rakyat Selangor dianiaya oleh kerajaan negeri.

Yang dianiaya pula adalah golongan golongan miskin yang mendiami kawasan perumahan rakyat termiskin.

Sebelum ni kerajaan Selangor mengatakan bahawa kenaikan sewa adalah lanjutan daripada yang dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah dahulu tetapi di sanggah oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo. 

Jadi kepada rakyat Selangor khususnya penduduk ppr sedar sedarlah bahawa anda kini teraniaya dan perkara ini perlu di banteras.


KENAPA MCA TOLAK JAWATAN DALAM KABINET ??? ADA UDANG SEBALIK BATU KE ???

Sangkakala agak sedikit hairan apabila MCA masih mengekalkan bahawa mereka tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan walaupun Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung.

Kenapa jadi sampai macam tu sekali? Ada apa apa mesej ke yang hendak disampaikan oleh MCA kepada kaum Cina atau ianya mesej kepada Barisan Nasional yang mana MCA juga menolak untuk menjadikan UMNO sebagai parti tunggak dalam Barisan Nasional yang memerintah?

Mungkin ramai yang tidak perasan dengan apa yang berlaku kini apabila MCA menolak semua jawatan tersebut.

Dari apa yang Sangkakala fikir, kemungkinan MCA menolak UMNO sebagai parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional dan mereka (MCA) tidak mahu berada dibawah pemerintahan UMNO dalam Barisan Nasional.

Jika nak diikutkan daripada senario politik, pilihanraya telah pun tamat dan pemilihan UMNO juga telah habis tetapi MCA seolah olah tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan mereka Sangkakala lihat seakan akan memprotes kemenangan besar sebanyak 88 kerusi parlimen di seluruh negara.

Adakah nanti jika DAP serta pakatan pembangkang ditakdirkan menjadi kerajaan, maka dengan rela hati MCA akan lompat menyertai DAP serta menerima jawatan jawatan penting sebagai Menteri dalam kerajaan?

Itu apa yang Sangkakala lihat dari mata kasar sebab kalau tidak begitu, adalah amat mustahil MCA masih menolak tawaran jawatan tersebut demi untuk memberikan suara kaum Cina dalam kerajaan.

Jika sebelum ini (pilihanraya) MCA mengatakan bahawa mereka kecewa dengan sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional, Sangkakala lihat tidak semestinya begitu sebab walau bagaimana sekalipun, masih ada orang orang Cina yang menyokong serta mengundi kerajaan Barisan Nasional dan suara mereka ini perlu didengari serta perlu dibawa ke peringkat kepimpinan.

Jika MCA terus menolak jawatan jawatan tersebut, suara mereka yang menyokong Barisan Nasional semasa pilihanraya tempoh hari akan hilang dan tidak didengari dan adakah dengan cara itu, MCA mengharapkan sokongan kembali masyarakat Cina kepada kerajaan?

Macam yang dikatakan oleh salah seorang sahabat Sangkakala berbangsa Cina, beliau sendiri hairan kenapa MCA menolak jawatan jawatan tersebut dengankan ianya adalah satu platform untuk suara masyarakat Cina dibawa keatas.

Rakan Sangkakala juga menyatakan pendapat sama dengan apa yang Sangkakala fikirkan bahawa MCA hanya akan menerima jawatan dalam kerajaan setelah mereka merasakan bahawa kuasa berada dalam tangan orang orang Cina.

Jadi disini, Sangkakala menyeru kepada seluruh orang Melayu dan Islam agar bersatu dalam usaha untuk kita mengekalkan kuasa pemerintahan orang Melayu kerana negara ini, tanah air ini adalah pusaka yang akan kita perturunkan kepada generasi kita yang akan datang.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KURANG AJAR !!! WANITA HAMIL JADI SASARAN PENEMBAK CURI

DAMSYIK - Dilaporkan wanita hamil dan bayi menjadi sasaran latihan penembak curi rejim Bashar al-Assad di Syria, kata seorang pakar bedah British dan dilaporkan media semalam.

Menurut pakar bedah itu, setiap hari penembak curi menyasarkan tembakan mereka pada bahagian tubuh berlainan orang awam yang keluar membeli bekalan makanan.

"Kami dimaklumkan penembak curi dihadiahkan sebungkus rokok jika sasaran mereka tepat mengenai orang awam," katanya.

Nott berkata, dia mendapati semua wanita yang menjadi mangsa ditembak di perut.

Justeru, katanya, mereka percaya penembak curi itu memang menyasarkan janin wanita hamil.

Dianggarkan secara purata enam wanita hamil ditembak sehari.

Walaupun ada dua kes wanita hamil menjadi mangsa berjaya diselamatkan, janin mereka disahkan terbunuh apabila otak mangsa ditembusi peluru.

Nott yang menjadi pakar bedah sukarelawan di Bosnia, Libya, Chad, Sudan dan Republik Demokratik Kongo baru pulang dari Syria menganggap negara itu zon perang pertama menyasarkan orang awam, terutama wanita hamil. - Agensi



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 20 Oktober 2013

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR KANTOI LAGI !!!

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Nampaknya kerajaan Selangor dah takde alasan untuk menaikkan sewa kediaman PPR di seluruh Selangor ekoran apa yang diperkatakan oleh mantan Menteri Besar Selangor,  Datuk Seri Khir Toyo.

Menurut Datuk Seri Khir Toyo,  memang ada perancangan tapi ditangguhkan bukan dah diluluskan.

Tapi Sangkakala hairan, kalau dah diluluskan sekali pun, kerajaan Selangor sekarang boleh membatalkan kelulusan tersebut kerana sekarang ni mereka (pakatan) yang memerintah dan bukannnya Barisan Nasional.

Kenapa pula segala perancangan atau kelulusan yang dibuat oleh Barisan Nasional perlu dituruti sekiranya kerajaan pakatan merasakan ianya tidak sesuai atau tidak perlu dilaksanakan.

Ini semua sebenarnya adalah perlakuan yang biasa dibuat oleh pemimpin pakatan, mereka tau sesuatu itu dirancang, tetapi belum diluluskan, tetapi mereka akan mengatakan perkara itu telah pun lulus dan mereka hanya menjadi pelaksana, dan dengan itu mereka akan menunding jari kepada kerajaan terdahulu (BN).

Seperti yang diperkatakan oleh Datuk Seri Khir Toyo dalam video diatas, baca balik minit mesyuarat dan perkara ini sebenarnya tidak dihebahkan kepada umum dan yang tahu ialah ADUN ADUN yang bersidang dalam Dewan Undangan Negeri dan sebab itu juga pemimpin pembangkang mengambil kesempatan dengan menuduh ianya telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu.

Kalau benar benar ianya diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional,  EXCO perumahan Negeri Selangor kini boleh mengemukakan minit mesyuarat tersebut kepada umum tapi perkara tersebut takkan berlaku kerana memang tiada kelulusan untuk kenaikan tersebut.

Jadi kepada EXCO berkenaan,  Sangkakala harap jangan le cuba nak tipu rakyat Selangor khususnya mereka yang tinggal di PPR kerana kebenaran pasti terbukti juga.


SENARAI PENUH AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 2013 - 2016

Berikut senarai penuh Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi penggal 2013 - 2016

Pengerusi Tetap

1.Tan Sri Dato' Paduka Hj. Badruddin Bin Amiruldin

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Datuk Hj. Mohamed Bin Hj. Aziz

Presiden

1. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Presiden

1. Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Mohd Yassin

Naib Presiden

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Ketua Pergerakan Wanita

1. Dato' Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil

Ketua Pergerakan Pemuda

1. Khairy Jamaluddin

Ketua Pergerakan Puteri

1. Mas Ermieyati Samsudin

Ahli Majlis Tertinggi

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed

2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom

3. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

4. Datuk Seri Idris Jusoh

5. Datuk Seri Idris Haron

6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

8. Datuk Abdul Rahman Dahlan

9. Datuk Hasan Malek

10. Datuk Seri Shahidan Kassim

11. Datuk Seri Mohamad Hasan

12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis

13. Datuk Razali Ibrahim

14. Datuk Seri Mahdzir Khalid

15. Tan Sri Annuar Musa

16. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

17. Dr. Mohd Puad Zarkashi

18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman

19. Datuk Seri Azalina Othman Said

20. Datuk Abd Latiff Ahmad

21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah

22. Datuk Ab Aziz Kaprawi

23. Datuk Bung Moktar Radin

24. Datuk Reezal Merican Naina Merican

25. Datuk Sohaimi Shahadan


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SURENDRAN MENGAKU TAKUT MATI KATAK !!!


Ingatkan hebat sangat le ahli parlimen padang serai ni sampai menyahut cabaran untuk ikut sama dalam operasi pihak polis menggempur penjenayah, rupanya cakap je lebih.

Sangkakala nak gelak pun ada bila tengok Surendran beriya sangat hari tu pakai jaket kalis peluru dah macam taliban nak pegi berperang je rupanya.

Kalau berani sangat kenapa perlu tolak untuk tandatangani perjanjian supaya kalau jadi apa dia tak boleh menyalahkan atau menuntut apa apa dari kerajaan, pasukan polis atau sesiapa juga yang berkenaan. 

Jangan hanya pandai mengkritik la Surendran kalau telor takde, tau pulak dia takut mati kena tembak tapi bila polis tembak penjenayah kata macam macam kat pihak polis.

Kita tengok je nanti lepas ni, kalau si pengecut ni bercakap lagi pasal polis tembak penjenayah sedangkan dia sendiri tak berani nak kedepan.