Gambar gambar teksi diatas telah Sangkakala ambil dihadapan pusat membeli belah Ampang point yang mana teksi teksi ini tidak mahu mengambil penumpang.
Sangkakala sebenarnya mahu pergi ke Kota Damansara dan apabila bertanya kepada pemandu pemandu ini pelbagai alasan yang diberikan seperti malam tak jalan jauh, syif dah tamat dan pelbagai alasan lagi.
Yangblebih dikesalkan apabila ada pemandu yang menjawap pertanyaan dengan cara yang amat kasar sekali.
Ni nak tanya sikit pada Tan Sri Pengerusi SPAD, kenapa situasi ini masih berlaku? Apa SPAD buat selama ni? Tiada pemantauan ke?
Pernah dulu Sangkakala tulis didalam blog ini juga tentang pemandu teksi tapi beberapa blogger upahan SPAD cuba menutup kelemahan agensi berkenaan dan maaf cakap la, Sangkakala tak peduli semua tu sebab ini adalah untuk kebaikan bersama khususnya rakyat Malaysia.
Pada Sangkakala, jika mereka ini tidak lagi berminat untuk menjadikan teksi sebagai mata pencarian, eloklah diberikan kepada mereka mereka yang lebih berkehendak untuj mencari nafkah dengan membawa teksi.
Tapi yang sebenarnya juga, jika penguatkuasaan dilakukan dan pemantauan dibuat secara berterusan, perkara sebegini tidak akan berlaku dan dari apa yang Sangkakala lihat, SPAD sememangnya gagal untuk menjalankan rutin tersebut.
Itu satu hal, hal yang lain pula ialah apabila laporan yang dilakukan oleh pengguna tidak diambil berat.
Seperti malam ini, seorang pegawai yang menjawab telefon aduan nombor 1800887723 yang bernama Faizal, hanya mengambil beberapa maklumat tetapi tidak pasti lagi aduan tersebut akan sampai ke mana.
Adakah ianya akan sampai ke pengetahuan unit penguatkuasaan atau ianya t3nggelam begitu sahaja dan tau tau nanti dah ada email yang mengatakan bahawa perkara tersebut telah selesai tetapi cara penyelesaiannya tidak diketahui.
Mungkin juga cara penyelesaian tersebut dengan memanggil pemandu pemandu ini dan duduk dikedai kedai kopi sambil hisap rokok.
Tan Sri Hamid perlu bertanggungjawab tentang permasaalahan ini dan bagi Sangkakala tidak menjadi kesalahan jika Tan Sri Hamid melepaskan jawatan pengerusi SPAD jika beliau merasakan tidak lagi mampu untuj melaksanakan tanggungjawab tersebut mungkin kerana faktor usia yang sudah agak lebih.
Maaf lah kalau ayat Sangkakala ni mengguris hati, tapi Sangkakala rasa Sangkakala lebih terguris apabila ada lagi pemandu yang sebegini.