Isnin, 28 Oktober 2013

#BeraniHijrah PAKAT PAKAT KALIH !!! PAS TAK MAMPU BERI KEMAJUAN !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir @TunFaisal

Gambar diatas telah membuktikan bahawa PAS menghalalkan segala cara demi untuk memperolehi kemenangan dan mendapatkan kuasa.

Tapi pernahkan para pengikut PAS terfikir akan semua ini dimana PAS hanya dipermain mainkan oleh DAP dan PKR juga untuk mendapatkan kuasa?

Adalah tidak mustahil sekiranya PAS satu masa nanti akan ditendang keluar dari pakatan pembangkang setelah DAP dan PKR memperolehi apa yang mereka hajati dan buat masa ini PAS akan diberi muka untuk melakukan apa sahaja.

Pengikut PAS dan para pengundi tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang besar dan kerana itu jugalah DAP dan PKR beriya iya untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS.

DAP dan PKR tahu jika mereka tidak bekerjasama dengan PAS sudah pasti mereka akan melalui laluan sukar untuk berjaya mendapat kerusi yang lebih banyak.

Salah satu sebab mengapa mereka mengadakan kerjasama dengan PAS adalah untuk sokongan ahli PAS yang lebih ramai berbanding DAP dan PKR.

Kelicikan Anwar dalam memberikan keyakinan bahawa PAS akan diberi tempat sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya telah memberikan sedikit kejayaan kepada mereka sedangkan dalam masa sama, PAS telah dikhianati oleh DAP dan PKR.

Seperti apa yang berlaku di Selangor contohnya, PAS memiliki kerusi yang melebihi kerusi DAP dan PKR, namun Tan Sri Khalid dari PKR telah dipilih sebagai Menteri Besar kerana, DAP tahu jika PAS menjadi Menteri Besar, sudah pasti kedudukan mereka juga akan terjejas nanti.

Jadi kelicikan ini juga telah berjaya dilakonkan oleh pemimpin DAP serta PKR dalam usaha mengaburi mata para pengikut PAS.

Pemimpin PAS pula menggunakan segala yang ada semata mata untuk mendapatkan jawatan tanpa memikirkan musibah dimasa akan datang.

Seperti yang berlaku dalam kes Kalimah Allah, Pemimpin PAS terpaksa akur dan bersetuju untuk bukan islam menggunakan kalimah tersebut.

Jika mereka (pemimpin PAS) menolak, mungkin mereka akan digugurkan dari senarai yang akan menerima jawatan tertentu dalam kerajaan jika mereka berjaya.

Ini adalh punca kenapa terjadi perkara ini dan kerana itu jugalah, orang bukan Islam telah membawa perkara tersebut hingga ke mahkamah.

Disini dapat kita lihat kelemahan PAS dalam mempertahankan kesucian agama islam dan bagi Sangkakala, jika satu kalimah tidak mampu dijaga dan diberi perhatian oleh PAS, mampukah mereka memberikan perhatian untuk perkara perkara lain?

Ini perlu diambil kira oleh pengundi di kawasan Sungai Limau yang telah dimenangi oleh PAS sejak tahun 1995 dan sehingga 2013 keadaan masih lagi sama seperti dulu.

Takkan para pengundi serta penduduk di Sungai Limau masih lagi mahu hidup dalam keadaan daif tanpa pembelaan.

Sangkakala menyeru kepada para pengundi di Sungai Limau, pakat pakat kalih la, bagi balik kawasan ni kepada Barisan Nasional untuk kemajuan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan