Rabu, 23 Oktober 2013

SARAVANAN DICARI !!! TAKKAN BERANI NAK TUNJUK DIRI


Kisah seorang lelaki yang membuat panggilan telefon serta memaki hamun seorang guru besar tentang penyembelihan lembu di kawasan sekolah mendapat kecaman dari orang ramai.

Sangkakala juga ada mendengar perbualan tersebut yang dimuat naik dalam laman youtube yang mana lelaki tersebut yang dikenali sebagai Saravanan telah mengatakan bahawa beliau membuat panggilan dari luar negara.

Apa punya bodoh si Saravanan ni, nampak sangat penakutnya bila tanpa ditanya membuat panggilan darimana terus memberitahu bahawa beliau membuat panggilan dari luar negara kononnya.

Sekarang ni pihak polis telah membuka kertas siasatan ekoran laporan dari guru besar sekolah terbabit.

Apa yang menjadi kesalan ialah, Saravanan mengeluarkan perkataan sembelih babi fan ini Sangkakala lihat seolah olah menghina ibadah korban bagi umat Islam. 

Saravanan sebenarnya tidak patut mengeluarkan ayat sebegitu rupa kerana perlu diingat negara ini mempunyai penduduk berbilang bangsa dan mereka bebas menjalankan aktiviti keagamaan masing masing tanpa bantahan atau gangguan.

Jika nak diikutkan juga, ada penganut agama hindu yang makan daging lembu fan ini Sangkakala sendiri saksikan kerana ada dikalangan rakan rakan Sangkakala beragama hindu tidak bermasalah untuk menjamah daging lembu.

Jadi apa masalah dengan Saravanan sampai nak maki hamun guru besar sekolah tersebut kerana menjalankan ibadah korban dalam kawasan sekolah.

Sangkakala juga amat yakin bahawa dalam sekolah tersebut ada guru guru india beragama Hindu dan sepatutnya mereka ini yang membuat bantahan atau larangan supaya ibadah tersebut jangan diadakan di dalam kawasan sekolah.

Sekarang kita tengok sejauh mana Saravanan ni berani nak ke depan atau hanya berkokok dalam telefon semata mata.