Selasa, 2 Julai 2013

REMAJA 14 TAHUN DIROGOL ??? SECARA PAKSA ATAU RELA ???

Sangkakala terbaca dalam sebuah portal yang mnegatakan bahawa seorang remaja berumur 14 tahun dipaksa meminum arak dan kemudian dirogol oleh seorang lelaki dan dicabul oleh teman kepada lelaki tersebut.

Terlalu banyak kejadian sepeerti ini berlaku di Malaysia sekarang hingga boleh dikatakan setiap hari akan berlaku kes rogol dan pelbagai jenayah lain.

Sangkakala agak tertarik dengan berita ini bukan kerana apa, tapi dalam artikel tersebut ada menulis bahawa gadis tersebut datang bersama keluarga beliau dari Ampang untuk menghadiri kenduri, dan setelah selesai kenduri, gadis tersebut menghantar makanan ke rumah saudaranya bersama sama dengan sepupu lelaki beliau yang berusia 13 tahun.

Baca DISINI

Bukanlah Sangkakala menidakkan undang undang yang ada dalam Malaysia, tapi bagi Sangkakala, kes sebegini terlalu kerap berlaku dan ianya diklasifikasikan sebagai jenayah rogol kerana gadis tersebut dibawah umur.

Cuba kita bayangkan, dalam artikel itu juga mengatakan bahawa terdapat saksi yang melihat gadis tersebut dibawa oleh 3 lelaki dan disini Sangkakala lihat ianya seolah olah tiada paksaan dan gadis tersebut hanya merelakan dirinya mengikuti lelaki tersebut.

Dan setelah tidak pulang, maka keluarga mangsa mengadu kepada penduduk kampung  dan gerakan mencari dilakukan hingga terjumpanya kenderaan yang membawa gadis itu dan seterusnya menemui gadis serta 3 orang lelaki yang sedang tidur.

Gadis tersebut dikatakan dalam keadaan separuh bogel tetapi tidak dikatakan dalam keadaan khayal atau mabuk, jadi bagaimana nak dikatakan bahawa beliau dipaksa untuk meminum minuman keras?

Sangkakala lihat kini ramai dikalangan anak anak gadis yang berumur belasan tahun berpeleseran di khalayak ramai dan melakukan pelbagai perkara sumbang dan menjolok mata seperti merokok, berpeluk pelukan bersama teman lelaki dan ada juga yang lebih berani dari itu dengan melakukan ciuman di tengah tengah masyarakat.

Jika gadis zaman dahulu, mungkin akan ada sedikit perasaan takut terhadap orang kampung atau jiran kerana jiran jiran ini bertindak sebagai mata dan telinga kepada orang tua mereka dirumah, dan jiran jiran ini juga diberi kuasa untuk memukul anak anak ini yang didapati bersalah melanggar peraturan sebagai orang melayu.

Tapi kini adakah ianya begitu? Sangkakala tak nampak perkara itu masih berlaku kecuali di kampung kampung, itu pun mungkin sudah terlalu jarang berlaku.

Ibu bapa kini lebih rela membiarkan anak anak mereka berpeleseran di tepi tepi jalan atau di kompleks kompleks perniagaan dan apabila idberitahu oleh rakan atau sesiapa juga kenalan maka jawapan sebaliknya akan diberikan iaitu "JAGA ANAK SENDIRI".

Dan apa yang lebih malang lagi, atas sikap sikap ibu bapa yang sebegini, ada segelintir manusia terutamanya dari kalangan pengikut pembangkang akan menyalahkan kerajaan jerana tidak menguatkuasakan undang undang itu dan ini.

Kesedaran ibu bapa tentang betapa pentingnya maklumat tentang anak anak daripada rakan taulan dan jiran tetangga perlu dititik beratkan dan Sangkakala amat yakin jika perkara ini diambil serius oleh ibu bapa diseluruh negara, maka kejadian jenayah rogol ini akan mampi kita kurangkan.

Tapi nanti akan ada pula suara sumbang yang mengatakan bahawa kerja pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan mereka seolah olah meletakkan kesemua tanggungjawab tersebut kepada pihak polis dan badan penguatkuasaan yang lain dan mereka ini akan lepas tangan tanpa mengambil sedikit pun rasa sama sama bertanggungjawab.

\