Selasa, 2 Julai 2013

@NajibRazak PEMILIHAN UMNO - PELUANG KHUNSA JADI JANTAN


Pemilihan kali ini akan melihat cara baru pemilihan yang mana lebih dari 100 ribu ahli di peringkat cawangan akan layak untuk mengundi bagi memilih mereka yang bertanding di peringkat bahagian dan kebangsaan.

Tapi bukan itu yang Sangkakala ingin katakan disini, apa yang Sangkakala ingin perkatakan ialah, mereka mereka yang memegang jawatan pegawai pegawai menteri seperti Supol, Setiausaha Akhbar atau Pegawai Khas supaya bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau EXCO sayap parti dan seterusnya jika menang mereka boleh menjadi pengerusi pengerusi biro atau mengetuai satu satu tugas yang diberikan.

Begitu juga mereka mereka yang berkokok diluar gelanggang, ada baiknya jika mereka mereka ini bertanding daripada hanya mengkritik tentang kegagalan sesebuah biro yang diperkatakan oleh mereka dan disitu kita akan melihat sama ada mereka ini mampu untuk memlakukan penambahbaikan atau sebaliknya.

Kenapa Sangkakala kata begitu, sejak akhir akhir ini, ada ramai dikalangan orang orang UMNO atau mesra UMNO atau Barisan Nasional, begitu hebat mengkritik biro biro yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas walaupun ianya telah dilakukan dengan sebaik mungkin.

Sangkakala ambil contoh daripada penulisan blogger Taiping Mali yang mengatakan bahawa PapaGomo gantikan Tun Faisal selaku pengerusi Unit Media Baru, ramai dikalangan penggiat media mengatakan bahawa UMB dibawah kelolaan Tun Faisal gagal, sedangkan kita semua tahu bahawa yang menjalankan tugas di alam siber bukan hanya pasukan UMB, ianya juga termasuk beberapa kumpulan lain lagi seperti MyKmu, BlogHouse dan lain lain, namun kesalahan hanya diletakkan kepada UMB.

Baca DISINI

Mungkin juga mereka yang meletakkan kesalahan ini berminat untuk menerajui UMB dan Sangkakala cadangkan supaya mereka bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau EXCO dan berkhidmat mengikut biro masing masing dan jangan pula lupa untuk melakukan penambahbaikan dan bukannya penambahburukan.

Ini juga dapat membuktikan bahawa mereka benar benar ikhlas untuk menjalankan tugas atau tanggungjawab serta amanah yang diberikan kepada mereka setelah memegang jawatan.