Selasa, 2 Julai 2013

#tolakPR MELAYU YANG DILATIH UNTUK JADI PENCACAI KURANG AJAR

Agak menyedihkan sekarang ini apabila ada segelintir orang Melayu yang mungkin beragama Islam sanggup untuk menghina junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan juga agama Islam.


Nak dikatakan tidak beragama, Sangkakala lihat tertera nama melayu dalam kad pengenalan tersebut, tapi apa dah jadi? Adakah ini ajaran kepada seorang Melayu yang beragama Islam.

Tapi ada satu yang Sangkakala lihat selama ini berlaku dimana, puak puak penyokong PAS amat kurang mengkritik atau menghentam pemilik akaun sebegini dan kebanyakan yang Sangkakala lihat hanyalah orang UMNO yang berdentum dentam menghentam pemilik pemilik akaun yang kurang ajar menghina agama Islam.

Kenapa PAS lebih bersikat berdiam diri dalam isu penghinaan agama Islam dalam media sosial? Adakah tugas mereka hanya untuk berpolitik dan mempolitikkan agama Islam sahaja?

Semua ini perlu dijawab oleh puak puak PAS kerana dari apa yang Sangkakala lihat, apabila satu posting dinaikkan berkenaan dengan kerajaan, puak puak pengikut tegar PAS akan menghentam separuh nyawa seolah olah mereka sedang berjihad didalam media sosial.

Tapi apabila ada kes sebegini, mereka menyepi membisu seribu bahasa, jadi dimana perjuangan PAS selama ini, dakwah mereka hanyalah politik dan segala galanya bagi mereka adalah politik dan bercakap tentang agama Islam itu sebenarnya hanyalah polimik.