Sabtu, 11 Mei 2013

UNDI POPULAR MILIK PAKATAN PEMBANGKANG

Pakatan pembangkang heboh mengatakan bahawa mereka mempunyai undi popular yang cukup tinggi dan seharusnya menjadi kerajaan dan dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Tapi pernahkah pemimpin pembangkang memikirkan kenapa mereka popular dari Barisan Nasional? Dan kenapa pula Barisan Nasional kurang popular dari mereka?

Apa yang membuatkan mereka begitu popular hingga mereka mendakwa mereka seharusnya menjadi kerajaan?

Jawapan amat mudah, mereka popular kerana isu dan moral yang rendah, tambahan pula dengan pendedahan pendedahan blogger pro kerajaan yang mengeluarkan isu mereka setiap masa.

Tapi kenapa pula mereka kalah dalam pilihanraya?

Mereka cuma menang dalam populariti dan bukan sebagai pilihan tepat rakyat yang mahukan kepimpinan yang baik sikapnya serta tinggi budinya.

Jika Anwar Ibrahim mengatakan mereka menang dalam pilihanraya kali ini, Sangkakala tidak menyangkal perkara tersebut kerana pakatan pembangkang menang dalam isu yang mengaibkan dan perkara perkara yang memualkan rakyat.

Jadi disini Sangkakala tidak melihat bahawa rakyat akan memilih mereka dalam pilihanraya dan seterusnya mengangkat mereka sebagai kerajaan.

Dan kepada calon Barisan Nasional yang kalah dalam PRU lepas, tidak perlu risau kerana anda tidak popular, itu adalah hakikat dimana anda semua tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian rakyat seperti skandal sex dan sebagainya.

Populariti pakatan pembangkang disebabkan oleh video video terlarang mereka, kerana kebebasan beragama mereka, kerana kebenaran menggunakan kalimah Allah oleh mereka, kerana rusuhan yang dicetuskan oleh mereka yang membuatkan mereka popular, tapi tidak kepada Barisan Nasional.

Jadi oleh yang demikian, biarlah mereka popular dengan cara mereka dan Barisan Nasional biarlah terus membela rakyat walaupun ianya kurang mendapat populariti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan