Sabtu, 11 Mei 2013

KIT SIANG TUNJUK SIKAP TOLAK MELAYU

Veteran DAP, Lim Kit Siang sudah mula menunjukkan sikap ketepikan Melayu dalam corak pemerintahan negara dimana beliau telah mencabar Perdana Menteri untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

Kenapa perkara ini ditujukan kepada UMNO? Tetapi tidak kepada PAS?

Kit Siang semenjak tahun 1969 lagi telah cuba menghapuskan hak Melayu dengan mengajurkan perhimpunan yang akhirnya mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Dan kali ini beliau sekali lagi menunjukkan sikapnya itu untuk menjadikan Malaysian Malaysia dengan mencabar Perdana Menteri sebegitu.

Sangkakala rasa sikap Kit Siang kini sudah melampau dan keterlaluan dan jika ini tidak lagi disedari oleh orang orang Melayu, maka akan terhapuslah Melayu di tanah air ini.

Akan lenyaplah kata kata Hang Tuah, tidak Melayu hilang di dunia dan kerana adanya cina komunis seperti Kit Siang dan anggota DAP yang lain maka kata kata tersebut akan lenyap.

Seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa UMNO itu adalah parti orang Melayu dan ianya menjadi tunjang dalam pemerintahan negara dan dengan berbuat begitu, jelas menunjukkan sikap sebenar Kit Siang.

Sangkakala bukanlah bersikap rasis, tapi apabila seorang cina mencabar begitu, Sangkakala rasa ianya patut di sanggah dan diketepikan secara total.

Anak Melayu harus bangun untuk menundukkan DAP sebelum kita diarahkan untuk tunduk oleh mereka, dan apabila mereka berkuasa, semua kuasa den kelebihan Melayu akan hilang dan lenyap.

Mahukah kita semua tunduk dibawah kuasa mereka?

Mereka (cina DAP) perlu ingat, bila mereka datang, untuk apa mereka datang, atas kebenaran siapa mereka datang?

Jangan dipijak ekor harimau yang sedang tidur, kelak nanti binasa badan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan