Sabtu, 11 Mei 2013

NAJIB RAZAK NAK BUAT BAIK LAGI KE ???

Walaupun dikeji dan dihina, dikatakan kafir dan sebagainya, namun sebagai ketua negara, Perdana Menteri tidak pernah memikirkan dendam atau permusuhan.

Ini terbukti apabila Perdana Menteri meluangkan masa melawat mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan yang dipotong kedua dua belah kakinya kerana jangkitan kuman di hospital siang tadi.

Ini adalah contoh dimana pemimpin negara terutamanya Islam menjengah saudara sesama Islam bila ditimpa musibah.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga melawat Azizan di hospital.

Tapi Sangkakala nak tanya, mana Anwar Ibrahim? Mana Lim Kit Siang? Mana Karpal Singh? Mana Nik Aziz? Dan mana kepimpinan lain dalam pakatan pembangkang?

Nampak sangat pemimpin pembangkang hanya akan menggunakan dan mengangkat seseorang pemimpin parti mereka jika mereka berjaya dan masih sihat, namun jika ditimpa musibah tidak akan ada sesiapa yang datang menjengah.

Tidak seperti pemimpin Barisan Nasional yang tidak putus putus datang menziarahi Azizan di hospital, tapi apa yang mengecewakan ialah, Azizan di masukkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri tidak nampak muka, bukankah mereka sama sama dalam pakatan?

Yang bekas Menteri Besar Kelantan pun begitu juga, Nik Aziz pernah melawat Karpal Singh di Pulau Pinang lebih tidak berapa lama dahulu tetapi tidak mampu untuk pergi ke tempat sama untuk melawat Azizan, adakah ini yang dinamakan ulamak, yang sanggup bermati matian untuk bertemu dengan paderi serta kafir pakatan mereka namun tidak mampu untuk melawat saudara sesama islam.

Cukup menyedihkan bukan? Apabila Azizan yang satu masa dulu diangkat dan dijulang ketika Kedah jatuh ke tangan pembangkang, kini terlentang tidak dipedulikan oleh rakan rakan sendiri.

Inilah nasib yang bakal menimpa orang orang yang begitu taksub menyokong pakatan pembangkang, akhirnya mereka akan tinggal keseorangan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan