Rabu, 9 Januari 2013

ADAKAH PERANG SALIB AKAN BERULANG KEMBALI

Umat Islam diserata dunia sudah tentu biasa mendengar tentang perang salib yang terjadi diantara orang kristian dan orang islam.

Namun kisah itu mungkin sudah terlalu lama berlalu dan sudah tidak memberi apa apa kesan kepada orang islam pada ketika ini kerana asyik dengan politik serta mencari kuasa.

Hari ini, Majlis Gereja Malaysia atau CCM mengumumkan bahawa semua gereja akan menggunakan kalimah Allah walaupun Sultan Selangor bertitah melarang penggunaan kalimah tersebut di Negeri Selangor.

Adakah ini memperlihatkan bahawa penganut agama kristian sudah mula memberanikan diri menentang ketuanan Melayu yang ada?

Adakah PAS sendiri sebagai parti Islam kononnya masih lagi mempertahankan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain?

Atau mungkinkah orang kristian sengaja mencabar kedaulatan Melayu serta kesucian agama islam?

Ini semua mungkin juga terjadi akibat dari persetujuan PAS yang memberikan kebenaran kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam mesyuarat majlis tertinggi pakatan rakyat baru baru ini.

Ini perlukan jawapan dari pengikut PAS sendiri, adakah mereka ini masih lagi bersetuju dengan kepimpinan mereka yang secara terang menjadi keldai mengikut apa sahaja yang disarankan oleh rakan parti mereka walaupun terpaksa menggadai agama mereka sendiri?

Apakah ini juga dikatakan oleh pengikut PAS bahawasanya PAS masih lagi mengikut landasan perjuangan mereka yang sebenar?

Dalam Al-Quran ada tertulis dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sukakan orang orang yang berjuang di jalan Nya dalam satu barisan seolah olah satu binaan yang tersusun kukuh"

Rasulullah SAW pula bersabda (maksudnya): "Hendaklah kamu berada dalam jema'ah kerana sesungguhnya berjema'ah itu adalah rahmat, sedangkan perpecahan itu merupakan azab" hadith riwayat Muslim.

Jadi dalam ayat Al-Quran dan sabda Raulullah itu jelas memperkatakan bahawa umat Islam perlu bersatu padu dalam semua urusan termasuklah urusan agama.

Namun adakah ini menjadi panduan PAS?

Sangkakala bermohon pada Allah supaya dijauhkan dari bala bencana akibat dari kemungkaran ini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan