Rabu, 9 Januari 2013

NIZAR JAMALUDIN KELAM KABUT RAHSIA PECAH

Baru baru ni Sangkakala ada masukkan artikel yang menunjukkan bahawa si menteri besar paling singkat waktunya memegang jawatan menipu.

Buka link ini
http://bit.ly/VeKI9o

Hari ni Sangkakala tunjukkan bukti pula, bahawa Nizar Jamaludin sememangnye membohong seluruh rakyat Malaysia dengan kenyataan beliau bahawa kerajaan Jepun telah membuat bayaran pampasan untuk buruh paksa di landasan maut.

Dah nampak bukan bagaimana si lidah bercabang ini cuba menipu?

Sudah pastilah si lambai ini akan menjadi kelam kabut setelah rahsia pembohongan beliau terbongkar dengan penafian oleh pihak kedutaan Jepun sendiri.

Ini lah kepimpinan yang diletakkan oleh PAS untuk menjadi pemimpin di sebuah negeri dan dikatakan juga jika mereka berjaya ke PutraJaya dia ni akan diangkat di peringkat pusat.

Sangkakala tau kenapa beliau akan diangkat ke peringkat pusat jika Pakatan Rakyat berjaya merampas PutraJaya, tak lain dan tak bukan kerana Nizar sanggup untuk menjadi pak turut dan talibarut kepada DAP dalam merealisasikan impian mereka untuk mengusir dan menidakkan hak Melayu di dalam tanah air sepertimana yang mereka cuba lakukan pada tahun 1969 hingga tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan