Rabu, 9 Januari 2013

PERDANA MENTERI DAH MOHON MAAF YANG LAIN BILA LAGI

Ketika berucap menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekhilafan yang dilakukan oleh kerajaan dan parti Barisan Nasional (BN).

Cikgu Seman menangis semasa Perdana Menteri mohon maaf
 
Biar pun permohonan maaf itu diterima baik oleh rakyat namun berlainan pula bagi pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Pemimpin ketiga-tiga parti itu ternyata resah gelisah, tidur tak lena dan menggelabah kerana bagi mereka permohonan maaf itu adalah satu tamparan hebat.

Namun adakah pemimpin pemimpin lain mengambil sikap sebegitu? Mungkin juga ada tapi tidak secara keseluruhan, tindakan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional yang menetapkan bahawa calon yang bagai bertanding adalah dari kalangan calon yang mampu menang.

Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri sudah berada diluar kotak pemikiran yang terdahulu iaitu mengikut hiraki pentadbiran dalam bahagian tidak kira di parti mana sekalipun.

Namun Sangkakala lihat masih ada lagi yang angkuh tidak mahu memohon maaf sepertimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan ada juga yang tidak mendengar nasihat atau mendengar pandangan serta pendapat dari orang lain dengan alasan ini bukan masa yang sesuai untuk semua itu.

Agak agaknya bilakah masanya yang amat sesuai? Bagi Sangkakala semua masa adalah sesuai dan jangan terkejut, untuk kesejahteraan negara, Sangkakala tidak akan teragak agak untuk menghentam siapa sahaja selagi Sangkakala mampu untuk menulis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan