Hai, nampak gayanya Sangkakala kembali lagi menulis dalam laman ni, bukan sebab apa, cuma rasa rindu nak menulis dalam laman blog yang Sangkakala rasa agak lama juga di tinggalkan.
Sehari dua ni agak kecoh di laman laman media sosial tentang keberadaan seorang Menteri dari kerajaan PN ke dalam situasi yang mengejutkan.
Maksud mengejutkan itu adalah dari segi penampilan yang begitu mendadak peralihannya, terus terang lah Sangkakala bagi tau kat sini daripada badan yang agak berisi kini dah jadi macam super model.
Sangkakala tak menafikan bahawa ingin kelihatan cantik itu adalah fitrah manusia dan Menteri ni pun tak terlepas dari fitrah berkenaan.
Cuma masa dan ketikanya bagi Sangkakala adalah amat tidak sesuai sekali gus mengundang pelbagai persepsi masyarakat.
Sebagai contoh, dalam keadaan rakyat yang tertekan dan terkesan dengan pendemik covid19, perlu ke Menteri ni buang ribuan ringgit hanya semata mata untuk kelihatan menawan?
Memang itu adalah hak beliau dan ianya menggunakan belanja persendirian atau pun tajaan. Tapi kalau tajaan rasanya macam tak kena pula sebab kalau ditaja mesti ada give and take ye tak?
Lagi satu dalam keadaan yang dikatakan darurat kesihatan walaupun seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa ini adalah darurat politik, Menteri ni kena lebih peka kepada keadaan sekeliling yang mana darurat ini bukanlah menjadi pelepasan untuk mana mana Menteri menjalankan aktiviti persendirian.
Tapi dari apa yang Sangkakala nampak darurat politik ni menjadi satu kelebihan pula kepada sesetengah golongan untuk mengambil kesempatan sedangkan rakyat ternanti nanti apa kesudahan episod darurat dan PKP yang sedang berjalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan