Sabtu, 11 April 2020

PENAMATAN JAWATAN MPKK PERAK KENA PADA MASANYA !!!

Agak lama Sangkakala tak menulis di laman blog ni dah naik berhabuk nampaknya.

Apa apa pun Sangkakala terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah diatas perlantikan semula YAB Menteri Besar Perak dengan kerajaan baharu menerajui negeri.

Hari ni Sangkakala nak ulas sedikit tentang penamatan jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Jawatankuasa Majlis Perundingan Komuniti Kampung atau MPKK berkuatkuasa 30 April nanti.

Surat pekeliling telah pun dikeluarkan oleh Pejabat Setiuasaha Kerajaan Negeri dan Sangkakala rasa ianya bukanlah sesuatu yang diluar jangka kerana sebelum ini surat penggantungan jawatan MPKK telah pun dikeluarkan.

Namun hari ini berlegar surat daripada Pejabat SUK yang menamatkan Jawatankuasa MPKK.

Ada yang mempertikai keputusan Pejabat SUK tetapi ini adalah ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri Perak.



Bagi Sangkakala, ianya bertepatan dengan situasi sekarang dimana wabak Covid19 sedang melanda dan kerajaan negeri dan persekutuan sedang giat memberikan bantuan kepada rakyat.

Jika penamatan ini tidak dilakukan, mungkin ada pertindihan pemberian bantuan dilakukan dimana, agensi agensi terlibat juga giat memberikan sumbangan dan bantuan kerajaan.

Menurut surat yang dikeluarkan, Penghulu Mukim akan menggantikan Pengerusi MPKK sementara menantikan lantikan baharu dibuat dan ini sebenarnya boleh menyelaraskan bantuan yang dihulurkan.

Mesti ramai yang mengatakan bahawa dengan ketiadaan pengerusi MPKK maka perjalanan untuk menguruskan komuniti akan berdepan dengan masalah.

Ini sebenarnya tidak berlaku sebagai contoh, YAB Datuk Seri Menteri Besar Perak menjalankan tugas tugas kerajaan tanpa EXCO Kerajaan negeri tetapi beliau mendapat kerjasama daripada ketua ketua jabatan sebagai contoh Pegawai Pegawai Daerah bagi mengendalikan urusan kerajaan.

Oleh itu, penamatan ini amat sesuai memandangkan kerajaan kini sudah bertukar dari PH kepada PN maka semua lantikan di semua peringkat juga perlu bertukar bagi mancari hela nafas yang baharu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan