Selasa, 15 November 2016

KEPINCANGAN DALAM KERAJAAN SELANGOR.!!! KENAPA.@SPRMsia MASIH MENDIAMKAN DIRI

Kecoh baru baru ni dalam laman sosial tentang seorang lelaki muda yang juga merupakan pegawai khas kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Mak Lampir yang dikatakan memiliki kekayaan luar biasa.

Dengan memiliki sebuah Villa bernilai RM 7 juta dan beberapa kereta mewah jelas menunjukkan seperti ada udang sebalik batu hingga anak muda ini memiliki kekayaan sedemikian.


Adam Rosly yang baru baru ini menerima gelaran Dato dari negeri Pahang bukanlah asalnya dari kalangan orang berada dan juga pernah dikatakan tinggal di kawasan setinggan untuk membesar dan kini mewah dalam sekelip mata selepas dilantik sebagai pegawai khas kepada Zuraida.

Persoalannya dari mana Adam mendapat hasil kekayaan segera? Adakah Adam menjadi proksi kepada Zuraida dalam projek projek di Selangor?

Satu lagi kes adalah berkenaan dengan pengambil alihan SPLASH yang dilihat agak melampau dan ini disahkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Harga asal yang ditawarkan oleh Khalid Ibrahim kepada SPLASH adalah sepuluh kali ganda lebih rendah daripada apa yang ditawarkan oleh Azmin Ali.


Begitu juga dengan Syarikat GAMUDA yang kini memiliki tanah di Paya Indah Wetland yang dulunya menjadi hutan warisan dunia.


Apa yang ditunggu oleh SPRM agaknya? Adakah sudah cukup membanggakan apabila dapat menangkap kes rasuah terbesar di Sabah baru baru ini maka kes lain dibiarkan dulu seolah olah ada tempoh bertenang?

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah perlu menjalankam siasatan segera kerana kes kes di Selangor ini semuanya dilihat hanya akan memusnahkan negeri.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan