Jumaat, 11 November 2016

CUBAAN MENGHALAU ORANG MELAYU DARI TANJUNG SEPAT @NajibRazak.@NohOmar

Secara sedar atau pun tidak, kerajaan Selangor hari ini mungkin mempunyai niat untuk menghalau orang Melayu yang tinggal di Tanjung Sepat.

Ini adalah berikutan dengan projek ternakan babi mega dikawasan berkenaan.

Ini diakui sendiri oleh exco pertanian negeri Selangor.


Majoriti penduduk di Ladang Tumbok Tanjung Sepat adalah dikalangan orang Melayu dan kenapa kerajaan negeri dibawah pentadbiran Azmin Ali perlu meletakkan kandang babi di kawasan tersebut.

Kerajaan negeri agaknya lupa dengan apa yang berlaku beberapa tahun dahulu apabila negara dikejutkan dengan sejenis virus bawaan babi yang mengakibatkan kematian.

Sejauh mana pun kecanggihan pusat ternakan ini, sudah pasti ianya mempunyai risiko dan risiko ini akan ditanggung oleh penduduk Tanjung Sepat.

Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat yang mengundi kerajaan pada dua pilihanraya yang lepas? Dengan menghadiahkan kandang babi di kawasan merek??

Tepuk dada tanya pada otak, masih berakal atau pun tidak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan