Rabu, 7 September 2016

RMT SEKOLAH !! DAH KECOH SATU MALAYSIA BARU NAK MOHON MAAF !!! @NajibRazak @MahdzirKhalid @PKamalanathan #scs14

Hari seorang lelaki yang dikatakan seorang guru memohon maaf melalui laman facebook beliau tentang gambar yang viral beberapa hari lepas kononnya makanan untuk Rancangan Makanan Tambahan untuk murid tidak berkhasiat.



Nampaknta amat mudah sekarang ni, dengan suka hati masukkan pelbagai cerita yang tidak sahih, lepas tu baru minta penjelasan, kemudian minta maaf, habis cerita.

Bagi Sangkakala, kes sebegini tidak boleh dibiarkan dan tindakan perlu diambil kerana ianya merosakkan reputasi sekolah serta Kementerian Pendidikan.

Sepatutnya kes tersebut disiasat terlebih dahulu dan bukannya diviralkan dalam facebook hingga pihak sekolah, Kementerian Pendidikan dan penyedia makanan tersebut mendapat aib.

Harap pihak yang dikecam mengambil tindakan agar perkara sama tidak berulang dimasa akan datang dan boleh menjadi pengajaran kepada mereka yang lain agar tidak sesekali menyalahgunakan media sosial.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan