Khamis, 8 September 2016

DISKAUN BUMIPUTERA 10% !! AZMIN BERI PEMAJU UNTUNG DALAM GELAP @NajibRazak @NohOmar #scs14

Bermula bulan September 2016, diskaun 10% untuk bumiptera membeli rumah kediaman dihapuskan oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali.


Kerajaan Selangor kononnya mengatakan bahawa ianya adalah adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa di negeri Selangor.

Perasan atau tidak, kerajaan pimpinan Azmin Ali sebenarnya memberikan keuntungan dalam gelap kepada pemaju perumahan sekaligus ada kemungkinan diskaun 10% tersebut akan disalurkan kepada poket tertentu.

Kenapa Sangkakala katakan begitu?

Jika kerajaan Selangor benar benar memperjuangkan rakyat dan dalam masa sama kononnya nak memberikan hak kesamarataan kepada semua rakyat Selangor, kenapa tidak diskaun 10% tersebut tidak diberikan kepada semua bangsa? Dan kenapa perlu dibuat pemotongan sebanyak 10% untuk bumiputera?

Kerajaan Selangor kini nampaknya cuba untuk memainkan sentimen simpati rakyat kononnya mereka telus dalam usaha memberi kesamarataan sesama rakyat tapi dalam masa sama memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada pemaju dan seterusnya memberikan tekanan kepada orang Melayu serta Bumiputera dalam memiliki kediaman.

Kalau itu pun rakyat Selangor masih tak nampak, Sangkakala rasa rakyat Selangor bukan sahaja buta hati, tapi telah buta segala galanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan