Ahad, 7 Ogos 2016

LAGI MASALAH PUSAT ZAKAT SELANGOR DIADUKAN !! @NajibRazak @NohOmar #scs14

Sangkakala pun dah tak berapa nak tau masalah apa sebenarnya yang dialami oleh Pusat Zakat Selangor hari ni.

Baru baru ni Sangkakala tulis tentang kes mohon katil yang diperlukan oleh seorang warga emas tetapi dikatakan kehabisan quota.

Malam ni Sangkakala nampak pula satu komen yang menunjukkan ketidak mampuan seorang warga emas juga untuk membuat rawatan dialisis tapi dikatakan tidak juga mendapar perhatian daripada pihak Pusat Zakat.



Persoalannya hari ini, takkan perkara sebegini terus terusan hendak dibiarkan tanpa pemantauan atau dicari jalan penyelesaian?

Pusat Zakat juga berada di bawah kerajaan negeri dan sudah sepatutnya kerajaan negeri mengambil tahu tentang permasaalahan tersebut.

Kerajaan negeri hari ini dilihat hanya mahu berpolitik tanpa mengambil kira orang Islam yang memerlukan bantuan sedangkan agama persekutuan termasuk di negeri negeri seluruh negara adalah agama Islam.

Sudah sampai masanya rakyat Selangor memberikan pengajaran kepada kerajaan Selangor kerana tindakan serta ketidak bertanggungjawaban kerajaan negeri ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan