Ahad, 7 Ogos 2016

BILA KERAJAAN MELAYU JADI BONEKA !! ORANG ISLAM BOLEH JUAL ARAK @NohOmar #scs14

Apabila sebuah negeri atau negara ditadbir oleh sebuah kerajaan Melayu (Islam) tapi hanya menjadi boneka kepada ADUN atau Ahli Parlimen bukan Melayu (Islam) maka segala perbuatan akan menjadi halal.

Begitu juga seperti apa yang berlaku kepada kerajaan Selangor, Menteri Besar dari kalangan orang Melayu, beberapa exco kerajaan juga dari kalangan orang Melayu, namun apa yang berlaku ialah apabila bukan Melayu (Islam) menjadi juara.

Baru baru ini exco kerajaan negeri Selangor dari DAP mengatakan bahawa tiada halangan untuk orang Melayu (Islam) menjual arak.


Dengan menjadikan dasar sebagai benteng untuk menghalalkan cara, Ean Yong Hian mungkin tidak pernah mendapat didikan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh orang Islam daripada ADUN ADUN PAS atau ADUN Melayu (Islam) yang bersama dengan DAP selama ini.

Seperti yang kita semua maklum bahawa bukan sahaja meminum, malah menjual, membuat, menjual, menghidang dan mengajak orang minum arak adalah haram dan hukumnya adalah berdosa.

Namun sehingga kini, belum ada seorang ADUN Melayu (Islam) dari pihak kerajaan Selangor yang tampil untuk memberikan penjelasan kepada Ean berhubung dengan kenyataan tersebut.

Mungkin akan ada yang mengatakan tiada masalah dengan kenyataan exco kerajaan negeri ini tapi perlu dilihat bahawa ianya akan menjadi masalah dimasa hadapan apabila anak anak kita nanti merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh exco dari DAP ini benar dan mereka dengan sewenang wenangnya akan menjadikan arak sebagai bahan dagangan.

Sebab apa Sangkakala katakan begitu? Sebab tiada sanggahan langsung daripada mana mana individu yang berhubung rapat dengan kerajaan.

Mungkin disebabkan kerusi DAP kini manjadi majoriti dalam sidang DUN, maka mereka mereka ini tidak akan berani bersuara.

Mungkin juga ada yang takut jika nasib mereka menjadi sama seperti nasib Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat gara gara melarang malah merampas arak dari kedai serba neka satu masa dulu.

Jadi kepada rakyat Selangor yang merasakan dirinya Melayu dan Islam, pandai pandailah memilih demi untuk mencorak generasi kita dimasa akan datang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan