Sabtu, 27 Februari 2016

RM 976.26 JUTA UNTUK PEMBELIAN SAHAM OLEH ANAK SYARIKAT FGV #supportfgv


Anak syarikat Felda Global Ventures, Felda Global Ventures Downstream SDN BHD dikhabarkan sedang membeli kepentingan dalam sebuah syarikat minyak makan Zhong Ling Nutri-Oil Holding Ltd dan vendor-vendor lain bernilai hampir RM 1 Billion.

Cadangan pembelian tersebut dijangka selesai suju tahun pertama tahun ini dan ini dikatakan adalah langkah strategi global bagi meningkatkan keupayaan hiliran bahan bahan makanan.

Sumber: BERNAMA



Jumaat, 26 Februari 2016

PIHAK BERKUASA TEMPATAN HILANG KUASA SEJAK PAKATAN MEMERINTAH SELANGOR #scs

Agak malang kalau kita dengar betul betul daripada apa yang berlaku di Selangor sekarang ni.

Sangkakala berkesempatan makan tengah hari dengan beberapa orang kakitangan PBT dan mereka juga meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan beberapa PBT yang mempamerkan iklan parti di sekitar Selangor.

Tapi apabila Sangkakala bertanya kenapa PBT tak halang daripada dipamerkan? Pegawai pegawai ni mengatakan bahawa sejak Pakatan memgambil alih kerajaan negeri, kuasa PBT seakan akan hilang dan ianya digantikan dengan kuasa ahli majlis.

Ini bermakna, ahli majlis lebih berkuasa dari PBT dan mereka ini boleh membuat apa juga keputusan berkenaan dengan urusan PBT.

Malah menurut kakitangan ini, ada sampai satu masa, mereka ini akan bertindak seolah olah mereka sebagai Datuk Bandar atau YDP Majlis.

Hebat penangan Ahli Majlis Pakatan ni rupanya.

Sangkakala tanya pula bagaimana semasa Barisan Nasional memerintah dulu? Adakah ianya berlaku perkara sama?

Menurut mereka, semasa pemerintahan Barisan Nasional, PBT diberi kuasa penuh untuk menjalankan apa juga penguatkuasaan selagi ianya didalam peruntunkan undang undang PBT.

Tapi sekarang, bukan kata ikut undang undang, yang sedia ada pun kena langgar habis mengikut kata ahli majlis yang sudah pastinya dilantik oleh kerajaan negeri.

Menurut kata mereka lagi, isu perobohan gerai gerai makan juga sebenarnya tidak mengikut saluran dan prosedur yang tepat sebagai contoh,

1. Para peniaga tidak diberi notis secukupnya untuk mencari tapak baru yang bersesuaian

2. Para peniaga tidak disediakan dengan tempat yang bersesuaian sebelum gerai mereka di robohkan.

Ini semua jika dibangkang oleh PBT maka akan kelihatanlah ahli majlis yang meninggikan suara dan ada pula yang sanggup mengatakan bahawa gaji kakitangan PBT dibayar oleh kerajaan negeri.

Seperti contoh papan tanda yang dianggap sebagai menghina mahkamah pula, mereka mengatakan jika PBT tidak memberikan kelulusan, maka akan ada yang membuat aduan kepada kerajaan dan kerajaan negeri pula siap sedia untuk mengambil tindakan dan mahu atau tidak maka pihak PBT Selangor terpaksa akur dengan kehendak parti.




Rabu, 24 Februari 2016

JUTAAN RINGGIT PERUNTUKAN UNTUK BAHAN BACAAN SEMASA KHUTBAH JUMAAT #scs

Kerajaan Selangor rasanya ada mempunyai exco agama Islam dan juga ada penasihat agama Islam tetapi apa yang berlaku dalam konteks Islam itu sendiri dengan sewenang wenangnya dilanggar demi kepuasan pemimpin kerajaan.

Sangkakala katakan begitu dengan merujuk akhbar tabloid keluaran kerajaan Selangor yang diedarkan di masjid masjid pada setiap hari Jumaat sebelum waktu solat dan ianya menjadi bahan bacaan semasa khutbah sedang dibacakan.


Membaca sesuatu hingga mengakibatkan kelalaian semasa Khutbah Jumaat rasanya akan menjejaskan solat Jumaat itu sendiri dimana khutbah jumaat adalah salah satu syarat sah solat Jumaat.

Baca DISINI

Tapi seperti yang kita ketahui, masjid masjid di sekitar negeri Selangor akan dibekalkan dengan akhbar berkenaan dan para jemaah biasanya akan mengambil akhbar tersebut untuk dijadikan bahan bacaan semasa khutbah.

Puluhan juta ringgit peruntukan dikatakan untuk menghasilkan akhbar ini dan hasilnya hanyalah gangguan semasa khutbah sedang berlangsung.

Apakah penasihat agama kerajaan Selangor dan exco agama yang sudah pastinya beragama Islam tidak tahu atau tidak mengerti serta tidak peka dengan perkara ni?

Mungkin jawapan yang diberikan oleh kerajaan Selangor ialah, "kita tak suruh baca semasa khutbah" ianya tidak akan menjadi alasan untuk menguatkan pengedaran di masjid masjid kerana apabila edaran dibuat maka ianya adalah penggalakkan kepada jemaah untuk cenderong kearah pembacaan semasa khutbah sedang dibacakan oleh khatib.

Apakah peruntukan yang diberikan ini untuk mengganggu khutbah?

Nampaknya kerajaan Selangor takkan peduli dengan perkara ini, janji niat mereka tercapai kerana dalam akhbar berkenaan bukan sahaja memaparkan perkara perkara yang boleh memecah belahkan umat, ianya juga dilihat ada beberapa unsur fitnah dan ianya disebarkan di rumah Allah tanpa merasa bersalah.



Selasa, 23 Februari 2016

EXCO PBT KERAJAAN SELANGOR BUTA UNDANG UNDANG @nohomar #SCS

Nampaknya EXCO kerajaan tempatan negeri Selangor buta undang undang atau sengaja mencabar undang undang negara sehingga nampaknya dengan sengaja membiarkan papan tanda (billboard) tentang Anwar Ibrahim dibiarkan dipasang di kebanyakan tempat di sekitar negeri Selangor.


Papan tanda seperti yang Sangkakala masukkan diatas jelas berada disekitar negeri Selangor dan persoalannya adalah, adakah Anwar Ibrahim seorang tahanan politik sedangkan kita semua tahu bahawa Anwar Ibrahim ditahan atau dipenjarakan selama 5 tahun akibat dari salahblaku beliau meliwat pembantu pribadinya Saiful Bukhari beberapa tahun lalu.

Dengan pemasangan papan tanda yang menunjukkan bahawa Anwar seolah olah seorang tahanan politik tidak sepatutnya dipasang di negeri Selangor kerana ianya mencabar keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman keatas salah laku Anwar.

Takkan sebagai seorang EXCO tak tau tentang perkara sebegini sedangkan sudah tercatat dalam undang undang kecil PBT yang tidak membenarkan apa juga paparan berbentuk papan tanda berkenaan dengan parti.

Satu lagi yang perlu diberikan perhatian adalah kepada YDP atau Datuk Bandar dalam PBT di seluruh Selangor, adakah mereka ini juga buta undang undang dan hanya menjadi pak turut kepada kerajaan negeri tanpa memikirkan implikasi tentang pemasangan papan tanda berkenaan? Itu nanti kita cerita lain.

Apa yang Sangkakala lihat sekarang ni, kerajaan Selangor begitu terdesak mengikut telunjuk parti hingga mengabaikan undang undang dan dengan sengaja mereka ini dilihat cuba merosakkan pemikiran rakyat serta cuba memperlekeh keputusan hakim.



Ahad, 21 Februari 2016

HENTAM KERAJAAN !!! RAFIZI RAMLI TERUS JANA KEUNTUNGAN #SCS

Setiap hari kita dihidangkan dengan kenyataan kenyataan si Rafizi Ramli menghentam kerajaan khususnya anak Syarikat serta agensi yang diamanahkan untuk menjaga wang rakyat seperti tabung haji dan baru baru ini kumpulan wang simpanan pekerja pula menjadi sasaran.

Yang peliknya, walaupun dah tahu penipuan demi penipuan yang di berikan oleh Rafizi, masih ramai dikalangan rakyat Malaysia mempercayai kata kata sotong kurita ni.

Dalam hentam sana hentam sini, diam tak diam Rafizi terus menjana keuntungan daripada hasil dividen atau keuntungan dari agensi yang berkaitan.

Adalah ini semua hanya semata mata untuk membutakan mata rakyat bahawa keuntugan puluhan ribu ringgit diperolehi oleh Rafizi setiap tahun?


Rafizi hentam Tabung Haji, lebih kurang RM 25 ribu dividen yang diberikan oleh Tabung berkenaan masuk dalam akaun.

Hentam KWSP pula, sejumlah lebih kurang RM 44 ribu diperolehi apabila agensi tersebut memberikan dividen.

Jadi disini jelas kelihatan bahawa Rafizi hanya menimbulkan persepsi kepada rakyat dengab menunjukkan keburukan kerajaan sedangkan dalam amsa sama dia menjana keuntungan.

Seperti baru baru ini dalam kes tabung haji, ada dikalangan penyimpan yang sanggup mengeluarkan simpanan kononnya Tabung berkenaan akan bankrap tapi yang nyatanya simpanan Rafizi mendatangkan keuntungan, dalam kes ni agak agak siapa yang rugi?

Sudah sudahlah asyik nak dengan sotong ni bercakap, takde untung pada rakyat, yang untung dia juga sebab bila rakyat termakan hasutan, dia tetap menerima keuntungan.



ANTARA MELAYU DALAM DAP YANG TAK SEDAR DIPERGUNAKAN SEKIAN LAMA #scs

Mungkin pak haji di bawah tak sedar bahawa dirinya sedang diperguna oleh DAP dan beliau pula asyik hanyut dibuai hayalan hingga mata dibutakan.

Sangkakala taknak sebut siapa nama pak haji ni dan cukup kalau Sangkakala nyatakan bahawa pak haji ni pernah menjadi calon DAP di kawasan Bakri Johor menentang calon BN namun kalah.


Pak haji ni dalam Roketkini.com mengatakan bahawa jika Melayu faham DAP satu rahmat untuk Malaysia, cuma rahmat yang bagaimana tak pula dinyatakan.

Apa yang disebut hanyalah pak haji ni mendapat kepuasan membantu rakyat dan bukan pendapatan yang dicari.

Habis tu selama hari ni pak haji makan apa? Makan Subhanallah macam para Wali ke?

Untuk makluman pembaca sekalian, ini adalah ciri ciri orang yang agak kebelakang pemikirannya dalam cubaan untuk memesongkan pemikiran rakyat Malaysia.

Kita semua sedia maklum betapa DAP kini dengan rakus seperti di Pulau Pinang menjahanamkan perkampungan Melayu dan India, pak haji ni boleh kata puas membantu rakyat.

Rakyat yang macam mana pak haji bantu? Atau pak haji sekarang sedang cuba membantu DAP untuk menjahanamkan rakyat?

Ayat kata bukan pendapatan yang dicari tu Sangkakala mungkin la percaya sikit sebab ada kemungkinan Pak haji ni dipergunakan oleh cina DAP untuk mencipta kekayaan sedangkan dia sendiri hanya melihat dan kemudian mengucapkan syukur.

Sudah sudah lah tu, Tengku Aziz sendiri dah bagi tau betapa buruknya perangai pemimpin DAP tapi tak sangka pula ada yang sanggup jadi barua kepada DAP hanya semata mata nak dapatkan kepuasan atau puji melambung ni ada udang sebalik batu.



Sabtu, 20 Februari 2016

MAKI AZMIN ALI SEBAB BUAT KENYATAAN BODOH DALAM SELANGORKINI #scs

Pagi tadi Sangkakala lepak minum pagi di kedai mamak, macam biasa la, pekena nescafe segelas dengan telur setengah masak.

Tiba tiba Sangkakala terpandang seorang ahli PKR yang dulunya merupakan kawan Sangkakala di kampung dan apa lagi, terus Sangkakala sapa dia dan kami pun berborak.

Dalam perbualan Sangkakala dengan beliau, Sangkakala saja bertanya tentang pendapat beliau berkenaan dengan laporan Selangorkini, akhbar rasmi kerajaan Selangor yang disiarkan setiap minggu serta diedarkan di masjid masjid sekitar Selangor hingga membuatkan jemaah hilang fokus terhadap Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib kerana asyik membaca.


Berbalik kepada sahabat Sangkakala tadi, setelah beliau melihat screen shot yang Sangkakala tunjukkan, dia dengan selamba mengatakan bahawa Azmin bukan le manusia yang ada akal, lebih dari lembu bodohnya, agak terkejut juga Sangkakala dengar apa yang keluar dari mulut sahabat ni.

Sangkakala tanya kenapa ayat macam tu keluar dari mulut beliau sedangkan beliau adalah pengikut tegar PKR dan sampai sekarang beliau masih lagi ahli parti tersebut.

Sahabat Sangkakala menyatakan bahawa kenyataan Azmin dalam akhbar tersebut adalah rekaan serta retorik semata mata sebab, apa usaha kerajaan Selangor dalam memberikan kemahiran kepada anak negeri Selangor sedangkan kerajaan pusat ada menyediakan pusat GIAT MARA sebagai tempat untuk membimbing anak anak muda lepasan sekolah untuk memperolehi kemahiran.

Sedangkan menurut beliau, UNISEL sebagai sebuah Universiti kerajaan Selangor sendiri pun cekik darah, dan ini kata beliau lagi berlaku terhadap adiknya sendiri yang terpaksa menanggung pelbagai kos untuk pembelajaran.

Dalam PKR selalu melalak melolong kononnya kerajaan perlu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat sedangkan kerajaan Selangor melalui UniSEL sendiri tidak termampu untuk berbuat demikian.

Berbalik kepada screen shot tadi, sahabat Sangkakala kata, berapa ramai anak Melayu atau anak tempatan yang sanggup untuk kerja kilang? Sahabat Sangkakala ni seorang pekerja kilang di Shah Alam dan kalau tak silap dah hampir 15 tahun beliau bekerja di situ.

Di kilang tempat beliau berkerja katanya, kalau ada anak tempatan masuk pun, takkan sampai terima surat pengesahan jawatan (confirm letter) mesti dah cabut dengan alasan gaji kecik kononnya.

Dan menurut beliau lagi, berapa banyak pelabur yang melabur di Selangor khususnya pembinaan kilang semenjak Pakatan mengambil alih kerajaan negeri Selangor? Dan berapa banyak peluang pekerjaan baru yang diwujudkan oleh kerajaan negeri?

Banyak lagi yang diperkatakan dan akhir perbualan kami, sahabat Sangkakala ni mengatakan bahawa beliau tersilap langkah dengan mengikut pakatan dan kini jelas serta nyata bahawa pemimpin pakatan hanya mahukan jawatan tapi bukan perjuangkan rakyat dan segala apa yang di tunjukkan kepada rakyat tak lebih dan tak bukan hanyalah untuk mengaburi mata dan memekakkan telinga.



Jumaat, 19 Februari 2016

FITNAH TERHADAP @Zahid_Hamidi !! JELAS PEMBANGKANG KETANDUSAN ISU #scs

Sehari dua ni banyak disebarkan melalui aplikasi WhatsApp serta laman facebook yang menunjukkan syarikat yang dianggotai sebagai lembaga pengarah oleh YAB Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi.

Kita pun sedia maklum bahawa ini adalah kerja kerja mereka yang ketandusan isu untuk mengaitkan atau mengaibkan Timbalan Perdana Menteri.

Tapi yang kelakarnya, ramai yang terbuntang biji mata melihat begitu banyak syarikat yang dikaitkan dan ia menunjukkan bahawa Dato Sri Zahid mempunyai akses kepada syarikat syarikat berkenaan.

Tapi seperti yang kita semua sedia maklum bahawa setelah menjadi Timbalan Menteri, seorang ahli parlimen mestilah tidak mempunyai apa apa ikatan perniagaan atau perjawatan dalam syarikat swasta atau apa sahaja yang melibatkan keuntungan.

Dalam kes ini, Dato Sri Zahid telah menafikan dan mengatakan bahawa semua syarikat berkenaan dianggotai sebelum beliau menjadi Timbalan Menteri dan ianya telah berlaku lama dahulu.



Jelas menunjukkan bahawa ini adalah cerita lama yang digembar gemburkan semula atau recycle news untuk menjatuhkan kredibiliti Timbalan Perdana Menteri dan juga jelas ianya adalah niat niat jahat yang menjurus ke arah itu.


Rabu, 17 Februari 2016

FELDA DAN FGV TOLAK PEKERJA ASING !! BAGI PELUANG RAKYAT MALAYSIA #supportfgv

Bila disebut bahawa kerajaan Bangladesh memberikan quota sebanyak 1.5 juta rakyat mereka sebagai tenaga kerja di Malaysia, maka berdendang le puak puak yang tak berapa faham dengan situasi menempelak kerajaan kononnya tak prihatin dengan rakyat Malaysia.

Dalam kekecohan itu, maka Felda dan FGV mengambil pendekatan untuk menggajikan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan pekerja yang kini berjumlah 10 ribu orang.


YB Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri yang ditugaskan untuk menjaga Felda dan juga FGV tengah hari tadi dalam sidang akhbar menyatakan bahawa Felda dan FGV memerlukan 10 ribu orang pekerja dan Felda serta FGV membuka peluang ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Buat masa sekarang, Felda dan FGV menggunakan khidmat bekas penagih dadah yang diurus selia oleh AADK serta Oil Palm For Life atau OPAL bagi memenuhi kekosongan berkenaan.

Jadi sekarang ni siapa kata kerajaan tak bagi peluang pada rakyat Malaysia untuk memiliki pekerjaan? Tapi kalau nak duduk dalam aircond, nak pakai batang pen serta duduk depan komputer mengadap facebook memang takde la.

Kepada mereka mereka yang banyak bunyi macam macam suara tu, boleh le mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan dan kena ingat, pekerjaan tu pendapatannya kena la sama dengan apa yang ditwarkan kepada warga asing, jangan demand yang bukan bukan pula.



RAFIZI RAMLI TERSALAH SERANG !! TONJOL KEBODOHAN KAITKAN FGV DENGAN TH #supportfgv

Sekali lagi si Rafizi Ramli menunjukkan bahawa beliau bukanlah orang yang cerdik dalam perniagaan saham tapi apa yang penting fitnah yang dia sampaikan dipercayai oleh segelintir orang yang juga dikalangan orang kurang cerdik.

Setelah menyerang Tabung Haji yang kononnya akan bankrap hingga menimbulkan panik di kalangan penyimpan sampai ada beberapa individu sanggup mengeluarkan simpanan mereka sedangkan Rafizi memiliki simpanan lebih 400 ribu menerima dividen yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan yang telah termakan hasutan hanya mampu untuk mengigit jari.

Kali ni Rafizi buat cubaan kedua serangan ke atas Tabung Haji dengan mengaitkan Badan Berkanun itu kononnya mengalami kerugian akibat membeli saham Felda Global Ventures Berhad.

Sangkakala baca balik apa yang Rafizi sebut dan setelah diamati maka Sangkakala simpulkan bahawa Setiausaha Agong PKR itu memang hanya mahu merosakkan Institusi dan anak anak syarikat kerajaan dalam usaha untuk memenangi pilihanraya.

Berbalik kepada saham Tabung Haji dalam FGV, memang tidak dinafikan bahawa Tabung Haji mengalami kerugian tetapi itu semua kerugian atas kertas kerana Tabung Haji tidak menjual saham yang dimiliki dalam FGV dan sekali lagi Sangkakala sebut ianya adalah kerugian atas KERTAS.

Pun begitu, Tabung Haji masih lagi menikmati dividen pelaburan yang dikeluarkan oleh FGV seperti pemegang pemegang saham dan pelabur pelabur yang lain.

Jadi disitu jelas membuktikan bahawa Tabung Haji tidak mengalami kerugian kerana pelaburan mereka masih mendatangkan hasil dalam bentuk dividen yang diterima hasil dari pelaburan tersebut.

Sangkakala nak tanya sikit kat sini, sampai bila si Rafizi ni nak menipu rakyat Malaysia dan sampai bila pulak rakyat Malaysia nak percaya cakap Rafizi sedangkan kita semua tahu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan sepanjang beliau berkecimpung dalam politik.



Selasa, 16 Februari 2016

@ahmadmaslan KENA TROLL LAGI !! BUKTI ADA RAKYAT MALAYSIA TAK TAU APA APA #SCS




Ini status yang Sangkakala ambil dari laman facebook seorang natizen yang memperincikan tentang apa yang dilakukan oleh segelintir pengguna laman facebook menyebarkan dalam niat untuk mengaibkan pemimpin.


"Ahmad Maslan kena lagi. Kali ini kerana masak tak guna api. Mungkin beliau hanya berlakon masak-masak dan bergambar konon-kononya beliau sedang 'bekerja'.

Sebenarnya bukan begitu. Itu adalah salah satu cara memasak nasi kukus.

Air rebusan daging dengan rempah ratus dicampur, dikacau supaya sebati. Proses awal ini tidak memerlukan api. Dan itulah yang sedang dilakukan oleh Ahmad Maslan.

Selepas itu, air rebusan tadi dicedok dan letak di lapisan dulang nasi yang tersusun di belakang beliau (lihat gambar).

Waktu itulah baru menggunakan api. Malangnya ramai haters menelan bulat-bulat cerita yang dibawa.

Lihat like dan share, entah berapa ribu dosa yang telah mereka lakukan dan entah berapa banyak pahala yang dikutip Ahmad Maslan. Mungkin bagi mereka itu perkara remeh.

Sungguh banyak amaran keras tentang dusta;

Allah berfirman:

"Kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." [QS. Ali Imran: 61]

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah dia, celakalah dia." [HR. Abu Daud no. 4990, At-Tirmizi no. 2315, dan dinyatakan hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami' no. 7136]

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam beliau bersabda:

"Cukuplah seseorang (dianggap) berbohong apabila dia menceritakan semua yang dia dengarkan." [HR. Muslim no. 5]

"Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati." [HR. Bukhari, 32]

Jangan ingat dosa dusta berhenti setakat itu sahaja. Pahala pendusta atau yang menyebarkan dusta juga akan diberikan kepada orang yang disakiti, malah lebih teruk, dosa orang yang disakiti itu pula akan diberikan kepada si pendusta dan penyebar dusta tadi;

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :

"Sesungguhnya umatku yang muflis adalah seseorang yang pada hari kiamat datang dengan (pahala) solat, puasa, dan zakat, tetapi dia selalu mencaci-maki, menuduh, dan makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain.

Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang dari mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak yang belum terpenuhi.

Selanjutnya, sebahagian dosa dari setiap orang dari mereka diambil untuk dibebankan kepada orang tersebut, hingga akhirnya dia dilemparkan ke neraka." [HR. Muslim no.4678]

Saya risau mereka yang memulakan dusta dan menyebarkan dusta yang dikenakan pada Ahmad Maslan sedang memberikan pahala kepada beliau, atau mereka sedang berkongsi mengambil dosa Ahmad Maslan.

Beruntunglah Ahmad Maslan, dengan hanya mengaul air rebusan mampu mengumpul beribu pahala dan melenyapkan dosa-dosa. Siapa tak nak."

Sudah sudahlah. Asyik nak aibkan orang lain nanti aib diri sendiri tak boleh nak tutup kan ke susah..






Isnin, 15 Februari 2016

EDAR SELANGORKINI DI MASJID !! KERAJAAN SELANGOR INGKAR TITAH SULTAN #SCS

Nampaknya kerajaan Selangor sampai sekarang masih lagi mengedarkan akhbar tabloid kerajaan negeri di masjid masjid seluruh negeri.


Walau pun pernah dititahkan oleh Sultan untuk tidak menjadikan masjid dan surau sebagai medan politik, tapi nampaknya kerajaan Selangor mengambil pendekatan tak peduli apa atau siapa nak halang.

Mungkin puak puak pakatan akan mengatakan bahawa akhbar berkenaan adalah untuk pemberi tahuan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor tetapi apa yang mengecewakan seperti baru baru ini, himpunan kononnya untuk solidariti terhadap Anwar Ibrahim juga dimasukkan ke dalam akhbar berkenaan dan dapat liputan dua muka surat.

Adakah itu juga dikira kemajuan dalam pentadbiran kerajaan Selangor? Atau akhbar ini sekadar untuk menutup penggunaan wang rakyat Selangor bernilai jutaan ringgit bagi menghasilkan akhbar politik?

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor juga sebenarnya perlu memainkan perananan apabila masjid masjid dibawah selenggaraan mereka ini menjadi medan bagi parti politik untuk menghasut dan memesongkan pemikiran rakyat.

Bab penggunaan dana kerajaan bagi setiap penerbitan pula, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah perlu tampil untuk menyiasat dan mengambil tindakan jika ada berlaku penyalah gunaan dana kerajaan dalam penghasilan akhbar tabloid berkenaan.

Titah Sultan Selangor juga nampaknya menjadi mainan sedangan kita semua tahu bahawa pemimpin tertinggi di negeri adalah Sultan dan Baginda juga adalah ketua agama Islam di negeri Selangor.

Dengan masih meletakkan akhbar Selangorkini di masjid masjid, ini membuktikan bahawa kerajaan Selangor tidak peduli dengan titah Sultan.




Khamis, 11 Februari 2016

PENGAMBILAN PEKERJA BANGLADESH MENGIKUT KEPERLUAN !!! BUKAN 1.5 JUTA #SCS

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
CADANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA MALAYSIA DENGAN BANGLADESH MENGENAI PENGGAJIAN PEKERJA BANGLADESH MELALUI MEKANISME KERAJAAN KEPADA KERAJAAN PLUS (MOU G-TO-G)
1. Kementerian ingin memaklumkan bahawa cadangan Memorandum Persefahaman mengenai penggajian pekerja Bangladesh melalui mekanisme Kerajaan Kepada Kerajaan Plus (MOU G-to-G Plus) antara Malaysia dan Bangladesh dijangka akan ditandatangani dalam masa terdekat setelah mendapat pengesahan tarikh dan persetujuan daripada kedua-dua negara. Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh YB Dato' Sri Richard Riot, Menteri Sumber Manusia. Pelaksanaan MOU G-to-G Plus ini hanya terhad di Semenanjung Malaysia sahaja.

2. Selaku urusetia kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di atas kapasiti YAB Timbalan  Perdana Menteri dan juga sebagai Menteri Dalam Negeri, Kementerian ingin merujuk kepada laporan-laporan akhbar yang memetik Mohammad Shafiul Alam, Setiausaha Kabinet Kerajaan Bangladesh sebagai berkata bahawa Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed telah meluluskan Memorandum Persefahaman G-to-G Plus (MOU G-to-G Plus) bagi penghantaran pekerja Bangladesh seramai 1.5 juta untuk bekerja di Malaysia.

3. Sukacita Kementerian ingin memberi pencerahan jelas terhadap analisa-analisa pra-matang, ulasan-ulasan daripada pendokong dan pengkritik serta untuk meredakan kebimbangan dan keperihatinan rakyat mengenai cadangan MOU G-to-G Plus tersebut.

4. Angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan luas di dalam media sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan Kerajaan Bangladesh untuk tujuan pekerjaan. Dalam konteks dasar penggajian pekerja asing Malaysia, pengambilan pekerja Bangladesh adalah tertakluk kepada permintaan industri bagi sektor-sektor yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing selaras dengan konsep permintaan dan penawaran atau supply and demand. Kerajaan juga tetap memastikan bahawa keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan adalah didahulukan atau our people first.

5. Penggajian pekerja Bangladesh dibuat sebagai usaha memantapkan lagi pelaksanaan mekanisme sedia ada yang sekarang ini hanya terhad kepada sektor perladangan sahaja. Kedua-dua Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan mekanisme baharu yang dikenali sebagai G-to-G Plus. Mekanisme ini dilihat sebagai kaedah terbaik sekiranya diperluaskan ke sektor-sektor lain daripada segi mempercepatkan urusan permohonan majikan dan menjamin kelicinan proses pengambilan pekerja Bangladesh.

6. Pembukaan negara Bangladesh kepada semua sektor formal yang dibenarkan juga akan memberi pilihan tambahan kepada majikan untuk menggajikan pekerja selain daripada 14 negara sumber sedia ada yang lain.

7. MOU Penggajian G-To-G Plus bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia telah dibentangkan, dibincangkan dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 22 Disember 2015.

8. MOU ini juga telah dipersetujui oleh Kerajaan Bangladesh sepertimana yang telah diumumkan oleh Setiausaha Kabinet Kerajaan Bangladesh pada 
8 Februari 2016.

9. Konsep G-to-G Plus menggunakan sepenuhnya sistem atas talian bermula proses permohonan pekerja bagi mengawal penglibatan agen pekerja asing tidak sah yang menyumbang kepada kenaikan kos penggajian serta risiko kepada eksploitasi pekerja asing. Pelaksanaan G-to-G Plus secara atas talian adalah bagi meminimumkan kos penggajian pekerja dan cost of doing business kepada majikan. Kerajaan juga berpandangan bahawa mekanisme ini juga akan menaikkan penarafan Malaysia di dalam usaha-usaha pencegahan terhadap aktiviti-aktiviti jenayah pemerdagangan orang atau anti-trafficking in persons crimes.

10. Perlu ditekankan di sini, bahawa tiada satu angka yang mutlak bagi jumlah kemasukan pekerja Bangladesh kelak kerana ianya akan bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat dan akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Mekanisme ini akan dipantau dan dikawalselia oleh Kerajaan melalui Agensi Kawal Selia untuk setiap sektor bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran pekerja asing dalam negara dan membenarkan hanya mereka yang layak sahaja bekerja di Malaysia.

11. Kerajaan masih memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu. Kemasukan buruh asing ke negara ini tidak akan menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta keseimbangan pasaran buruh dalam negara kerana pekerja asing ini hanya dibenarkan bekerja di lima (5) sektor formal yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing sahaja iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.




Rabu, 10 Februari 2016

FGV To Purchase Up To 10% Of Shares For Employee Incentive Scheme #supportfgv

KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARY 2016 - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) has announced that it is establishing a Long Term Incentive Plan (LTIP) in the form of its first employee share grant scheme for eligible employees of FGV and its subsidiaries. 

The LTIP will see the company purchase up to 10% of its issued and paid-up ordinary share capital (excluding treasury shares, if any) over the 10 years duration for award to eligible employees that meet eligibility and performance criteria. 

"In an increasingly competitive market, this long term incentive plan will help FGV in attracting, retaining, motivating and rewarding top talent.

"For a global agri-business leader and one of the largest palm oil companies in the world, having the right talent is a key performance differentiator, enabling us to grow further as a Group and ultimately drive improved long term shareholder value. 

"We are very pleased to introduce this plan to better reward our dedicated team, without whom we would not be the global company we are today," said Group President and CEO, Dato' Emir Mavani Abdullah.

LTIP will further align interests of employees with the Group, increasing focus on long term financial performance and shareholders' value enhancement via employee equity participation. The increased level of employee ownership will serve as a means of additional motivation, and will have a positive impact on individual performance and contributions to the Group.

"We are excited to begin this new stage of our journey together, and look forward to improved performance and increased value for our shareholders over the long term," said Dato' Emir.

The LTIP will have no dilutive impact on current shareholdings, as shares will be purchased from the market over 10 years. Purchases will be internally funded.

Selasa, 9 Februari 2016

MUKA TIGA BERADIK YANG MEMANG TAK BOLEH PAKAI #SCS

Masih ingat lagi muka 3 beradik di bawah? Atau masih kenal lagi siapa mereka? Kalau tak kenal rasanya kena makan kismis banyak banyak untuk menguatkan ingatan.


Ketiga tiga mereka inj adalah adik beradik yang satu masa dulu berantakan sehingga ada yang tak mengaku bahawa mereka adalah adik beradik kandung.

Tapi kini semuanya berubah apabila Azmin Ali menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dan bermulalah episod bermuka muka dikalangan mereka.

Si Azmin Ali sudah tentulah dengan sikapnya yang lebih kepada politikus hingga membuatkan rakyat Selangor kini berada dalam ketakutan dengan penularan penyakit denggi yang begitu merisaukan.

Yang si Azwan Ali pula seperti biasa nak kata lelaki pun bukan nak kata perempuan pun bukan, duduk di tengah tengah dengan keceluparan mulutnya.

Dan yang paling menyesakkan mata ialah Umi Hafilda yang satu masa dulu begitu kuat menghentam Azmin Ali sehingga mendedahkan kononnya isteri Azmin mempunyai hubungan terlarang dengan Anwar Ibrahim hinggakan Azmin mwndapat layanan istimewa dari Anwar.

Itu dulu, tapi sekarang Umi mendiamkan diri daripada menyerang Azmin yang kita semua tahu banyak masaalah dengan sistem kewangan di negeri Selangor.

Umi Hafilda tak bertanya langsung tentang kemana duit baik pulih pintu gerbang, kubah masjid, malah isu DEIG juga tidak langsung di sentuh oleh Umi Hafilda.

Dari apa yang Sangkakala dengar, Umi sekarang pun dah bersenang lenang dengan apa yang di taburkan oleh Azmin bagi menutup mulut supaya tidak terus menyerang Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

Nampaknya Umi dah dibeli oleh Azmin dan adakah itu merupakan perancangan utama Umi satu masa dulu?

Walau apa pun disini Sangkakala nak bagi tau bahawa, rakyat Selangor perlu bangkit untuk mempersoalkan kemana wang yang diperuntukka  untuk beberapa pembinaan dan baik pulih bangunan kerana harga yang disebut adalah amat tidak munasabah.

Dan rakyat Selangor juga perlu mempertahankan kewangan Selangor kerana ianya adalah hak rakyat negeri Selangor yang sedang di rompak oleh Azmin dengan kuncu kuncunya.



ADUN PAYA JARAS BUTA BUDAYA RUPANYA #SCS

Sejak semalam kecoh dalam laman sosial gambar seorang ADUN dari PAS yang mewakili kawasan Paya Jaras mengenakan pakaian ala ala dewa semasa sambutan tahun baru cina.


Kalau nak dikira dengan jawatan yang disandang dalam PAS di peringkat negeri, adalah amat memalukan seorang ADUN mengenakan pakaian sebegini walaupun dalam perayaan.

Jika pakaian tersebut adalah pakaian biasa yang dipakai oleh kaum cina boleh maaf lagi la, tapi kalau dah pakai sama macam dewa tu agak melampau.

Takkan YB Khairudin tak boleh nak beza yang mana pakaian biasa dan yang mana luar biasa. Kalau itu pun tak boleh beza rasanya tak layak nak jadi wakil rakyat.

Lagi satu Sangkakala tengok, YB Khairudin ni juga tak kurang ilmu agama, agak mustahil juga kalau tak tau hukum hakam bab berpakaian ni atau orang Paya Jaras tertipu dengan agama separuh separuh ni.

Lepas ni kita tengok apa pula si Khairudin ni nak buat.



Sabtu, 6 Februari 2016

AZMIN ALI LEBIHKAN PROJEK BERBANDING KESIHATAN RAKYAT #SCS

Sepertimana yang kita dengar dan seperti yang Sangkakala tulis siang tadi, puluhan juta diperuntukkan untuk beberapa projek di negeri Selangor.

Tapi bagaimana pula dengan kesihatan rakyat dan penduduk di Selangor? Apakah tindakan dan perancangan kerajaan negeri untuk menangani beberapa penyakit khususnya denggi?

Berikut adalah carta tentang perbandingan penyakit denggi di negeri negeri dalam Malaysia.


Denggi merupakan penyakit utama yang melanda Selangor dan negeri tersebut juga merupakan juara diantara negeri negeri dalam Malaysia.

Persoalannya seperti tadi, apa tindakkan yang diambil oleh kerajaan negeri dan apa pula perancangan yang sedang di fikirkan oleh kerajaan negeri bagi menangani wabak ini daripada terus menghantui rakyat?

Puluhan juta ďi peruntukkan untuk projek menaik taraf bangunan dan sebagainya tetapi untuk menaik taraf kesihatan rakyat nampaknya ditinggalkan di belakang.

Mungkin pada awalnya dulu rakyat melihat Azmin sanggup turun ke longkang dan parit untuk menunjukkan bahawa beliau begitu prihatin dengan kesihatan rakyat tapi seperti biasa ianya hanyalah retorik semata mata untuk mengaburi mata rakyat.

Sehingga sekarang, tidak ada apa apa yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah tersebut dan masalah kesihatan ini dilihat tidak akan berkurangan, malah ianya akan menjadi lebih parah apabila kerajaan negeri langsung tidak mengendahkan permasaalahan tersebut.


AZMIN ALI KUMPUL KEWANGAN UNTUK LANGGAR WAN AZIZAH #SCS

Banyak diperkatakan tentang projek projek di Selangor yang mana ianya melibatkan kos yang agak tidak masuk akal didedahkan oleh ahli PKR seumur hidup Chegu Bard.

Pertikaian demi pertikaian dilakukan namun Azmin Ali membisu seribu bahasa tidak menjawab tentang pembinaan pembinaan dan membaik pulih beberapa bangunan di Selangor.

Sebagai contoh, baik pulih pintu gerbang yang memakan belanja hampir 10 juta ringgit dan baik pulih kubah masjid Shah Alam yang menelan belanja lebih 30 juta ringgit.

Persoalannya kenapa berlaku perkara seperti ini?


Umum mengetahui bahawa pada pemilihan PKR penggal lepas, Anwar Ibrahim telah menyelamatkan Wan Azizah dalam mengekalkan jawatan presiden parti berkenaan dengan mencalonkan dirinya sendiri merebut jawatan Presiden dan kemudiannya menarik diri pada saat akhir setelah melihat tidak ada sesiapa yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan berkenaan.

Tapi dengan terbukti kebersalahan Anwar meliwat Saiful dan dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun telah membuka pintu seluas luasnya untuk seseorang bertanding merebut jawatan tersebut daripada Wan Azizah pada penggal akan datang dan orang yang paling hampir sekali ialah Azmin Ali.

Kita semua telah melihat bagaimana Azmin Ali potong konar semasa pergolakan Menteri Besar Selangor satu ketika dulu dimana Wan Azizah yang sepatutnya menduduki kerusi berkenaan dinafikan apabila Azmin dengan pantas merebut peluang.

Satu kerugian telah berlaku dimana ADUN Kajang pada ketika itu yang sedang sihat diminta untuk melepaskan jawatan bagi memberikan laluan kepada Wan Azizah untuk bertanding dan seterusnya menjadi Menteri Besar.

Disini sahaja sudah jelas kelihatan bagaimana liciknya Azmin Ali mengambil kesempatan. Peluang dan ruang tidak dilepaskan begitu sahaja dan apa yanh terhidang di depan mata terus dilahap dengan rakus.

Adalah tidak mustahil jika segala projek yang menelan belanja jutaan ringgit ini adalah salah satu usaha Azmin untuk mencari dana bagi menjayakan kehendak beliau untuk menjawat jawatan presiden PKR.

Dan yang menjadi mangsa pada ketika ini adalah rakyat Selangor dimana segala kekayaan dan pendapatan negeri mengalir seperti air di sungai hanya semata mata untuk memenuhi kehendak dan kemahuan.

Kita akan dapat saksikan nanti apabila sampai masanya pemilihan PKR dan pada ketika itu, Azmin akan masuk bertanding memandangka  sudah tidak ada tembok perisai untuk Wan Azizah mengekalkan jawatan sebagai Presiden.



Jumaat, 5 Februari 2016

TERTIPU DENGAN RAFIZI !!! RAMAI YANG GIGIT JARI #SCS

Apabila Lembaga Tabung Haji mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memberikan dividen sebanyak 8 peratus pada tahun ini, ramai yang berputih mata kerana telah mengeluarkan simpanan mereka selama ni.

Rafizi yang selama ni bijak memainkan peranan dalam menjatuhkan kredibiliti Badan Berkanun, anak syarikat malah kerajaan sendiri berjaya menipu beberapa orang hingga mereka terkebil kebil melihat para penyimpan dalam Tabung Haji memperolehi dividen.

Diam tak diam, Rafizi sendiri mempunyai deposit bernilai lebih 400 ribu dalam Tabung Haji dan sudah pasti imbuhan sebanyak lebih 32 ribu diperolehi tahun ini sahaja.


Dan sekarang bagaimana pula dengan penyimpan yang telah mengeluarkan deposit mereka pada tahun lepas gara gara mendengar kata kata Rafizi bahawa Tabung Haji akan mengalami pelbagai masalah dan ianya akan menjejaskan penyimpan?

Adakah penyimpan ini akan memperolehi sepertimana yang diperolehi oleh mereka mereka yang masih percaya dan yakin terhadap Tabung Haji?

Sepatutnya, semua yang pernah menyimpan dan mengeluarkan simpanan apabila mendengar dakyah Rafizi ni pergi berjumpa semula dengan dia dan tanya adakah dia akan memberikan dividen kepada mereka yang membuta tuli mendengar kata kata dulu.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna, Rafizi memperolehi keuntungan puluhan ribu ringgit tapi yang lain gigit jari.


Rabu, 3 Februari 2016

NEW LEVY FOR FOREIGN WORKERS #supportfgv

MEDIA STATEMENT
GROUP PRESIDENT / CHIEF EXECUTIVE OFFICER
Date:   3 February 2016
Subject: New levy for foreign workers

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) appeals for the Government to reconsider its decision to increase the levy for foreign workers in the plantation sector effective 1 February 2016. The new levy imposed for workers in the plantation sector is a significant jump of 154% from RM590 to RM1, 500, an increase of RM910.

Previously on Budget 2016, the Government had announced minimum wages increase from RM900 to RM1, 000 for peninsular and RM800 to RM920 per month for East Malaysia starting 1st July 2016.

FGV will comply on the Government requirement on Budget 2016 and currently, FGV is already paying minimum wage across Malaysia at RM900 per month even including Sabah & Sarawak the minimum wage requirement is only RM800.

This sudden move would push the company's costs drastically. We would like to highlight that the palm oil industry as a whole has been affected by the slump in CPO price and the strengthening of the US dollar. CPO price has slumped to a six-year low in August 2015 and the US dollar strengthened against the ringgit by 18% with the US Dollar and Ringgit exchange rate closing at a high of 4.45 in December.

Best Regards,
Dato' Mohd Emir Mavani Abdullah


Selasa, 2 Februari 2016

AFDLIN SHAUKI !!! ARTIS YANG CEMBURU DENGAN KEJAYAAN MELAYU

Nampaknya ramai yang tak berapa selesa apabila Datuk Sri Vida yang merupakan pengasas produk Qu Putih mendapat layanan istimewa di beberapa rangkaian TV di Malaysia.

Ini termasuk juga seorang artis yang kononnya akan mengkritik jika didapati sesuatu yang tidak betul sedang berlaku.


Nak juga Sangkakala tanya pada Afdlin Shauki tentang maksud 'BAGI MUKA' yang dikatakan oleh beliau terhadap TV3 tentang promosi produk Dato Vida.

Beginilah bro Afdlin, lepas ni kamu tak payah berlakon atau jadi artis lagi sebab tak berapa elok juga kalau syarikat penerbitan terlalu 'BAGI MUKA' pada kamu untuk berlakon seperti mana yang kamu katakan tu.

Untuk makluman, mana mana syarikat akan melakukan promosi bagi menambah jualan produk mereka dan dalam kes ini, Dato Vida dilihat amat ke hadapan dalam membuat promosi.

Untuk mempromosikan sesebuah produk juga bukanlah percuma dan ianya harus dibayar kepada pihak yang akan menayangkan produk produk berkenaan.

Sebagai seorang artis dan seorang pengarah filem, takkan Afdlin Shauki tak tau benda benda ni atau sememangnya Afdlin cemburu dengan perniagaan Melayu berkembang maju.

Sudah sudahlah Afdlin, nak cari populariti tu biarlah dengan usaha sendiri, bukannya dengan cara mengkritik orang lain sehingga kita dilihat sebagai artis BODOH tak tau apa.