Rabu, 24 Februari 2016

JUTAAN RINGGIT PERUNTUKAN UNTUK BAHAN BACAAN SEMASA KHUTBAH JUMAAT #scs

Kerajaan Selangor rasanya ada mempunyai exco agama Islam dan juga ada penasihat agama Islam tetapi apa yang berlaku dalam konteks Islam itu sendiri dengan sewenang wenangnya dilanggar demi kepuasan pemimpin kerajaan.

Sangkakala katakan begitu dengan merujuk akhbar tabloid keluaran kerajaan Selangor yang diedarkan di masjid masjid pada setiap hari Jumaat sebelum waktu solat dan ianya menjadi bahan bacaan semasa khutbah sedang dibacakan.


Membaca sesuatu hingga mengakibatkan kelalaian semasa Khutbah Jumaat rasanya akan menjejaskan solat Jumaat itu sendiri dimana khutbah jumaat adalah salah satu syarat sah solat Jumaat.

Baca DISINI

Tapi seperti yang kita ketahui, masjid masjid di sekitar negeri Selangor akan dibekalkan dengan akhbar berkenaan dan para jemaah biasanya akan mengambil akhbar tersebut untuk dijadikan bahan bacaan semasa khutbah.

Puluhan juta ringgit peruntukan dikatakan untuk menghasilkan akhbar ini dan hasilnya hanyalah gangguan semasa khutbah sedang berlangsung.

Apakah penasihat agama kerajaan Selangor dan exco agama yang sudah pastinya beragama Islam tidak tahu atau tidak mengerti serta tidak peka dengan perkara ni?

Mungkin jawapan yang diberikan oleh kerajaan Selangor ialah, "kita tak suruh baca semasa khutbah" ianya tidak akan menjadi alasan untuk menguatkan pengedaran di masjid masjid kerana apabila edaran dibuat maka ianya adalah penggalakkan kepada jemaah untuk cenderong kearah pembacaan semasa khutbah sedang dibacakan oleh khatib.

Apakah peruntukan yang diberikan ini untuk mengganggu khutbah?

Nampaknya kerajaan Selangor takkan peduli dengan perkara ini, janji niat mereka tercapai kerana dalam akhbar berkenaan bukan sahaja memaparkan perkara perkara yang boleh memecah belahkan umat, ianya juga dilihat ada beberapa unsur fitnah dan ianya disebarkan di rumah Allah tanpa merasa bersalah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan