Sabtu, 6 Februari 2016

AZMIN ALI LEBIHKAN PROJEK BERBANDING KESIHATAN RAKYAT #SCS

Sepertimana yang kita dengar dan seperti yang Sangkakala tulis siang tadi, puluhan juta diperuntukkan untuk beberapa projek di negeri Selangor.

Tapi bagaimana pula dengan kesihatan rakyat dan penduduk di Selangor? Apakah tindakan dan perancangan kerajaan negeri untuk menangani beberapa penyakit khususnya denggi?

Berikut adalah carta tentang perbandingan penyakit denggi di negeri negeri dalam Malaysia.


Denggi merupakan penyakit utama yang melanda Selangor dan negeri tersebut juga merupakan juara diantara negeri negeri dalam Malaysia.

Persoalannya seperti tadi, apa tindakkan yang diambil oleh kerajaan negeri dan apa pula perancangan yang sedang di fikirkan oleh kerajaan negeri bagi menangani wabak ini daripada terus menghantui rakyat?

Puluhan juta ďi peruntukkan untuk projek menaik taraf bangunan dan sebagainya tetapi untuk menaik taraf kesihatan rakyat nampaknya ditinggalkan di belakang.

Mungkin pada awalnya dulu rakyat melihat Azmin sanggup turun ke longkang dan parit untuk menunjukkan bahawa beliau begitu prihatin dengan kesihatan rakyat tapi seperti biasa ianya hanyalah retorik semata mata untuk mengaburi mata rakyat.

Sehingga sekarang, tidak ada apa apa yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah tersebut dan masalah kesihatan ini dilihat tidak akan berkurangan, malah ianya akan menjadi lebih parah apabila kerajaan negeri langsung tidak mengendahkan permasaalahan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan