Mungkin ramai yang mengatakan bahawa ini adalah kerja gila, tetapi ini adalah kenyataan yang seharusnya diterima bagi mereka yang inginkan saham tetapi bukan pemain dalam bidang pasaran.
Sangkakala nak bagi contoh disini, apabila seseorang membeli emas, maka mereka perku membuat simpanan paling tidak dalam jangka masa 5 ke 10 tahun baru harga emas tadi meningkat sekali atau setengah kali ganda dari harga belian dan jika mereka membuat jualan pada ketika ini maka keuntungan sudah pasti mereka perolehi.
Sepertimana pula dengan saham, contohnya saham FGV yang kini dilihat agak merudum.
Bagi pemain dalam jual beli saham, membeli saham FGV pada ketika ini adalah kerja gila kerana mereka ini adalah peniaga yang meniagakan saham saham syarikat atau kata lain, mereka memerlukan keuntungan masa singkat untuk meneruskan perniagaan mereka.
Mungkin ada lagi yang tidak faham. Saham FGV dibuka pada awalnya bernilai lebih dari RM 4 seunit dan ini bermaksud harga satu lot saham FGV melebihi RM 4 ribu bagi setiap lot.
Ini tidak memungkinkan kemampuan anak anak muda khususnya Melayu untuk memiliki saham syarikat yang bakal menjadi syarikat ladang gergasi dunia apabila melakukan pembelian saham milik PT Eagle dari Indonesia nanti.
Tapi pada masa kini, harga saham berkenaan berada pada paras RM 1.21 seunit dan ini bermakna satu lot saham FGV bernilai RM 1210.
Jika pembelian dibuat satu lot maka pembeli akan menerima 1000 unit saham FGV.
Bayangkan jika disimpan sehingga 1 tahun dan saham ini meningkat daripada RM 1.21 kepada RM 2, maka keuntungan jika melakukan jualan pada ketika itu adalah sebanyak RM 0.79 untuk satu unit dan jika mereka memiliki 1000 unit maka keuntungan diperolehi adalah sebanyak RM 790.
Tapi malangnya hari ini, lebih ramai yang suka membuat spekulasi seolah olah mereka ini adalah pemain hebat dalam bursa saham dan memiliki saham yang bernilai jutaan ringgit sedangkan satu unit pun tak ada.
Sangkakala ada terjumpa seorang anak muda baru baru ini dan beliau sendiri mengesahkan bahawa orang Melayu merupakan minoriti dalam pembelian saham berbanding kaum cina dinegara ini dan mereka (kaum cina) melakukan perkara sama dimana mereka ini melakukan pembelian dan kemudiannya menyimpan saham berkenaan tanpa diniagakan sehingga ke satu masa dimana setelah keuntungan dilihat barulah saham berkenaan dijual semula.
Untuk makluman, komoditi seperti kelapa sawit memang mengalami turun dan naik dalam pasaran saham antarabangsa dan ini adalah perkara biasa.
Kejatuhan saham tidak dapat dielak, tetapi kenaikan saham juga tidak dapat dihalang apabila permintaan untuk produk hasilan kelapa sawit mendapat permintaan tinggi dunia.
Jadi kepada anak anak muda, ini masanya untuk anda semua melakukan pembelian dan simpanan saham berkenaan tapi yang paling penting ialah simpan sehingga saham berkenaan naik dan mendatangkan keuntungan barulah melakukan jualan.
Hahaha, menarik lawak posting ini. Bagi yang baru nak melabur, eya mungkin, saya kata mungkin, akan Ada keuntungan Suatu masa yang akan datang, tak tahu bila. Tetapi yang membeli saham fav.pada harga ipo, Cuba nyatakan, untung atau rugi?
BalasPadammakin parah mentaliti melayu skrg ni...duit jatuh dikatanya bagus...saham jatuh pn dikatanya bagus....sok2 m'sia kena jual pn bagus jgk sbb x pyh kita tadbir dh sbb dh ada org tadbirkan utk kita....tutup je lah blog ni...makin hr makin ba****g je aku tengok
BalasPadamKesian pada kedua2 orang yang komen diatas ni. Kalau tak tau melabur jangan cakap banyak. Pelaburan ada dua, satu jangka pendek dan satu lagi jangka panjang. Tapi yang dua2 mangkuk tukang komen kat atas ni dah pasti akalnya pendek. Nak kata pemain saham tak nampak sebab tak tau tentang jangka masa saham.
BalasPadam