Besar mana sangat setakat perbelanjaan nak bagi pada 100 fakir miskin tu makan tambahan pula dengan sumber kewangan sebagai ahli parlimen dua orang wakil rakyat ni.
Kalau sorang fakir miskin makan sebanyak RM 50 pun baru RM 5 ribu perbelanjaannya dan Sangkakala yakin ianya tidak menjadi kudis kepada mereka berdua.
Apa yang Sangkakala nak sampaikan sebenarnya ialah, beginilah sikap wakil rakyat PAS yang kemaruk dengan kuasa, tanpa berfikir panjang dan waras mereka sanggup berBAI'AH demi untuk mencapai apa yang dihajati.
Adakah mereka tahu bahawa walaupun memberikan makan kepada fakir miskin berkenaan, mereka boleh dikira sebagai munafik kerana ingkar dengan janji atau sumpah yang dilafazkan.
Kerana kuasa mereka berBAI'AH..dan kerana kuasa juga mereka melanggar BAI'AH seperti mana yang kita lihat kini.
Bersumpah dengan nama Allah kini jadi permainan dikalangan ahli wakil rakyat PAS.
Bila nak jawatan mereka bersumpah, kemudian bila rasa tak puas hati, mereka ingkari sumpah tersebut sebab apa? Sebab mereka tahu hanya dengan memberikan makan kepada 100 orang fakir maka segala hutang mereka lunas.
Ini pemimpin yang nak dijadikan sumber bagaimana nak memerintah cara Islam? Nauzubillahiminzalik..semoga Allah pelihara kita dari bala bencana diatas kemunafikan mereka mereka ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan