Khamis, 15 Januari 2015

SEBUAH JABATAN BARU PERLU DIWUJUDKAN @NajibRazak

Sangkakala hari ni berjumpa dengan sorang rakan yang boleh dikatakan sebagai orang lama tapi mempunyai pandangan yang amat jauh ke hadapan untuk golongan muda.

Setelah bersembang dan berbincang, sahabat yang lebih selesa di panggil dengan gelaran abang Din ini mengutarakan satu pandangan yang Sangkakala lihat amat bagus untuk golongan muda.

Abang Din mengatakan bahawa sebuah jabatan baru atau lebih baik sebuah kementerian baru diwujudkan untuk menjaga golongan muda selain daripada kementerian Belia dan Sukan yang ada sekarang.

Kementerian atau jabatan baru ini dinamakan sebagai Kementerian atau Jabayan Hal Ehwal Orang Muda dimana fungsinya adalah untuk melihat atau menjaga kebajikan orang orang muda.

Jika kementerian Belia dilihat cukup untuk menjaga golongan belia tetapi jabatan yang diketuai oleh orang muda perlu diwujudkan dan dengan itu barulah akan menampakkan kerajaan benar benar serius dalam menjaga kebajikan golongan tersebut.

Kementerian atau jabatan ini pula perlu diketuai oleh orang muda yang berumur dibawah 35 tahun dan jika ketua berkenaan meningkat kepada umur 36 tahun maka secara outomatik beliau akan gugur dari jawatan tersebut serta digantikan dengan orang lain.

Ini juga Sangkakala lihat amat bertepatan dengan parlimen belia yang ditubuhkan dengan harapan untuk melatih mereka mereka (golongan muda) untuk menjadi pemimpin yang berkaliber di masa hadapan.

Sangkalala harapa agar apa yang diutarakan oleh abang Din menjadi realiyi dan bukannya fantasi demi menjaga golongan muda.

Bukan Sangkakala mengatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan tapi sesuatu perlu dilakukan untuk membawa golongan muda ke arah satu tujuan iaitu membendung perkara negatif dan membawa golongan muda ke satu arah pembaharuan.

Kementerian Belia dan Sukan boleh menjadi induk kepada jabatan hal ehwal orang muda dan jabatan tersebut boleh memberi fokus kepada golongan tersebut dengan lebih terancang serta tersusun.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan