Tapi adakah mereka tahu bahawa kerajaan Selangor sedang cuba mengkambing hitamkan UMNO Selangor dengan terus mendesak supaya Barisan Nasional menamakan seorang ketua pembangkang yang baru menggantikan YB Dato' Samsuddin Lias.
YB Datuk Seri Noh Omar dalam sidang medianya tengah hari tadi ada menyebut bahawa Speaker Dewan Undangan telah menghantar surat kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional untuk menamakan seorang Ketua Pembangkang yang baru.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu, Dewan telah menetapkan bahawa Ketua Pembangkang adalah WAJIB untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Awam negeri dan ini bermakna setiap bajet kerajaan negeri akan disemak dan diteliti oleh jawatankuasa ini sebelum diluluskan.
Ianya dilihat amat bagus dan bertepatan dengan apa yang kononnya diamalkan oleh Kerajaan PR di Selangor iaitu ketelusan pengurusan kewangan dan perbelanjaan negeri.
Apa yang menjadi permasaalahan disini ialah, anggota jawatankuasa ini terdiri daripada 6 orang ahli jawatankuasa berserta dengan seorang Pengerusi yang menjadikan ianya 7 orang kesemuanya.
Sepatutnya untuk memberi keseimbangan kepada suara Jawatankuasa, maka 3 wakil dari kerajaan dan 3 wakil dari pembangkang diletakkan didalam jawatankuasa tersebut tetapi ianya tidak berlaku.
Apa yang berlaku ialah, daripada 6 orang ahli jawatankuasa, 5 dari kerajaan dan 1 wakil dari pembangkang dan seorang pengerusi dari pembangkang diletakkan.
Ini akan membuatkan kehilangan suara untuk membuat bantahan jika ada kepincangan dalam pengurusan kewangan negeri kerana kelima lima wakil dari kerajaan sudah pasti akan menyokong perbelanjaan kerajaan negeri.
Jika perkara ini berlaku, maka sekiranya ada pertanyaan atau pertikaian tentang perbelanjaan maka kerajaan negeri dengan mudah dan sewenang wenangnya akan mengatakan bahawa ianya diluluskan oleh Jawatankuasa Kira Kira Awam dan ianya dipengerusikan oleh YB ADUN dari Pembangkang (BN).
Kesalahan atau kesilapan ini akan diletakkan bulat bulat diatas kepala pengerusi Jawatankuasa sedangkan ahli jawatankuasanya diplopori oleh wakil dari kerajaan.
Tidak mustahil dengan pendekatan ini maka akan ada lebih lagi penyelewengan dalam pengurusan kewangan negeri kerana sudah ada orang yang akan memikul tanggungjawab untuk dipersalahkan.
Berbalik kepada jawatan Ketua Pembangkang tadi, kenapa ianya hanya ditujukan kepada Barisan Nasional sedangkan didalam Dewan Undangan Negeri ada 3 pihak sebenarnya, satu kerajaan, satu pembangkang dan satu lagi bebas.
Ketua pembangkang tidak semestinya diketuai oleh ADUN pembangkang, ianya juga boleh diwakili oleh ADUN bebas dan ADUN bebas tidak diberi surat untuk menamakan dirinya sebagai calon Ketua Pembangkang.
Bekas Menteri Besar Selangor juga adalah layak untuk mengisi jawatan tersebut dan layak untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa kira kira negeri.
Dalam undang undang tubuh kerajaan negeri, tidak dimasukkan bahawa adalah menjadi kewajipan kepada sidang Dewan untuk mempunyai ketua pembangkang dan namun ianya boleh dilantik melalui konvension.
Jadi disini desakan untuk menamakan Ketua Pembangkang oleh kerajaan Selangor mempunyai agenda tertentu dan apa yang Sangkakala lihat, ianya tidak lebih daripada untuk menjadikan Jawatankuasa Kira Kira sebagai satu kubu untuk berselindung daripada memperlihatkan kepincangan atau penyelewengan pengurusan kewangan negeri.
Itu adalah hakikat sebenar dan ianya sudah pasti akan berlaku dan ini adalah agenda yang disembunyikan oleh PR dalam mengaburi mata rakyat untuk menunjukkan bahawa mereka telus kononnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan