Isnin, 20 Oktober 2014

MENTERI RASMIKAN DEMO ??? MACAM PELIK JE @jureyrosli @shaberyc

Agak janggal pula bila Sangkakala dengar Menteri nak rasmikan demo berkenaan dengan tuntutan Persatuan Penerbit melalui kempen 'Switchoff14'.


Tambahan pula bila ada memorandum yang akan diserahkan kepada kerajaan melalui Menteri berkenaan takkan le nak dibuat perasmian.

Kalau dah boleh panggil Menteri nak rasmi, kenapa tak serah je tanpa melakukan demo dan menurut apa yang diberitakan, Jurey selaku presiden persatuan penerbit dan beberapa penerbit lain pernah menghantar memorandom namun tidak diberi perhatian, takkan kali ni boleh pulak?

Lupakan dulu kisah pelik ni, apa yang Sangkakala nak sebutkan ialah, kenapa persatuan penerbit tidak menghentam rangkaian rangkaian television? Kenapa memorandom perlu diberikan kepada kerajaan?

Bukan semua berada dibawah kuasa kementerian kerana stesen stesen television milik swasta adalah mengikut acuan pentadbiran mereka sendiri.

Bertambah pelik cerita ni kan? Macam ada udang di sebalik batu je dengan semua kejadian ni.

Walau apa pun, tindakan Presiden Persatuan ini yang cuba mengumpul beberapa penerbit serta penggiat seni melalui persatuan adalah amat tidak wajar kerana mengikut apa yang Sangkakala dengar, cerita ini sudah berlanjutan selama 20 tahun.

Itu sebenarnya bukanlah satu masa yang pendek, tapi tahun ini pula demo hendak diadakan, itu pun selepas beberapa buah syarikat milik Jurey dikatakan tidak lagi nenerima airtime untuk program TV.

Persoalan demi persoalan singgah di kepala Sangkakala dan ianya bertambah rumit untuk difikirkan, yelah dengan sebegitu lama perkara ini terpendam, dengab dakwaan mengatakan akan dirasmikan oleh Menteri segalanya masih menjadi misteri seperti rancangan Misteri Nusantara pulak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan