Apa dah jadi semua ni? Setahu Sangkakala, pemimpin tertinggi di negeri negeri di Malaysia adalah orang Melayu beragama Islam kecuali di negeri Pulau Pinang sahaja ianya diberika kepada orang Cina.
Kenapa perkara ini boleh diberi kebenaran pula dan yang hadir Sangkalala lihat melalui laman facebook adalah dari kalangan orang Melayu Islam yang bertudung litup, apakah mereka kini sudah tidak peduli lagi akan halal atau haram?
Ada pula yang sanggup mengeluarkan fatwa sendiri dengan mengatakan bahawa pegang anjing yang tidak basah adalah tidak haram dan yang lebih bagus sekali ialah ada yang mengatakan bahawa berpegangan tangan dengan bukan muhrim boleh kenapa anjing tak boleh.
Ni mana punya amalan pula ni, dah ada mazhab baru ke dalam negara Malaysia ni agaknya.
Yang haram tetap haram, tak kira la anjing atau bukan muhrim, ianya tetap haram dan tak boleh ada satu pun yang mampu untuk menidakkan perkara tersebut.
Kita berbalik kepada 'Octoberfest' pula. Nampaknya cubaan untuk mengheret program tersebut dengan kerajaan negeri Melaka baru baru ini oleh DAP yang menjadi 'Mastermind' tidak kesampaian apabila Ketua Menteri Melaka mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa kerajaan Melaka tidak pernah meluluskan mana mana penganjuran syarikat swasta atau badan bukan kerajaan untuk menjayakan program yang bertentangan dengan syariah seperti siaran akhbar dibawah.
Walau pun sebelum itu ada cubaan yang mengatakan bahawa negeri Melaka juga meluluskan Octoberfest yabg mana ianya adalah pesta arak, namun ianya tidak berjaya malahan ada dikalangan pemimpin PR yang cuba untuk menjadi jentera kepada DAP selaku 'kepala' provokasi terkedu apabila Ketua Menteri Melaka mengeluarkan kenyataan akhbar tersebut.
Semalam satu lagi kejutan berlaku dimana program 'Malam Cinta Rasul' yang telah diadakan di Stadium Hang Tuah, berjaya menarik tidak kurang 30 ribu hadirin dan seperti biasa, Ketua Menteri Melaka membacakan doa diakhir program berkenaan.
Ini yang Sangkakala katakan beza diantara dua orang pemimpin Melayu dan Islam di dua buah negeri yang berbeza kerajaannya.
Sebuah negeri diperintah oleh Pakatan yang mana kerusi DUN nya dimiliki oleh PAS yang memperjuangkan Islam kononnya namun bersiam diri dengan dua perkara diluar batas Islam, satu pesta arak yang terpaksa ditutup mata dan dipekakkan telinga oleh PAS kerana undi dan satu lagi kempen 'pegang anjing' yang juga terpaksa ditutup mata dan dipekakkan telinga oleh pemimpin PAS, kerana apa? Kerana gendang yang dipalu oleh DAP dan ditarikan oleh PKR hanya mampu ditonton oleh PAS walaupun memiliki suara yang besar.
Berbeza pula dengan pemimpin dari sebuah negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional khususnya UMNO yang mampu untuk menolak perbuatan yang boleh dikatakan menghina Islam dan bukan itu sahaja, malah mampu untuk mengetuai bacaan doa.
Jadi kepada para pengikut PAS, jalan sudah dibuka, gunakanlah akal sebaik mungkin untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk, janganlah anggap musuh itu sebagai musuh selamanya dan janganlah anggap rakan itu baik diakhirnya.
DAP telah membuktikan siapa mereka, untuk meraih undi maka PAS kan dilambung tinggi melangit, tapi suara babtahan PAS untuk menegakkan syiar Islam akan dipijak serta diinjak injak sedalam mungkin hingga suara itu tenggelam.
Fikir fikirkanlah....tepuk dada tanyalah iman.....
Anjing ni Malaikat rahmat tak rapat, mk terjauhlah manusia manusia liberal ni dr rahmat Allah swt.
BalasPadamTp apa nak dikata, "wa aksaruhum fasikun", ada mrk kesah.
Disebabkan babi, anjing, rasuah bla bla bla.. adalah haram, maka taraf UMNU cenggitu la jugak pasal pernah di HARAM kan! Kah kah kah kah.. Haramjadah!
BalasPadamLidah kau mcm haramjadah..jaga2 nanti lidah kamu tumboh kudis. Tak d lidah d anuu mu itu. Ouchhh.
PadamNajib oooh uuuhn Najib..
BalasPadamKerana Kebodohan Kau, Kebagnggangan Kau Kebahlulan Kau Ketololan Kau, Kau bawa sial 1 Malaysia
Kita jangan cakap orang tu bodoh.orang nie bodoh.takut nanti kita yang bodoh.
PadamHaktuihhh
BalasPadam