Jumaat, 26 September 2014

#haramjadah PENGIKUT PAS YANG TAK TAU BEZA ANTARA ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Bila dilihat pada keadaan semasa masa kini, adalah amat mengecewakan apabila ada dikalangan pengikut PAS yang tidak tahu membezakan diantara Islam dan bukan Islam dalam mereka menentukan siapa musuh mereka.


Sangkakala nak tanya juga pada si Ghafar ni, sejauh mana perjuangan PAS berkenaan dengan Islam sampai Iblis begitu gembira dengan kekalahan calon PAS di Pengkalan Kubor?

Kalau nak didedahkan, Sangkakala yakin yang Sangkakala akan menulis selama 3 hari 3 malam untuk memaklumkan apa sahaja yang dilakukan oleh PAS selama ini hingga bukan sahaja pengundi Pengkalan Kubor harus menolak mereka bahkan seluruh pengundi di Malaysia perlu melakukan perkara sama.

Kita pernah dikejutkan dengan peritiwa memali dimana Ustaz Ibrahim Libya telah terkorban apabila ingin berjihad kononnya menegakkan syiar Islam sedangkan segala kebajikan tentang Islam memang telah dititik beratkan semenjak sebelum merdeka lagi.

Ini semua berpunca apabila Haji Hadi mengeluarkan amanat bahawa memerangi kerajaan Barisan Nasional adalah jihad dan jika terkorban maka kematian mereka adalah syahid, hingga kini, semua pengikut PAS masih menyalahkan UMNO/BN kononnya yang menjadi punca insiden tersebut.

Begitu juga dengan perilaku pemimpin PAS yang lain dan yang kedua Sangkakala ambil tentang Mat Sabu yang merupakan Timbalan Presiden PAS yang dikatakan telah melakukan perkara sumbang bersama isteri rakannya sendiri dan kemudian menafikan perkara tersebut dan akhirnya menjadikan wanita berkenaan sebagai isterinya pula dan adakah ini ajaran Islam?

Jadi untuk mengatakan bahawa Iblis gembira Sangkakala rasa adalah amat tidak tepat, tapi kalau dikatakan bahawa Allah menyayangi penduduk di Pengkalan Kubor agat tidak terus lena dan hanyut maka kemenangan diberikan kepada Barisan Nasional dan setinggi tinggi tahniah Sangkakala ucapkan kepada calon serta terima kasih kepada para pengundi.



1 ulasan: