Sabtu, 27 September 2014

A KADIR JASIN PELOPOR PEMUSNAH PEMIMPIN

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa A. Kadir Jasin, tetapi sebagai penulis atau ahli politik, rasanya sudah pasti akan mengenali beliau.

Semasa zaman pemerintahan atau zaman kepimpinan Tun Abdullah, kumpulan A.Kadir Jasin telah membuat persepsi buruk keatas kepimpinan beliau dan hingga terbawa bawa kepada kepimpinan Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kini apabila tiba di zaman kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, A. Kadir Jasin mula mempertikai kepimpinan Perdana Menteri pula dan apa yang menggelikan hati ialah, Kadir Jasin mengatakan bahawa kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah lebih baik berbanding dengan Pak Lah.

Nampak sangat bahawa Kadir Jasin akan sentiasa mencari kesalahan demi kesalahan kepimpinan tertinggi negara dalam usaha untuk mencapai apa yang beliau hajati.


Persoalannya, apa yang Kadir Jasin ni mahu? Adakah beliau memerlukan sesuatu atau mahu menuntut sesuatu agar diberikan kepada beliau hingga mendorong Kadir Jasin menghentam kepimpinan Datuk Seri Najib?

Kadir juga seolah olah cuba menjadi hero dengan mengatakan bahawa pada tahun 2008, kepimpinan Pak Lah adalah buruk dan telah diambil tindakan oleh UMNO sedangkan kepimpinan Datuk Seri Najib lebih buruk lagi tetapi tiada tindakan yang diambil.

Sangkakala rasa Kadir ni dah terlepas keretapi agaknya sebab beliau tidak mengetahui bahawa seramai 170 orang ketua ketua Bahagian telah pergi bertemu dengan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri telah memberikan penjelasan dengan terperinci tentang cara pentadbiran beliau.

Kita semua tahu bahawa di zaman Najib Razak, pelbagai perubahan telah dilakukan termasuk dari segi ekonomi dan sebagainya dan kita juga tidak lupa dengan segala usaha yang dilakukan oleh beliau.

Tapi dalam masa sama, apabila ada penyangak penyangak macam Kadir Jasin mula mempertikai kepimpinan Datuk Seri Najib, kita juga perlu melihat bahawa beliau mengambil tampuk pemerintahan yang telah sedia bermasaalah berbanding dengan Pak Lah yang mengambil tampuk pemerintahan di zaman wanginya UMNO.

Ini tidak didedahkan oleh Kadir Jasin kerana apa yang penting bagi beliau ialah mencuri peluang yang ada dan sekaligus mempertikai kepimpinan Datuk Seri Najib secara rambang.

Selalu mengatakan bahawa beliaubadalah pemerhati politik, tetapi Kadir Jasin mungkin buta atau membutakan diri beliau dan seterusnya menidakkan pembangunan terutamanya dari sudut ekonomi rakyat.

Adalah menjadi perkara biasa apabila baru sepenggal menjadi pemimpin, banyak keburukan yang perlu ditangani dan dihadapi oleh Perdana Menteri dan jika hanya dengan mengkritik, ianya tidaklah membantu seseorang pemimpin.



12 ulasan:

  1. Sudah laa lu blogger berbayar.
    Outsyedthebox tengah panggil blogger Umno mcm kau suruh jawab & defend Ah Jib Gor.
    Lu pegi jengok kat blog dia & pikir sendiri.
    Negara dah nak jahanam tapi blogger mcm kamu mana boleh faham .
    Mindset masih tak bebas untuk mengkritik pemimpin sendiri yang jelas banyak melakukan kesilapan .
    Orang macam kamu tidak akan nampak reality sebenar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lu ni buta ke hapa? Gua rasa kadir ni yang dibayar. So tak perlu la lu nak defend lebih sangat org tua nyanyuk ni, gua sokong admind

      Padam


  2. aku kau kau cari makan dgn minta bayaran utk tulis blog

    BalasPadam
  3. blogger macam kamu nih yang akan melingkupkan negara bersama agama dan bangsa. blogger yang hanyapandai mengampu dan terhijab dari kebenaran. janganlah jadi sokong yang bawa rebah. bila tak kena dengan tempo kamu, kamu akan kondem. ada kah kamu mahu semua rakyat dihanyutkan oleh pemimpin? minda kamu jelas terhijab sehinggakan tidak dapat membezakan diantara kaca dengan berlian.

    BalasPadam
  4. Jika mengkritik tidak membantu pemimpin, ada kah pula hendak di ampu? Aku baca artikel kau ni tidak langsung logik, seolah olah hanya mengikut skrip. aku tak sangka ada juga blogger macam kamu ni yang tidak dapat menerima kebenaran. alasan alasan yang diberikan untuk substantiate tajuk kamu tidak langsung masuk akal. eloklah orang macam kamu ni mengampu pemimpin yang kamu maksudkan itu. oh ya! yang 170 itu sememangnya sah mereka sapeti kamu juga yang buta dan pekak dengan keadaan semasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan jadi bodoh la..kalau tak tau cerita jangan kata 170 tu mengampu..yang kamu tu sebenarnya buta atau memang dah dibutakan mata serta hati..atau aku rasa kamu ni pun mesti pengikut kadir jasin yang dulunya kritik Pak Lah sekarang kata Pak Lah tu bagus..dua alam ke hidup kamu ni? Memeberi pendapat tu lebih baik la bro..bukan hanya kritik tapi tak bagi pendapat..itu berkepentingan namanya..memang artikel admin ni tak logik bagi org yang buta macam kamu..atau memang dah dilahirkan memang asyik membangkang

      Padam
  5. Kadir ni sebenarnya dah terlebih minum air KETUM.

    Orang2 NST dan media semasa zamannya siapa tak kenal dia ni.

    Bagaimana dia boleh naik hingga ketahap paling tinggi jika tak pandai mengampu dalam rencana dan tulisan-tulisannya.

    Gaya tulisan yang kritis di satu pihak namun secara langsung mengampu di satu pihak yang lain.

    Kononnya telus dalam mengulas soal-soal semasa kepimpinan negara namun lebih memihak kepada lintok pembangkang.

    Agak2nya Si Kadir ni perlu diberi peluang sebagai Menteri Penerangan
    bolehlah kita tengok sejauh mana bakat yang dia ada.

    BalasPadam
  6. Tak perlu lihat siapa yg melontarkan kritikan kepada pemimpin dan kerajaan... Tun M ke Dato Kadir Jasin ke Insyed atau Outsyed the box mahupun dari pembangkang ....yang penting isu isu besar seperti 1MDB dan pembelian janakuasa yg hampir luput tarikh konsesi yang di katakan di beli dgn harga yang terlalu tinggi perlu di perjelaskan agar rakyat faham. Semakin lama di biarkan semakin rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama berkata : 27 September 2014 2:02 PG

    “...... dulunya kritik Pak Lah sekarang kata Pak Lah tu bagus..”

    Dulu kritik Pak Lah mungkin sebab beliau dibandingkan dengan Tun M, tetapi bila Pak Lah dibandingkan dengan Najib, masyaAllah, ketara sangat Najib lebih teruk. Maka sudah tentulah Pak Lah lebih bagus, bukan dari orang lain tetapi Najib. Saya sarankan supaya saudara gunakan perbandingan atau lihat kepada berbandingan dilain kali.

    BalasPadam
  8. Org gila, bodoh dan dibayar je kata pak lah lagi bagus dr najib. Jgn pasal kontrak petronas mirzan tak sambung, kadir pula yang jadi anjing salahkan najib

    BalasPadam
  9. taik ko la sangkajubur!!!

    BalasPadam
  10. kelas taik ayam ja...poorah!

    BalasPadam