Selasa, 12 Ogos 2014

KENYATAAN RAZALI IBRAHIM YANG DIPUTAR BELIT OLEH RBA

Nampaknya ada pihak yang cuba untuk memutarbelitkan kenyataan Dato' Razali Ibrahim berkenaan dengan sekolah cina di Malaysia.

Setahu Sangkakala Dato' Razali Ibrahim atau lebih mesra digelar sebagai DRI tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini dan apa yang disebut oleh beliau baru baru ini ialah tidak membuka atau menambah bilangan sekolah cina di Malaysia.


Mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk memecah belahkan hubungan diantara MCA dan UMNO seterusnya melagakan DRI dengan Datuk Wee Ka Siong yang sebelum ini menyanggah kenyataan DRI.

Bagi Sangkakala, ianya amat mudah dan kita melihat pada hari ini diantara parti dalam Barisan Nasional sesiapa juga boleh meluahkan pendapat sama ada DRI atau Wee Ka Siong.

Jadi tak perlulah nak menangguk di air yang keruh sebab hubungan diantara UMNO dan MCA dalam Barisan Nasional sejak dari dulu sudah terjalin erat dan perbezaan pendapat adalah perkara biasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan