Isnin, 11 Ogos 2014

ANWAR IBRAHIM DAH PUNAH RANAH #sultanmurka #langkahkajang

Nampaknya kali ni Anwar Ibrahim berada di jalan jalan akhir karier politik beliau apabila beberapa ahli dewan undangan negeri dari PKR akan melepaskan jawatan atau kata lainnya akan keluar dari PKR dan mengikut jejak Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.


Tiga ADUN yang disebut akan melakukan perkara itu ialah YB Elizabeth Wong dari Bukit Lanjan, YB Dr Daroyah Alwi dari sementa dan YB Rodziah Ismail dari Batu 3.

Tapi kenapa ketiga tiga mereka ini mahu keluar dari PKR?

Mungkin juga mereka ini sudah merasakan bahawa Anwar Ibrahim sengaja untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dan menaikkan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim kerana melihat kedudukan Selangor kini yang mempunyai rizab simpanan sebanyak RM 3 Billion dan dengab adanya Khalid Ibrahim disitu sebagai Menteri Besar, wang ini tidak dapat disalurkan ke poket beliau.

Kedudukan Anwar sebagai penasihat ekonomi juga berkemungkinan untuk membawa rizab tersebut ke poket keluarga beliau dan ianya tidak berjaya.

Rakyat perlu melihat perkara ini sebagai satu permainan jijik oleh Anwar Ibrahim demi untuk kekayaan keluarga beliau semata mata tetapi bukanlah sepertimana yang beliau katakan bahawa rakyat adalah keutamaan dalam perbelanjaan kewangan Selangor.

Wan Azizah pula hanya akan menjadi seorang boneka dimana beliau sendiri mengatakan bahawa Anwar tetap akan menjadi penasihat ekonomi kepada negeri Selangor dan adakah ini jalan jalan yang akan membuka ruang kepada Anwar untuk membawa keluar hasil Selangor sepertimana yang diwar-warkan tentang duit kertas bernilai seribu dan lima ratus dahulu?

Rakyat Selangor harus memikirkan bahawa politik Anwar hari ini bukanlah untuk membela rakyat tetapi lebih kepada membela keluarga beliau.


2 ulasan:

  1. Awie Kepala Samseng11 Ogos 2014 pada 6:05 PTG

    Woi OKU, kau ngan ko punya blog tak layak nak ulas kes Awie gengster taik kucing kurap yang belasah bini dia tu. Jangan sampai Awie punya loya hangin satu badan kat ko! Kah kah kah

    BalasPadam
  2. DAP & PKR kena checkmate oleh TSKI dan UMNO. Umno (12 Adun) + PAS (15 Adun) + 2 (TSKI & PA) = 29 ADUN berbanding PKR & DAP = 27. TSKI dpt sokongan majoriti. DAP & PKR bakal hilang kerusi exco. Pandai2 tupai melompat, mereka terlupa katak2pun boleh melompat juga. Apa pun PKR dan DAP perlu majoriti mudah sebanyak 29 ADUN untuk undi tak percaya. Kalau 28-28, mandat DYMM untuk TSKI jadi MB lagi tidak boleh digugat.

    BalasPadam